Thursday, November 17, 2011

Allah takkan bebankan sesuatu kalau kita tak mampu...

Bila kita tengok musibah yang berlaku, Allah datangkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang dirompak, kehilangan orang tersayang, bencana alam, dan sebagainya.

Dugaan atau musibah tak Allah timpakan kepada hambaNya melainkan untuk menguji hambaNya yang beriman dan sebagai kifarah atas dosa yang telah dilakukan oleh hambaNya. Bila ditimpa musibah kita akan dekat padaNya jika kita menghadapi musibah dengan sebaik mungkin, maka mudah untuk kita mendapat keampunanNya. Namun jika kita menyalahkan Allah atas musibah yang berlaku, bertambah-tambahlah dosa dan kita pula semakin jauh denganNya. Allah timpakan kepada kita penyakit kerana selalunya kita lalai daripada mengingati Allah tika sihat. Lalu Allah timpakan musibah penyakit itu agar kita mengingati Allah. Maka Allah akan mengurniakan kasih sayangNya kepada kita.

Kita imbau kembali kisah Nabi Ayub yang menderita kerana penyakit yang dideritainya. Bila Nabi mengetahui penyakit yang Allah berikan padanya adalah untuk menaikkan darjatNya, nabi memohon agar sentiasa berada dalam kesakitan itu kerana nabi bimbang apabila Allah menaikkan darjatNya, dia lalai daripada mengingatiNya. Mampukah kita mencontohi Nabi Ayub dan melakukan sedemikian rupa?

Allah tak semestinya menimpakan musibah sebagai kifarah atas dosa lalu. Ada juga Allah turunkan musibah kepada orang yang taat padaNya untuk menguji sejauh mana keikhlasan ibadah yang dilakukannya. Adakah orang yang taat itu masih mentaatiNya tika dilanda musibah, atau dia hanya taat apabila senang sahaja.

Suatu hari, saya terdengar seorang pendengar radio Ikim berkongsi satu kisah. Walaupun dia tidak pasti sama ada kisah itu benar- benar wujud, namun kita boleh muhasabah diri di sebalik kisah ini. Dia menceritakan, suatu ketika apabila Saidina Ali sakit, beliau menangis. Lalu Fatimah bertanya" Mengapa kamu menangis?" Saidina Ali menjawab, "Aku menangis kerana sudah lama aku tidak sakit. Aku khuatir Allah tidak pedulikan aku ketika aku sihat. Kini, aku sakit, dan barulah Allah pedulikan aku." Hebat sungguh peribadi sahabat Rasulullah SAW.

Ada juga orang yang berdosa tapi tak ditimpa musibah namun Allah mengazab mereka. Istidraj yakni Allah mengurniakan nikmat kepada hambaNya yang kufur untuk menambah kesesatannya. Antaranya Allah berikan kepada hambaNya yang derhaka, contohnya Qarun yang terus diberi kekayaan, Haman yang diberi kemuliaan dan kemewahan juga kepada Namrud dan Firaun. Allah tak mengazab mereka di tengah2 kehidupan mereka sebaliknya Allah turunkan azab kepada mereka di akhir hayat mereka. Antarnya, Namrud yang mati kerana seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya hingga dia mengetuk-ngetuk kepalanya bagai orang gila lalu mati, Qarun yang mati ditelan bumi juga Firaun yang ditenggelamkan dalam laut.


Pabila ditimpa musibah, hadapilah dengan tenang dan sabar dan yakinlah bahawa Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita. Muhasabah diri kembali. Rupanya banyak  dosa yang telah kita lakukan hingga Allah menurunkan musibah kepada kita.Musibah diberi bukti kasihNya kepada kita. Apabila ditimpa musibah, Allah ampunkan dosa kita, musibah itu sebgai peringatan banyak dosa yang telah dilakukan. Allah juga meredhai hambaNya yang terus mentaatiNya walaupun ketika ditimpa musibah. Maka, pohonlah bantuan Allah, banyakkan berdoa kerana doa senjata mukmin. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 153,

"Wahai orang2 beriman! Mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang2 yang sabar."
Moga kita tergolong dalam golongan yang tersebut.. Ameen...




Wednesday, July 27, 2011

Pelapis punye pasal, nasib tahun depan belum tentu.....


 
“Toktoktok….Assalamu’alaikum, cikgu. Boleh saya jumpa dgn Kak Zuhaira”Huda meminta izin dpd cikgu untuk bertemuku…. Setelah cikgu izinkan, ku hayunkan langkah kakiku ke arah Huda, adik form 2… “Kak Zuhaira, borang kebenaran ibu bapa ni” Aku hairan, borang untk apa"Borang ape ni?" Huda menjawab persoalanku,"Ni borang utk ihtifal kebangsaan(untuk MIIPA-Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama, julung kali diadakan tahun ni. Kena lepasi pringkat ngeri dulu baru dapat ke kebangsaan, kalau sebelum2 ni, semua 54 SMKA di Malaysia, wakil2nye terus ke kebangsaan)  kat kedah. Ustazah suruh akak ganti Kak …….”

Alamak, lepas selesai masalah lama, timbul yang baru plak…. Dahla last mnute baru aq tau hal ni…..  Gawat ni, kalau aku ke ihtifal tu, camne aku nak berlatih untuk tournament yang dah betul2 dekat. Boleh kata, takde mase dah untuk berlatih…. Sebab kalau pergi ke kedah, balik ke sekolah semula Khamis malam baru sampai. Pagi Jumaat tu dah tournament utk taekwondo…. Dahla, team aku tak ready lagi…. Aduh, nak tolak permintaan ustazah, tak sampai hati…. Dengar kata2 ustazah bila aku berjumpanya, tak sampai hati nak tolak…. Ustazah dah berharap benar tu…. Ayah dahla tak bagi dah terlibat dengan kokurikulum, tumpukan pelajarn yang aku dah banyak ketinggalan…. 1 lagi, macam mana nak berdepan dengan guru kelas aku, nak inform kpdnya. Dahla cikgu pun marah selalu keluar kelas, aktif ko….. Lagipun, jadi pelapis je, bukan masuk bertanding pun. Pelajaran pun akan tertinggal, 4 hari tu….. semua subjek yang aku lemah dan ketinggalan sebelum ni, akan ketinggalan lagi kalau aku pgi….

Uwaa, aku taknak pergi, tapi…… Kalau aku pgi, boleh tau suasana sebenar ihtifal tu. Ustazah dah berharap tu dan nak aq bertanding untuk wakil sekolah tahun depan bersama rakan2 seangkatanku, sampai dulu pernah dia xizinkn aq pindah sekolah.  Hmm, tahun depan takdela terpinga-pinga taktau pape…. Fikir punye fikir, campur tolak darab bahagi………. “ayah, boleh tak saya pgi………………..” Ayah tak kata tak boleh atau boleh…. Cuma katanya”Kuatnya…..(t’libat dgn ko,padhal baru sekali aku bertanding luar skolah) sukahatila, tu masa depan kamu, ayah tak boleh nak kata pape dah.” Hmmmm, aku tau ayah tak izinkan sebenarnya tapi dia taknak halang aku….. Okla, ni last gi kebangsaan, pasni cover balik pelajaran yang tertinggal…. Buktikan yang aku boleh….. Exam akhir tahun ni, score leklok….

4 hari pergi balik dan masa yang dihabiskan untuk ihtifal ini walaupun sebagai pelapis ni, tanpa ku jangka…. Something bad happened…. Sampai satu tahap aku dan rakan2 pelapis yang lain terdetik…..'mati hidup balik, kalau ade yang minta kita ke ihtifal ni, taknak pgi'…….. Taknak ingat dah ape yang menyedihkan tu…. Tanggungla risiko yg dah diambik.... Jadikan ape yg xelok tu sebagai teladan buat hari mendatang.

Antara yang tak menyedihkannya…. Boleh tengok tempat orang….. boleh kenal masakan orang Kedah, 2 jenis…. Laksa Kecai dan Nasi Lemuni…. Nasi Lemuni tu bagi aq macam nasi dagang... Memang tak kena dengan seleraku sebab aq ni jenis yang susah nak addapt ngan makanan yang xpernah aq makan...Tapi, bertuah dapat merasainya, free plak tu… Tempat menarik yang dituju hanyalah Muzium Diraja Kedah…. Pekan Rabu tu bagi aku macam Pasar Siti Khadijah je….. Cuma ade 1 benda ni kalau di Kelantan sekarang dah susah nak jumpa dijual, kat Pekan Rabu ni banyak sangat…. Tu je kot serba sedikit…. Malas ingat banyak2….. Kalau ambil dari sudut positifnya, serba sedikit faedahnya tetap ade... Antaranya:

Belajar menghadapi keadaan terhimpit walaupun ni dah kali ke berapa dah…. Belajar cara untuk handle benda2 camni…. Utamakan yang lebih mustahak dan berfaedah.

Dapat ke Kedah buat julung kalinya. Banyak berjalan luas pemandangan, lama hidup baru dirasa…. Dapat tau masakan negerinya, tambah vocab tentang makanan,huhu…. Kedah lebih kurang cam Kelantan cume ade sesetengah benda diorang lagi maju daripada Kelantan.

Lebih dan kurang tuan rumah ihtifal ni yg aq tau tu bandingkan dengan sekolahku sekarang…. Menjadikan aku bertambah bersyukur dengan sekolahku sekarang.

Sebagai pelapis, aku dapat tengok dengan lebih dekat camne ihtifal ni, camne setiap pertandingan tu diadakan. Camne kalau aku sertainya dll.

Menambah lagi minatku terhadap Bahasa Arab(ihtifal ni semua mengutamakn Bahasa Arab)....Dapat tambah tharwah lughawiah….. Banyak vocab baru yang dapat...

Maknanya, takdela sia-sia sangat aku ke sana. Ade je faedahnye….. Jangan cepat berfikiran negatif. Takpela, pasni, concentrate on study…. Timba ilmu sebaik-baiknya…. 1 lagi pengalaman baru yang aku dapat….. Harganya, tak terbayar dengan fulus berjuta dollar sekalipun….

      Sunday, January 30, 2011

      Entri Pertama

      Dimulakan dengan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim.....
      Terimbas di kotak fikiran ape yang tercetus di mindaku pada Disember 2010 yang lalu... 'kalau aq dapat straight A's pmr, bolehla buat blog.. kalau tak, tunggu habis sekolah, walau sekadar cuba2...' taktau camne boleh terfikir camtu... kartun betulla... Namun, Alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan....  Setelah hajat untuk menghadiahkan mak dan ayah kejayaan kesampaian dan dimakbulkan Allah...Blog ini hanyalah percubaan saat 'terbinanya' blog ini.. Sekadar luahan sanubari dan perkongsian ilmu.... Namun,  kuharap setiap yang melawat blog ini mendapat input walau sekecil zarah....... Sebelum berhenti menulis buat entri pendek ini, suka untuk kukongsikan mutiara kata ini... "MEMBERI SEDIKIT DENGAN IKHLAS LEBIH BAIK DARIPADA MEMBERI DENGAN BANYAK TAPI DIIRINGI UJUB DAN RIAK"