Assalamu'alaikum... Holla my bloggy, lama tak jenguk awak..
Hmm, sorry bloggy, it's because of the internet was really hard to available at
my house. Plus, i really don't had any
passion to write before this. But, now. I'm really miss u bloggy, haha. I
think, if i can write even a lil bit on this fine morning,it can be relief to
bleach your madness. Haha,what kind of nonsense in this beautiful morning...
Actually, i
didn't prepare any draft before i write this. Hmmm,always doing this even akhi
Hilal had told me, 'don't think the idea in front of the laptop, prepare a
draft before you write. If not, you'll write until tired.' Actually, i'm
going through my boring life in home right now. That's why i meet you bloggy.
Actually again, (haha, what kind of Manglish(Malaysian English) mei). Yeah,
it's tooooooo boring!!! Until i didn't know what i was going to do, i slept,
slept and slept and of course the percentage of lazyness became more huge for
me.
Why all of these
could happened? Maybe it's because of Allah gave me kinda long period of
ABC(Allah Bagi Cuti), so my ibadah became lower and lower and when i was going
through this phase too long, it made my emotion became worst. It’s my fault. I didn’t manage this phase that Allah
gave to me beneficially. Logically, it's not weird if i got
sad or angry easily. It's because my faith became lower and the time that i spent to Him was a little. hmmm.
Alhamdulillah,
after the phase ended, 'welcome back to ibadah' i really miss to recite Quran,
the thing that i really miss to do when ABC. And last night, He gave me the
chance to recite His beautiful surah, which are Toha, Al-Waqi'ah and Al-Fajr. And,
i can do another ibadah that i can't do when ABC, which is solat. But, poorly,
i can't concentrated 100%ly when i perfomed the solah. (hhmmm, act, what do
they call solat in English? solat? prayer? have to check again, but i love to
pronounce it as solah, a lil bit of Arabic) argh!! Until now, it's really hard
to get 'khusyuk.' Ok, as we all know, if we want to get 'khusyuk' when we
perform the solah, basically, we have to know every meaning of what we recite.
Don't think about anything else except about Him. But the simple thing like that,
i'm still can't do that. My mind was always thinking about anything else that
made my focus for solah vanished. So that's why it's not easy for me to get
'khusyuk.'
Hmmm, i have to
work harder to get the sweetness of solah, the key of life. Because if my solah
worst, my life'll become worst too for eternity. If anyone, who are reading
this has some tips to get khusyuk, feel free
to share it with me, i'll be glad and thank you.
Ok, rasa cam
malas dah training english. Maybe, ada banyak grammatical error kat atas, kalau
hangpa taknak tegur tang mana yang silapnya, abaikan je,huhu. Saja, rasa nak
menulis bahasa Uncle Sam kejap, practice makes perfect. Tapi, ni rasa cam takde
mood dah nak teruskan dengan bahasa omputeh tu, sebab dah rindu nak berbahasa
ibunda, even bahasa rojak sebenarnya, (maaf bonda), kedah pun ada, bahasa belia
pun ada.
Hmm, sebenarnya
setelah lama menggila dengan tahap keboringan tahap petala langit kelapan tu,
buang masa untuk perkara-perkara tak berfaedah tu, tipulah kalau aku kata yang
tak rasa rugi, sangatlah rugi masa2 itu. Tapi, aku yang tak berusaha untuk
memanfaatkan masa itu. Apa yang Allah berfirman 'Demi masa. Sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian' agaklah mengena atas batang hidung aku. Tapi aku
asyik leka sampailah aku terdengar kata-kata Prof Muhaya semalam.
Macam-macamla,antaranya, dia cakap ada seseorang pernah berkata , 'Masa itu
ibarat nyawa. Sesiapa yang membazir masa ibarat membazir nyawa.' Dan ingatlah
mati kerana Rasulullah SAW pernah bersabda , 'Manusia yang paling bijak adalah
manusia yang mengingati mati.'
Itu yang buat
aku tersentak dari kelaghaanku, terbayang balik dosa2 yang aku buat sebelum ni,
baru terfikir yang aku buat dosa tu sebab apa? Sebab tak ingat mati! kalau aku
ingat mati, takde maknanya aku akan berani melakukan sebarang dosa, tak kiralah
kecik ke besar yang menunjukkan aku ni tak bersyukur atas segala nikmat yang
Allah dah berikan padaku. Astaghfirullahal'azim.. Aku kena muhasabah diri
balik, taubat dan cuba perbaharui iman dan amal. Andai kata Allah nak cabut
nyawa, biarlah mati dalam keadaan beriman, husnul khatimah(penghujung yg
baik)dan mati dalam keadaan amal yang melebihi dosa2 yang bertimbun yang kalau
Allah zahirkan, taktaulah setinggi mana dosa aku... Selalu je camni, taubat,
buat dosa balik, lepas taubat buat dosa lagi. Apa nak jadi dengan aku ni. Mati
tu bila-bila masa wahai manusia, dalam sehari berkali-kali Izrail datang
menjenguk manusia. Ampunkan aku Ya Allah...
Empat ke lima
tahun lalu, pernah aku terdengar satu mitos yang amat mengarut. ‘Taubat ni
limit sampai tiga kali je. Kalau kita dah taubat untuk kali ketiga dan lepas tu
kita buat balik dosa, Allah takkan terima lagi amalan kita.’ Masa tu, aku
sangat-sangatlah takut. Terfikir yang Allah terima lagi ke amalan aku ni. Tapi lama-lama
bila selalu mendengar tazkirah/ceramah agama, aku tak lagi memepercayai mitos
itu.
Teringat balik satu tazkirah yang pernah aku dengari: Taubat harus selalu diperbaiki dan diperbaiki. Taubat harus selalu diperbaharui dan diperbaharui. Kalau kita taubat hari ni, esok kita terbuat lagi,tak mampu mengawalnya, taubat lagi. Kalau dah taubat, kita buat lagi dosa, kita ikut hawa nafsu, maka taubat lagi. Diriwayatkan suatu ketika datang seorang lelaki kepada sahabat Rasulullah SAW. Dia bertanya ‘Wahai Amirul Mukminin, aku ini melakukan dosa besar, jadi apa yang harus aku lakukan?’ lalu Amirul Mukminin menjawab, ‘Baliklah dan bertaubatlah.’ Lalu lelaki itu bertaubat. Keesokannya, dia datang lagi, ‘Wahai Amirul Mukminin, aku mengulangi lagi dosa ini. Apa harusku buat?’ lalu Amirul Mukminin menjawab, ‘Baliklah dan bertaubatlah.’ Sampai dia berasa sangat perit dan datang balik kepada Amirul Mukminin. ‘Wahai Amirul Mukminin, aku sudah bertaubat banyak kali tapi aku masih melakukan dosa tersebut.’ Maka Amirul Mukminin pun menjawab, ‘Baliklah dan bertaubatlah. Taubat sungguh-sungguh sehingga kamu merasakan suatu ketika Allah menarik nikmat maksiat dalam hati.’
Kita haruslah sentiasa bertaubat atas dosa kita tanpa putus asa, tanpa putus harap, sampai suatu ketika Allah datangkan rasa dalam hati kita tiada lagi nikmat maksiat. Sampai kita tak suka dah melakukannya, hatta mendengar tentang dosa tersebut pun kita dah taknak. Bukan nak permainkan agama. Ada sesetengah orang takut untuk bertaubat sebab takut permainkan agama. Dia bertaubat hari ni, esok dia buat lagi. Dia bertaubat hari ni, esok dia buat lagi. Lama-kelamaan, dia tak bertaubat sungguh-sungguh. Bagaimana kalau dia mati tiba-tiba? Dalam keadaan yang dia tak dapat jangka bila kematian menjemput. Biarlah hidup kita ini dalam keadaan sentiasa bertaubat kepada Allah sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Orang yang buat
dosa banyak sekalipun, Allah akan tutup aib kita kalau kita taubat. Allah
takkan buka dosa-dosa kita yang lalu kepada sesiapa. Dengan syarat, kita
taatkan Allah tanpa henti, taubat sungguh-sungguh. Solat taubat, (niat, sahaja
aku solat sunat taubat kerana Allah Taala, rakaat pertama baca Al-Kaafirun,
rakaat kedua baca Al-Ikhlas) paksa diri untuk berhijrah. Berkawanlah dengan
orang yang membawa kebaikan. Memang susah tinggalkan orang yang jahat tapi bila
niat nak buat baik, Allah akan temukan kita dengan orang-orang yang tak
disangka, yang akan menjadi sahabat kita hingga ke syurga. Kalau kita hilang
kawan yang negative, Allah akan gantikan dengan kawan yang lebih positif. Malaikat
akan turun beramai-ramai menemani. Niat, usaha, paksa diri, hijrah.
Kalau nak taubat
dengan manusia, selesaikan hutang dengan manusia. Kalau mulut suka mengata,
maka taubatlah hari ini. Apa yang kita buat pada orang lain akan terkena pada anak-anak
kita, pada keturunan kita. Apa yang kita buat jahat pada orang lain, Allah akan
kembalikan kejahatan kepada kita. Kita ambik hak orang lain, Allah akan buat
hak kita berkurang. Allah tak suruh kita pastikan orang maafkan kita. Allah suruh
kita minta maaf bila buat salah. Jangan simpan apa-apa dalam hati. Moga-moga
Allah terima taubat dan ampunkan kita.
‘Barangsiapa
yang berdosa sepenuh langit dan bumi, kalau mohon ampun kepada Aku, nescaya akan Kuampunkan.’ Kecuali kalau
dia berkata, ‘takkanlah Allah nak ampunkan aku’ Allah tak ampunkan kerana dia
tidak percaya pada Allah.
#kepada sesiapa yang membaca entriku yang tak dirancang ini,
kalau aku ada salah silap atau dosa pape dengan diri yang membaca entriku ini,
mohon ampun dan maaf. Kalau ada hutang ke pape ke, mintak dihalalkan ye… Moga
kita sama-sama dapat menjejaki syurgaNya. :)