Monday, March 4, 2013

Erti Hidup Pada Memberi


Pernah tak kita fikir? Kalau kita berhutang dengan bank, tertunggak, tak bayar, kalau kita nak buat pinjaman lagi dah tentu tak boleh. Tapi kalau kita berhutang dengan Allah, walau hutang kita dengan Allah tertunggak, tapi Allah tetap beri dan beri nikmatNya pada kita.Walau kita buat dosa sebesar mana pun, sekerap mana pun, Allah masih lagi beri dan beri.Allah beri secara brulang-ulang dan konsisten.Contoh paling dekat, dalam tubuh badan kita, sistem pernafasan yang sentiasa berjalan, enzim-enzim yang sentiasa melakukan tugasnya.Seluruh alam ini, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, Allah bagi semua tu untuk kita, manusia.Kalau nak hitung nikmat Allah, memang takkan terhitung apatah lagi nak membalasnya.
Kalau nak berjaya dalam hidup, tirulah orang-orang berjaya.Ikutan yang terbaik ialah Nabi Muhammmad SAW, qudwah hasanah kita.Baginda banyak memberi dalam hayatnya. Kita pun kena banyak memberi untuk diri, masyarakat dan alam sekitar.
Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak manfaat pada orang lain.
     Dalam hidup kita, kenapa kita susah untuk memberi? Kita rasa bila kita beri, ia akan berkurangan. Tapi, sebenarnya, bila kita memberi, Allah telah berjanji dalam Surah Al-Baqarah.
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan  7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui [261]
Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), maka mereka peroleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati [262]”
Rasulullah menegaskan bersedekah takkan menyebabkan kita menjadi miskin. Allah akan gandakan 700 kali ganda dalam 2 bentuk dengan pandangan mata hati. Allah akan gandakan secara ketara(boleh nampak). Contohnya, bila kita memberi di jalan Allah, bila banyak kerja, dapat bonus.Allah juga beri secara tidak ketara. Allah mungkin tak beri dalam bentuk wang, tapi Allah beri dalam bentuk sihat. Nak sihat ke nak kaya? Kalau kaya tapi sakit, tak guna juga. Health is wealth!
      
Baroqah, itu apa yang kita kan dapat bila memberi. Kenapa kita tak nak memberi sedangkan bila kita memberi Allah akan melimpahkan kebaikan secara berterusan. Sedikit yang kita ungkapkan tapi Allah bagi kita lebih.Dia berkuasa untuk bagi kita lebih.Contohnya, dalam rumah tangga, suami isteri ada ‘kesalingan’, hak, peranan, tanggungjawab. Manusia selalunya tak focus kepada peranan tapi kepada hak. Sepatutnya masing-masing focus pada peranan. Insya-Allah bila peranan dipenuhi, hak juga akan dipenuhi. Perselisihan dalm rumah tangga bila isteri atau suami sentiasa fikir ‘how to get’ tanpa dihayati peranan yang perlu dimainkan. Bila peranan masing-masing dimainkan, kita akan dapat hak. Contohnya, isteri sentiasa ingin memberi yang terbaik untuk suami.‘Bila suami aku balik, aku nak beri senyuman, kesenangan kepadanya.Biar dia rasa bahagia bila pulang ke rumah walau banyak masalah yang dihadapi di luar.’Kita rasa kurang kasih sayang sebab kita kurang memberi.  What we give we get back.

Memang kita diminta untuk memberi, namun Islam juga suruh kita hati-hati.Kita kena jadi mukmin pro. Jangan beri secara membabi buta.Kalau kita dah nampak sindiket yang datang kat kita, tak perlulah beri.Kalau kita bimbang orang tu sindiket, tapi kita tak tau pun, kita beri padanya, tak salah. Allah akan terus bagi pahala. Walaupun lepas tu kita selidik, kita bagi pada orang yang salah.

Bila kita memberi, kita rasa sangat tak patut bila orang tu tak berterima kasih, tak menghargai.Kita kena lihat, kalau kita harapkan terima kasih, kita takkan memberi. Menurut psikologi, manusia ni memang tak pandai berterima kasih. Kalau kita harapkan terima kasih, kita akan jadi sakit jiwa, sebab di planet Bumi ni, orang memang tak reti nak berterima kasih. Apakah kita akan berhenti bila dah tak dihargai, dieksploitasi? Kalau kita berhenti memberi sebab orang tak berterima kasih, kita ego. Sebab kita rasa ia hak kita, kita dah bagi hak kita. Berilah kerana Allah. Allah Yang Maha Pemurah akan balas walau manusia tak berterima kasih.



Siapa yang tinggi imannya pada Allah, tinggi sayangnya pada manusia, dia paling banyak memberi.Jangan pula kita rasa tak ada apa-apa untuk memberi. Selagi kita ada di dunia, kita adalah orang yang berada yang sentiasa boleh memberi: tenaga, doa, senyuman, harta . Erti Hidup Pada Memberi.

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik
daripada sedekah yang diiringi tindakan yangan menyakiti.
Allah Maha Kaya, Maha Penyantun [263]”


Refleksi Diri. Selamat Beramal.

Sumber: Ustaz Pahrol Mohd Juoi@ikim.fm

2 comments:

  1. assalamualaikum zuhaira.. fadhilah/abby ni.. nice writing keep it up :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. haha. ni kata2 kata yg saya kumpul daripada motivator2 hebat. bukan ayat saya pun. btw, thanks :D

    ReplyDelete