Sunday, January 13, 2013

Mati Dihempap Buku



  Al-Jahiz, seorang tokoh Mu’tazilah. Kita boleh ambik dari sudut positif. Bukan nak ambik ajaran akidahnya. Apa yang positif yang ada dalam diri Al-Jahiz ini adalah semangat menuntut ilmu dalam dirinya yang sangat tinggi.

seorang Qibti, berkulit hitam, memiliki mata yang tak cantik, mukanya hodoh. Sehingga dia sendiri mengatakan dalam kitabnya ‘kawan-kawanku berkata, kalau nak kenal syaitan, lihatlah Al-Jahiz.’ Dia seorang yang miskin. Dia selalu mengunjungi kedai-kedai buku, toko-toko buku. Disebabkan kemiskinannya, dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku. Dia akan berada di situ untuk membaca buku. Habis sebuah buku dibacanya, dia akan meletakkannya kembali.

      Melalui cara itu, dia mendapat banyak ilmu. Bidang ilmunya cukup luas, sehingga di dapat menulis sebanyak lebih 400 tajuk dalam pelbagai bidang. Kitabnya menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Dalam bidang zoologi, kitabnya ‘Kitabul Hayawan’ atau dikenali sebagai ‘The Book Of Animal’ masih menjadi rujukan di Barat. Padahal, Al-Jahiz bukanlah seorang ahli pengkaji haiwan, memiliki mikroskop. Dia hanya seorang yang miskin. Namun, dia dapat menulis kitab tersebut.
     Dia seorang yang cintakan ilmu. Sehingga dia dikatakan mati kerana dihempap buku-buku di perpustakaan. Matinya juga dalam keadaan yang membuktikan kecintaannya terhadap ilmu.
     Mulakanlah kecintaan terhadap ilmu. Pesan seorang ilmuan, janganlah meninggalkan ilmu itu sebelum mendalami satu-satu ilmu itu dengan hebat.

Sumber: Ikim.fm/ Sumber gambar: Google

No comments:

Post a Comment