click kat gambar ni kalau nak tengok lagi jelas..
9 Mac yang
lalu, aku telah menghadiri satu bengkel iaitu bengkel penulisan islamik di
Kolej Teknologi Darul Naim, Pengkalan Chepa. Asalnya, kalau aku pergi seorang, yurannya seratus. Tapi, sebab aku ajak dua orang ex-schoolmates aku iaitu Fatehah Marzuki dan Amin Rashidi, dapatlah diskaun. So, setiap seorang daripada kami kena bayar RM80. Susah nak cari orang yang berminat nak jadi penulis ni. 1% je kot daripada 100%, hehe.. betul ke perbandingan yang aku buat tu? Lebih kuranglah, menunjukkan betapa sikit rationya tu.Best pergi dengan diorang ni memangla sebab dapat diskaun, tapi lagi best bila kami dapat sama-sama menimba ilmu yang tidak ternilai daripada saudara Hilal Asyraf. Sebelum bengkel tu pun, aku tak rasa pun yang yurannya terlalu mahal, agak murah bagi aku. Siapa yang nak bagi ilmu-ilmu macam ni dengan harga sebegini rendah? Lepas habis je bengkel lagilah aku rasa yang yurannya sangat murah. Apalah sangat nilai yuran yang dihulurkan kalau nak dibandingkan dengan usaha, tenaga, sumbangan yang telah beliau curahkan.
First impression aku bukanlah pasal penulisan islamik tapi pasal saudara Hilal Asyraf itu sendiri. Nak cakap macam mana ya? For sure, aku sebagai pembaca karya-karya beliau sebelum ini rasa macam boleh kenal beliau dengan lebih mendalam. Aku rasa macam lebih nampak apa yang beliau sampaikan dalam karya-karyanya, yang kalau sekarang dah 19 buah. 19 buah buku telah terbit di pasaran setakat ini oleh seorang insan yang baru mencecah usia 24 tahun. Aku rasakan yang segala mesej yang beliau ingin sampaikan lebih menusuk ke jiwa. Kalau sesiapa yang dah baca karya beliau, pasti sudah dapat ‘mengenali’ sedikit demi sedikit peribadi beliau berdasarkan penulisannya. Seorang penulis muda yang memanfaatkan medium penulisan untuk berkarya dan berdakwah dengan nafas baru.
sebahagian koleksi-koleksi saudara Hilal Asyraf
Contohnya, melalui novel Sinergi. Novel tu aku baca masa di tingkatan empat. Pada mulanya aku bertanya kepada sahabatku, buku apa yang bagus untuk aku beli, dia menjawab, novel Sinergi, Matahari. Namun, setelah menjejakkan kaki ke beberapa buah kedai buku, aku tidak menemuinya. Tertanya-tanya juga aku apa yang menarik sangat dalam buku itu sehingga sahabatku mengesyorkan aku membelinya. Tidak lama kemudian, seorang sahabatku yang lain memberitahu bahawa dia memiliki novel itu. Lalu, aku pun meminjamnya.
Masa tu, dia cakap, novel ni takde pasal
cinta pun, tapi best sangat. Aku tak kisah kalau takde pasal cinta pun, aku baca je, sebab aku memang suka membaca. Maybe ada sesetengah orang, hanya minat untuk membaca novel cinta. Setelah membaca novel itu, baru aku tahu kenapa
sahabat-sahabat aku mengatakan novel atau buku itu sangat menarik. Belum pernah
aku membaca sebuah novel yang mempunyai jalan cerita sebegitu rupa.
Extraordinary! 1+1=3. Persahabatan yang berpaksikan keimanan yang menghasilkan
sinergi. Sehingga aku menitiskan air mata tika membacanya. Mesej-mesej yang ingin disampaikan menyerap ke dalam hatiku. Memang serius, aku
tak pernah baca novel yang sebegini rupa. Kalahlah semua novel-novel yang telah
aku baca dalam hidupku. Haha, kalau nak
cerita pasal novel ni sahaja, panjang berjelalah lagi yang aku boleh tulis. Tu
tak masuk lagi novel/ buku-bukunya yang lain.
Oh, sebelum
aku terlupa. Asalnya aku boleh ada ‘jodoh’ dengan novel ni sebab sahabat aku
yang mengesyorkan. Itu dua tahun yang dulu. Yang kisah dua tiga hari lepas
pula, satu mesej masuk dalam inboxku. Mesej itu lebih kurang macam mesej yang
tersebar, yang merekomenkan aku membaca novel Sinergi. Betapa hebatnya penangan
novel itu, sampai orang yang dah baca pun terkesan, dan cuba ajak orang lain
baca dan rasai sendiri kuasa sinergi itu. Jarang-jarang dengar tu kalau novel
islamik ni. Biasa orang selalu cakap pasal novel-novel cinta. So, aku sendiri
syorkan korang baca, so that korang akan tahu apa maksud di sebalik 1+1=3 yang
diketengahkan dalam novel ini.. At least, kalau tak nak beli, rasa sayang sangat
nak belanjakan 20 hinggit tu, pinjamlah dengan sahabat-sahabat yang ada. Dapat
jugak pahala pada si pemiliknya tu.
Huhu,
panjang sangat aku cerita pasal Sinergi saja, belum lagi bagi karya-karya
beliau yang lain seperti Batu-Bata Kehidupan, Hero, Sebelum Aku Bernikah dan
banyak lagi. Ok, sambung cerita pasal bengkel tu. Kenapa aku boleh terdetik
untuk menyertai bengkel itu? Sebenarnya, sebelum ini, aku pernah terfikir untuk
jadi penulis. Ada banyak sebab. Tapi antara sebab yang negative adalah duit.
Huh, teruk betul kan aku? Hmm, tu lepas aku dengar cerita daripada kawan aku
yang dia ada kenal seseorang yang kerja tetapnya bukanlah penulis, tapi royalty
yang dia dapat sangatlah lumayan. Syaitan pun mulalah mencucuk-cucuk aku. ‘eh,
best jugak kalau jadi penulis ni, lumayan jugak tu.’
Dengar je intro daripada saudara Hilal, zap!
Memang betul-betul kena atas batang hidung akulah. Terima kasih akhi kerana menyedarkanku. Akhi Hilal cakap pertama
sekali nak jadi penulis, kena perbetulkan niat. Kalau niat dah awal-awal nak
kan kekayaan, kemasyhuran, memang Allah akan bagi, tapi bimbang Allah bagi
sebagai istidraj yakni nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya untuk menyesatkannya.
Analogi yang
boleh diambil adalah, bila nak membina sesebuah bangunan. Setinggi, segah dan
secantik mana pun
bangunan itu, tapi kalau asas binaannya atau foundation itu tak sempurna,
semuanya sia-sia. Walaupun foundation itu berada di dalam tanah dan tak dapat
dilihat dengan mata kita, tapi kalau ianya elok, eloklah bangunan di atasnya
yang dapat dilihat oleh semua itu. Kalau asasnya pun pincang, bangunan yang di
atas itu tidak akan bertahan lama, pasti runtuh jua akhirnya. Begitu juga
dengan niat, bila niat kita betul, insyaAllah, kita akan menjadi penulis yang
special di mata Allah, yang membezakan kita dengan penulis-penulis lain, walau
apa jua dugaan yang dihadapi.
Bila niat
dah tak betul, mulalah menulis mengikut apa yang pembaca nak bukan apa yang
Allah nak. Maksudnya, tulis apa-apa yang melanggar hukum Allah, tidak
menegaskan dalam karyanya yang maksiat atau dosa itu adalah dosa. Sehingga
pembaca terbuai-buai dengan novel-novel cinta yang tak syarak. Di alam akhirat,
Allah akan meyoal kepada penulis itu, kenapa kau menulis karya-karya yang
melanggar hukum Allah. Apa yang nak dijawab di hadapan Allah. Takkan nak jawab
sebab duit, famous.
So, first of all, niat tu kena betul.
Menulis ni sebagai medium untuk berkreatif dan berdakwah. Mengajak masyarakat
ke arah positif. Bila niat tu baik,
insyaAllah karya tak dapat sambutan pun, ada ganjaran yang Allah sediakan,
usaha lagi. Bukan kita yang membuatkan pembaca terkesan dengan karya kita tapi
Allah. Allah Yang Berkuasa membuatkan pembaca terkesan dengan karya kita dan
melakukan perubahan. Kerana hidayah itu milik Allah. Siapa yang memberi tenaga?
Allah memberi tenaga untuk kita berkarya. Siapa yang memberi ilham? Allah juga
yang memberikannya. Bila niat tu betul kita takkan tulis apa yang Allah larang
sebab kita sedar segala yang kita dapat semuanya datang dari Allah. Perjalanan
cerita yang kita hasilkan tidak menghalalkan kejahatan. Dalam kubur nanti, saham-saham daripada
karya-karya kita akan terus mengalir kepada kita.
Tak banyak
yang aku nak coretkan, even dah panjang sebenarnya, hehe. Actually, akhi Hilal
Asyraf dah pesan, kalau nak menulis jangan cari idea depan laptop. Kalau
mengadap laptop baru nak cari idea, kita akan menulis sampai penat. Buat dulu
draf sebelum menulis. Fikir elok-elok, bila dah rasa ok baru start menulis.
Tapi, aku ni tak amalkan pun apa yang akhi pesan, hehe. Sebab tetiba rasa nak
menulis. Sebelum-sebelum ni pun, aku tak konsisten jugak. Bila rajin , adalah
draf aku yang aku dah siapkan sebelum menulis. Kadang-kadang, pakai taip je,
macam sekarang ni. Hehe. Lain kali tak nak buat dah.
Bayangkan dalam masa tak sampai sedekad, beliau sudah mempunyai 19 buah buku.
Tu yang tak terbit lagi. Yang telah beliau siapkan dan masih belum diterbitkan
pun ada lagi. Subhanallah! Ilham yang melimpah ruah Allah kurniakan padanya.
Kalau nak cerita lagi, memang berpage-page lah jawabnya. Memang terlalu banyak yang aku dapat daripada bengkel tersebut. Ilmu beliau yang bertahun-tahun, kami peserta ni cuma dapat dalam masa sehari. Alhamdulillah, syukur nikmat. Alangkah bertuahnya kami. Beliau juga membuatkan aku muhasabah diri sebagai hamba yang bernafas di bawah langit Ilahi. Terima kasih akhi.
Mungkin itu
sahaja sedikit sebanyak yang aku dapat coretkan kali ini. Aku berharap agar
Allah memanjangkan umur saudara Hilal Asyraf agar beliau dapat meneruskan
legasi penulisan islamiknya dengan lebih meluas dan mengajak masyarakat ke arah
positif dengan dakwahnya yang penuh berhikmah. Semoga beliau dijauhkan daripada
fitnah dunia dan godaan syaitan yang ingin menjatuhkan. Ameen.
menjadi penulis seperti Hilal Asyraf kelak. :)