Monday, January 28, 2013

Cara Hilangkan Darah Pada Pakaian

kenapa aku tergerak hati nak tulis entri ni?
sebab hal ni pernah ditanyakan oleh lelaki terhadap kakakku...
suatu hari, abangku menunjukkan sehelai bajunya yang terdapat tompokan darah....
lalu dia bertanya kepada kakakku macam mana nak hilangkannya...
aku pun terdetikla, kenapa abang aku tanya soalan macam tu...
oh, sebab kami perempuan, so mesti dia expect kami tau what is the solution....

kalau diikutkan bagi wanita....
 kadang2 membersihkan darah pada pakaian agak menguji kesabaran....
kadang2 memang senang..
 kadang2 jugak amat susah dan payah untuk menghilangkannya...
sentalla berjuta kali pun, tak hilang2 gak darah tu... buat lenguh je....

so...
ilmu yang diturunkan oleh kakakku tercinta...
aku nak kongsikan...
 kot2 ada yang pernah dan sedang mengalami masalah ni....
inilah yang aku amalkan....

ok!..
what do you need is SHOWER!

sabun mandi dalam bentuk cecair macam kat atas tu...
tapi, shower tu lagi berkesan kalau dia jenis yang berbuih banyak tu...
macam shower susu kambing ke, secret garden, shokubutsu ke...
kalau dettol tu, tak berkesan sangatla...

caranya mudah!
bila dah berpeluh2 sental pakaian tapi tak hilang2 gak,
ambik shower tu, lumurkan pada tempat yang terdapat kesan darah....
biarkan untuk beberapa tempoh...
then, you'll see the blood has been vanished...
kalau ade lagi pun, lepas tu kita beruskan, insyaAllah hilang....

tapi..
bagi wanita yang memang selalu mengalami 'kebocoran' ni....
hati2lah, kalau2 nak bawa pakaian tu untuk solat....
elakkan memakai pakaian yang terdapat kesan darah yang tak bisa ditanggalkan...
sebab ada pendapat yang mengatakan ia tidak boleh dibawa solat...

sediakanlah pakaian khas untuk haid...
Sunat hukumnya bagi seorang wanita menyediakan pakaian khas untuk haidnya...
yakni bukan pakaian yang sering dipakainya..

"Tidaklah ada pada setiap seorang daripada kami melainkan
sehelai pakaian yang telah dipakai semasa kedatangan haid"
[hadis riwayat al-Bukhari no, 306]

all the best! :)



Sunday, January 13, 2013

Mati Dihempap Buku



  Al-Jahiz, seorang tokoh Mu’tazilah. Kita boleh ambik dari sudut positif. Bukan nak ambik ajaran akidahnya. Apa yang positif yang ada dalam diri Al-Jahiz ini adalah semangat menuntut ilmu dalam dirinya yang sangat tinggi.

seorang Qibti, berkulit hitam, memiliki mata yang tak cantik, mukanya hodoh. Sehingga dia sendiri mengatakan dalam kitabnya ‘kawan-kawanku berkata, kalau nak kenal syaitan, lihatlah Al-Jahiz.’ Dia seorang yang miskin. Dia selalu mengunjungi kedai-kedai buku, toko-toko buku. Disebabkan kemiskinannya, dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku. Dia akan berada di situ untuk membaca buku. Habis sebuah buku dibacanya, dia akan meletakkannya kembali.

      Melalui cara itu, dia mendapat banyak ilmu. Bidang ilmunya cukup luas, sehingga di dapat menulis sebanyak lebih 400 tajuk dalam pelbagai bidang. Kitabnya menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Dalam bidang zoologi, kitabnya ‘Kitabul Hayawan’ atau dikenali sebagai ‘The Book Of Animal’ masih menjadi rujukan di Barat. Padahal, Al-Jahiz bukanlah seorang ahli pengkaji haiwan, memiliki mikroskop. Dia hanya seorang yang miskin. Namun, dia dapat menulis kitab tersebut.
     Dia seorang yang cintakan ilmu. Sehingga dia dikatakan mati kerana dihempap buku-buku di perpustakaan. Matinya juga dalam keadaan yang membuktikan kecintaannya terhadap ilmu.
     Mulakanlah kecintaan terhadap ilmu. Pesan seorang ilmuan, janganlah meninggalkan ilmu itu sebelum mendalami satu-satu ilmu itu dengan hebat.

Sumber: Ikim.fm/ Sumber gambar: Google