Friday, December 28, 2012

Reunion, berakhir suda.....

R.E.U..N.I.O.N.
Bagi sesetengah orang perkataan tu sangat menakutkan.....
tapi bagi aku..... i'm longing for it.....
rindu semua batch aq dan cikgu2....
alhamdulillah, 2 hari lepas dah pon berlangsung.....

result?
the great momento!
tapi, tak boleh cerita ag sekarang.....
keburuan waktu......
kita jumpa lain kali ek my bloggy... hihi

tapi 1 benda yang aq xpercaya.....
manik2 jernih terbit jua di tubir mata....
selepas Rifqi Qushairy buat 1 pengakuan....
yang membuatkan aq terharu amat sangat....
thanks amigos......

aq sayang korang semua!
malas nak upload....

Monday, December 24, 2012

hopefully semua berjalan lancar

em, esok..
26 disember 2012
reunion batch sekolah rendah.....
third time dlm hidup......

aq n sahabat2 tercinta menghandlenya.....
harap2, semua berjalan lancar....
nervousla gk.....
takut ade yang xkena...
papepon, kami hanya merancang...
Allah Sang Pencipta yang menentukan....

pray 4 an awesome day tomorrow... 
insyaAllah...

Tuesday, December 18, 2012

Hampir Sedekad.......

Hampir sedekad kami tak bertemu 
setelah dia berpindah sekolah masa darjah dua.....
Hinggalah semalam..... aq terkejut gila bila terlihat dia..... 
punyala taktau nak larikan diri ke mana....
malu yang menebal sebab lama sangat xjumpa....
haha...... betul2 tak sangka..... 
Kalau aku ada sakit jantung, 
dah kena serangan jantung kat situ terus....
Subhanallah, thanks Allah for an unexpected moment......... =)

Thursday, December 6, 2012

Freedom for a while....


ALHAMDULILLAH....
hanya itu yang mampu kuucapkan....

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 
yang menghantui hidupku selama ni,
dah berakhir semalam....

Lega yang amat sangat....
tapi takut yang amat sangat pun ada...
tak boleh nak bayangkan....
macam mana keputusannya...
apa kesudahannya mac 2013 nanti....

sekarang....
tak boleh enjoy sangat....
masa nilah kena mintak banyak2 dengan Dia.....
banyakkan doa, solat hajat.....
insyaAllah, kejayaan menanti....

aq tak aim tinggi2 sangat....
sebab aq dah tau usaha aq setakat mana...
usaha aq takdela setinggi everest...
hatta gunung kinabalu sekalipun.....
tapi, aq harap aq takkan kecewakan parents aq....
at least, biarla diorang bangga dengan result aq.....

okeyh....
apa plan sekarang?
1. ambik lesen kereta + motor
2. belajar memasak
3. belajar menjahit/mengait
- jahit baju kurung sepasang
-jahit manik
4. belajar seni khat
5. berguru
-any kind of religious knowledge
6. masuk kelas bahasa either
english or mandarin, or maybe both....
7. tolong masyarakat
-apa2 kerja yang patut
8. kerja, tengok keadaanla.....
9. khatamkan semua koleksi buku2 ilmiah/ novel aq
10. travel
11. koreathon
12. masuk pondok
13. ajar kanak2 membaca...
14. khatamkan tafsir quran
(seumur hidup xpnah pon khatam, dahsyat!)
15. hafal beberapa ayat Quran yg termampu

fooh, panjang giler kot list.....
how to make them real?
haha, ntah... aq pon terkedu...
xtau nak buat camne...
aq hanya merancang, Allah yang menentukan..
kalau aq berjaya habiskan semua tu...
sebelum masuk u nanti...
memang sujud syukurla jawabnya.....
kalau x, nak buat camne....
sikit pun jadilah...
takdelah pasca spm ni terbuang begitu sahaja 100%...

it's better to gain less than just hoping more...
insyaAllah, berusaha untuk realisasikannya...
fighting!

Thursday, November 29, 2012

terharu den......

hmmmm....
 setelah sebulan lebih x balik umah .....
sebab peperiksaan besar ni, 
byk bnda yang aq xsangka......
bila aq balik ni, xdela byk sgt sbnarnya....

geng2 aq yang lain entah brapa juta kali,
balik umah sepanjang exam ni...
sepanjang ada gap dari 1 subjek ke subjek lain....
aq je yang terperap kat hostel tu..
menikmati sisa2 hidup di sekolah menengah....

perasaan?
terharu ngan semua....
family aq.... huhu

masa aq masih kat hostel....
setiap kali ayah call, 
msti adik2 aq nak bercakap ngan aq...
even kejap pon jadilah.....
semua rindu kat aq ke.....

naik je kereta mak utk pulang ke rumah....
berbual macam2 ngan mak....
nak nangis pon ada....
sebab dah lama xborak best2 camtu....
mak cerita kat aq tentang family aq...
masa gi konvo my sis....
aq sorang je xde, sob2....
diorg berseronok kat cameron,
masa on the way balik kelantan....
mak cakap lepas aq habis exam,
mak bawak aq pergi....
nak nangis pon ade, terharu....

'kucing dah besar, comel2 je semua'
haha, tulah khabar yg mak bgtau aq,
setelah sebulan aq xbalik....
kitten2 tu dh besar dah, 
cam lama bnar bunyinya aq tnggalkan umah...
padahal baru sebulan lebih....

'ade 3 ekor, anak2 kucing: itam, ipin, apin'
tu yang selalu adik aq bgtau setiap kali,
dia borak ngan aq kot fon...
oh adikku....

plan aq yang utama utk pasca spm...
kerja ngan kakak aq kat tadika....
jadi cikgu tadika, huhu....insyaAllah....
mak dah bgi lampu hijau, ayah?
mak cakap biarla exam habis dulu...
baru bagitau ayah....
hmmmm......
situasi aq ni sama cam situasi zee....
mak izinkan kerja, ayah, xberani nk minta izin....
insyaAllah ayah kami sama2 lembut hati......

balik je umah, mak suruh masak...
mak lapar, goreng nasi bodo2 pon xpe....
huhu, ni 1 lagi buat aq terharu...
rase smua rndu aq.....poyo btolla.....

adikku enin plak prangai ok....
siap bagi hadiah keychain lagi, 
beli kat cameron.....
asalnya aq xnak, huhu...
sorry sis....
pastu dy suruh ambik jugak, ambik jela....
even sekarang dah xminat keychain.....

banyakla lagi perngai diorang yang 
sangat plik bagi aq.....
mgkin bg orang lain biasa je....
tp, 
bagi aq ni sngatla buat aq terharu.......

ok, hari ni dah nak gi hostel balik....
2 subjek je lagi....
arabic n quran sunnah....
pasca spm.......................................................






Friday, November 9, 2012

Abe Zek tak patut dipersalahkan.....

Hmmm.... dah habis 4 paper, malay, english, sejarah and modern maths....
Perasaan?? Ntah, kadang2 rasa takut, kadang2 xrasa pape...
Kadang2 tu rasa, la camni je ke perasaan hadapi pperiksaan besar
yang menghantui hidup aku dalam tempoh 2 tahun ni....

So far, tak boleh hidup dengan selesa sangatla dengan subkej yang dah lepas...
yang paling scary dan eerie sangat adalah sejarah....
nilah exam sejarah yang paling susah dalam hidup aq...
salah sendiri jugak, tak khatam pun silibus...huhu...
aq yakin bukan aq sorang je rasa camni, rakan2 calon spm yang seangkatan
dengan aq pun lebih kurang takut gak....
tapi, barang lepas jangan dikenang... nak kenang pun ambik mana2 yang boleh
dijadikan teladan....
sekarang, hanya serah pada Allah.... doa banyak2 kat Dia...
macam biasalah, sejak zaman UPSR dulu lagi cikgu selalu pesan....
solat hajat, doa banyak2 biar pemeriksa lembut hati dan murah hati nak bagi
markah kat kita, mintak jauhla dia tanda kertas kita masa moody, jiwa kacau...

Cuma aq geram dengan sesetengah pihak ni....
Diorang bergantung kepada spot. eh tolongla, nama lagi spot.
memang 50:50 masuk ke tak, kalau masuk pun sikit pun jadilah,
kalau tak masuk langsung nasiblah.....
Yang bergantung dgn spot abe zek tu.... nama lagi spot....
dah tak masuk exam salahkan abe zek plak...
siap menganjing2kan lagi.... ingat bro, sis, abe zek tu pun cikgu....
result xkluar lagi, kalau nak result robek, buatla perangai tak elok camtu,
hilang berkat, susahla nak dapat rsult cantik....
mungkin kalau Allah bagi pun sebagai istidraj......
kalau dah tak boleh jawab tu, salahkan diri sendirila yang xulangkaji...
ni salahkan spotla, abe zek la, bla3...
golongan nila yang orang kata
dia taktau menari salahkan lantai yang berjongkang-jongket....

hurm.... aq doakan yg terbaik utk semua calon2 spm 2012
especially to my all besties.... insyaAllah, kjayaan milik kita...ameen

Sunday, October 21, 2012

Kelantan Kuasa Besar Bola Sepak Musim 2012



                                     Pasukan The Red Warrior menjulang Piala Malaysia setelah mengalahkan ATM 3-2


SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.
Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.
Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.
Berpunca daripada gerakan pantas Shakir Shaari dan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya yang tidak dapat dibendung pemain ATM, Indra pantas mencari ruang kosong sebelum melepaskan rembatan menarik ke arah sebelah kanan pintu gol.
Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.
Kekalahan ATM bermakna tiada lagi magis Hairuddin Omar dalam penampilan final kelima Piala Malaysia apabila buat pertama kali pemain berusia 33 tahun itu gagal membawa pulang trofi keagungan bola sepak negara bersama pasukan yang diwakilinya selepas melakukannya empat kali sebelum ini bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Dalam aksi akhir yang disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta kira-kira 80,000 penonton itu, kedua-dua pasukan berjaya menampilkan permainan menghiburkan tetapi diselangi kekecohan di babak terakhir perlawanan ekoran keputusan pengadil yang mengundang kontroversi.
Malah, hampir terjadi pergaduhan ketika perlawanan tinggal lima minit untuk ditamatkan selepas pemain ATM bertindak meneruskan perlawanan ketika Indra mahukan Shakir yang cedera diberikan rawatan namun pengadil, Nafeez Abd. Wahab pantas membendung insiden lebih buruk daripada terjadi.
Barisan tengah ATM dilihat cukup pincang pada babak pertama biarpun dibarisi pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya dan Bruno Martelotto apabila gagal merencanakan sebarang gerakan menarik.
Christie Jayaseelan dilihat sedikit gugup pada penampilan pertama di final selain Marlon Alex James dapat dirantai kemas oleh Obinna Nwaneri.
Situasi itu bijak dieksploitasi oleh Kelantan sepenuhnya yang mempamerkan rentak penuh bertenaga dengan sekurang-kurangnya empat percubaan tepat dengan salah satunya menembusi gawang ATM pada minit ke-44.
Kesilapan Farizal Harun yang tidak menangkap kemas rembatan Mat Yo yang menerima umpanan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya membuka tirai jaringan Kelantan, ketika perlawanan separuh masa pertama hanya menunggu masa untuk ditamatkan.
Pengendali ATM, B. Sathianathan bagaimanapun ternyata mempunyai percaturannya tersendiri pada separuh masa kedua dan pasukannya hanya menunggu masa selama empat minit sebaik permainan bermula untuk menyamakan kedudukan melalui Rezal Zambery hasil sepakan leret dari jarak 25 meter.
Kegembiraan ATM bagaimanapun hanya bertahan selama seminit apabila Norshahrul sekali lagi membuktikan bisanya belum hilang menerusi serangan balas pantas dan memperdaya K. Reuben sebelum melepaskan sepakan yang tidak diselamatkan Farizal.
Namun, semangat juang ATM sama sekali tidak padam, percaturan bijak Sathia memasukkan dua pemain gantian, Venice Elphi Danny Kaya dan Mohd. Fitri Omar mengambil alih peranan sayap kiri pada minit ke-60 ternyata membuahkan hasil mengkucar-kacirkan benteng Kelantan.
Selepas Venice dijatuhkan berhampiran kotak penalti di sebelah kiri pintu gol Kelantan, Marlon melonjak tinggi menanduk masuk ke dalam gawang bagi gol penyamaan ATM pada minit ke-62.
Kelantan bagaikan berada dalam lamunan kira-kira 15 minit perlawanan selepas ATM dapat menyamakan kedudukan tetapi tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan sehingga memaksa perlawanan diheret masa tambahan.


Artikel Penuh Petikan daripada: http://www.utusan.com.my