Tuesday, December 22, 2020

2020 is a bless.

Mungkin ada yang menganggap 2020 umpama bala. Tiada apa yang istimewa. Tahun paling teruk. Tapi alhamdulillāh, pada aku 2020 inilah paling bermakna sepanjang hidupku. Ya, Covid mungkin merentap banyak perkara dalam hidup kita tapi banyak hikmah yang tersingkap di sebalik musibah ini. 

Ahhh dah lama tak menulis. Tak tahu ayat macam mana nak ditulis. Kekok. Aku terpanggil untuk kembali ke sini kerana komentar sahabat-sahabatku. Kata mereka, mereka suka baca perkongsian-perkongsian aku di status WhatsApp. Ada yang berterima kasih atas ilmu yang aku kongsikan. Tiada yang dapat menyentuh hati mereka semua dengan tulisanku melainkan Allāh. Dia yang mengilhamkan aku untuk berkongsi. Setelah bertahun² aku tinggalkan blog ini. Baru aku sedar, tona bahasa aku di blog dan di laman sosial aku agak berbeza. Di sini lebih formal. Ayat Bahasa Melayu yang lebih formal. Di sana lebih santai. Entah aku selesa teruskan cara penulisan beginikah atau tidak. We'll see.

Apapun, terima kasih kepada mereka yang memberi cetusan hati kepada aku untuk aku jenguk kembali ruang blog yang dah lama aku tinggalkan ini. Moga ada kerajinan untuk menulis lagi. Kali ini sekadar singgah sekejap cuma. Ada masa akanku tumpahkan lagi dakwat di sini.

Disember 2020,

Rumahku Syurgaku.