Thursday, November 17, 2011

Allah takkan bebankan sesuatu kalau kita tak mampu...

Bila kita tengok musibah yang berlaku, Allah datangkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang dirompak, kehilangan orang tersayang, bencana alam, dan sebagainya.

Dugaan atau musibah tak Allah timpakan kepada hambaNya melainkan untuk menguji hambaNya yang beriman dan sebagai kifarah atas dosa yang telah dilakukan oleh hambaNya. Bila ditimpa musibah kita akan dekat padaNya jika kita menghadapi musibah dengan sebaik mungkin, maka mudah untuk kita mendapat keampunanNya. Namun jika kita menyalahkan Allah atas musibah yang berlaku, bertambah-tambahlah dosa dan kita pula semakin jauh denganNya. Allah timpakan kepada kita penyakit kerana selalunya kita lalai daripada mengingati Allah tika sihat. Lalu Allah timpakan musibah penyakit itu agar kita mengingati Allah. Maka Allah akan mengurniakan kasih sayangNya kepada kita.

Kita imbau kembali kisah Nabi Ayub yang menderita kerana penyakit yang dideritainya. Bila Nabi mengetahui penyakit yang Allah berikan padanya adalah untuk menaikkan darjatNya, nabi memohon agar sentiasa berada dalam kesakitan itu kerana nabi bimbang apabila Allah menaikkan darjatNya, dia lalai daripada mengingatiNya. Mampukah kita mencontohi Nabi Ayub dan melakukan sedemikian rupa?

Allah tak semestinya menimpakan musibah sebagai kifarah atas dosa lalu. Ada juga Allah turunkan musibah kepada orang yang taat padaNya untuk menguji sejauh mana keikhlasan ibadah yang dilakukannya. Adakah orang yang taat itu masih mentaatiNya tika dilanda musibah, atau dia hanya taat apabila senang sahaja.

Suatu hari, saya terdengar seorang pendengar radio Ikim berkongsi satu kisah. Walaupun dia tidak pasti sama ada kisah itu benar- benar wujud, namun kita boleh muhasabah diri di sebalik kisah ini. Dia menceritakan, suatu ketika apabila Saidina Ali sakit, beliau menangis. Lalu Fatimah bertanya" Mengapa kamu menangis?" Saidina Ali menjawab, "Aku menangis kerana sudah lama aku tidak sakit. Aku khuatir Allah tidak pedulikan aku ketika aku sihat. Kini, aku sakit, dan barulah Allah pedulikan aku." Hebat sungguh peribadi sahabat Rasulullah SAW.

Ada juga orang yang berdosa tapi tak ditimpa musibah namun Allah mengazab mereka. Istidraj yakni Allah mengurniakan nikmat kepada hambaNya yang kufur untuk menambah kesesatannya. Antaranya Allah berikan kepada hambaNya yang derhaka, contohnya Qarun yang terus diberi kekayaan, Haman yang diberi kemuliaan dan kemewahan juga kepada Namrud dan Firaun. Allah tak mengazab mereka di tengah2 kehidupan mereka sebaliknya Allah turunkan azab kepada mereka di akhir hayat mereka. Antarnya, Namrud yang mati kerana seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya hingga dia mengetuk-ngetuk kepalanya bagai orang gila lalu mati, Qarun yang mati ditelan bumi juga Firaun yang ditenggelamkan dalam laut.


Pabila ditimpa musibah, hadapilah dengan tenang dan sabar dan yakinlah bahawa Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita. Muhasabah diri kembali. Rupanya banyak  dosa yang telah kita lakukan hingga Allah menurunkan musibah kepada kita.Musibah diberi bukti kasihNya kepada kita. Apabila ditimpa musibah, Allah ampunkan dosa kita, musibah itu sebgai peringatan banyak dosa yang telah dilakukan. Allah juga meredhai hambaNya yang terus mentaatiNya walaupun ketika ditimpa musibah. Maka, pohonlah bantuan Allah, banyakkan berdoa kerana doa senjata mukmin. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 153,

"Wahai orang2 beriman! Mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang2 yang sabar."
Moga kita tergolong dalam golongan yang tersebut.. Ameen...