Thursday, April 19, 2012

Syukur aku dicampakkan di Tanah Melayu



Boleh dikatakan sebilangan rakyat Malaysia tak rasa betuah pun dengan negara sendiri. Bila nyanyi lagu Negaraku, lembik, lesu, tak bermaya, dl. Kita rakyat Malaysia, seharusnya berbangga dan cintakan negara. Melalui cara nyanyian lagu kebangsaan, kita dah boleh judge tahap patriotisme dalam diri seseorang. Nyanyilah dengan penuh semangat, penghayatan..Show how proud we are..........

Kita antara rakyat yang paling bertuah di dunia ni, tinggal di negara yang aman, tiada bencana alam, perang saudara, diserang terang2an oleh rejim Zionis, kerajaan menanggung banyak benda atas seseorang individu dan banyak lagi. Kalau di negara atau tempat-tempat lain seperti di Padang, mereka harus sentiasa berwaspada setiap masa dengan bencana alam yang mungkin berlaku seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi. Rakyat Palestin, Afghanistan, Lubnan dll yang tiada nikmat kehidupan yang selesa.


Ada ke rakyat Malaysia perlu bersembunyi di sebalik runtuhan bangunan atau kereta kebal dsb dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja? Nak dapatkan khidmat di hospital kerajaan di negara kita pun free of charge je. Paling mahal pun seringgit dua je kalau kena bayar. Kalau di Indonesia, mereka harus mencari wang sendiri untuk ke sekolah atau hospital. Boleh dikatakan, no money, no school, no hospital... Kita?

Ya Allah, banyak sangat nikmat yang Allah kurniakan..... Tunjukkan kita ni sayangkan negara(hubbul wathon), sangat dituntut dalam Islam. Kalau kita perhatikan rakyat negara2 maju lain seperti Australia, Britain, Jepun, New Zealand, mereka sangat bangga bila menyanyikan lagu kebangsaan mereka, siap letak tangan di dada lagi, tanda mereka sayangkan negara dan negara mereka dekat di hati. Kalau bukan kita yang berbangga dan sayangkan negara kita, nak harapkan sape lagi? Orang Vietnam, Zimbabwe, Scotland? Jom refleksi diri.....;)



Tuesday, April 17, 2012

Selawat Tafrijiyyah




"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".


kelebihan yang diberitahu dari para ulama...


Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.




Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.




Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.


1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.


2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.


3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. 




Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah...


Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita..


sesuai dengan kelebihan berSelawat


1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)


2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.


10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.


11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.


12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.


14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.


15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.


16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.


17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.


19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.


23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.


24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.


25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.


26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.


27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.


30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Wednesday, April 11, 2012

Kenapa laut masin?

Kenapa laut masin? Semua kekotoran akan mengalir ke laut. Kalau laut tawar, nescaya busuklah seluruh dunia.Sebab tu laut tu masin. Laut boleh 'dilute'kan bau2 busuk segala kotoran dgn garam yg berjuta-juta tan tu. Di samping indah, laut menjadi tong sampah kepada manusia. Kenapa isi ikan tawar walaupun laut tu masin? Bila ikan disiang, dilumur garam sedikit, dah masin. Sebab tu ada istilah ikan di laut, ikan di pinggan. Walaupun air laut berjuta2 kali lebih masin, tak masin plak ikan tu sebab ikan di laut masih hidup. Bila naik ke darat, ikan dah mati, kena garam sikit , dah masin. Begitu juga dengan hati manusia yang mudah untuk dicorakkan bila hati dah mati, mudah sangat terikut2 dengan benda2 tak elok, ajaran sesat dll......... oleh itu, hidupkan hati dengan zikrullah, baca al-Quran dan banyak lagi cara agar hati sentiasa 'hidup' dan tidak mati...... Sentiasalah berdoa kepadaNya agar hati kita ditetapkan dengan Islam dan Iman.... Selamat beramal...;)

                                                         sentiasalah amalkan doa ni ....

Alangkah bertuahnya......


Wajahnya disimbah Nur yang dianugerahkan-Nya,

Tak lekang dek senyuman penuh keikhlasan,

Bicaranya sopan dan penuh beradab,

Menjalankan tugas penuh profesional,

Walau sekecil-kecil jawatan yang digalasnya ,

Kitab suci Al-Quran sentiasa di sisi menemani,

Detik waktunya diluangkan dengan alunan Kalamullah,

Membuatkan orang sejuk hati memandangnya,

Menambat hati hamba Allah yang bersua dengannya....

Sejuk perut ibunya yang sarat mengandungkannya,

Alangkah bertuahnya ibu dan ayahnya, keluarganya,
sahabat-handainya, bakal suri hidupnya dan bakal
zuriatnya dianugerahkan insan seperti dia......

Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi hamba sebaik dia,

dan disatukan dengan insan yang berperibadi mulia sepertinya.

AMEEN...