Wednesday, June 12, 2013

Sejauh Mana Bacaan Al-Quran Kita?


Allah memerintahkan kita supaya membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid. Ini berdasarkan firman Allah SWT ‘Warottilil Qur’aana Tartiila’ Tartil menurut Saidina Ali tartil adalah mentajwidkan Al-Quran dan mengetahui wakafnya. Sabda Rasulullah SAW: Allah suka kalau seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Al-Quran diturunkan dgn tartil. Dalam ilmu tajwid, Islam, Al-Quran tidak boleh dibaca silap/salah. Kalau berlaku kesilapan pada kalimah, pada sebutan huruf, pada baris, susunannya, maka adalah berdosa dan haram, ini dianggap oleh Allah SWT kerana ia mengubah keaslian Al-Quran itu. Apabila melakukan kesalahan atau melanggar keaslian Al-Quran itu, sudah tentu ianya berdosa.

Allah yang menjaga Al-Quran sebagaimana dalam Surah Al-Hijr, Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang menjaganya’. Allah berhak dan memang hak Allah menjaganya tetapi Allah memilih mereka yang menjaga Al-Quran di kalangan manusia.Dalam Surah Fatir, Allah SWT berfirman,’ Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami.’ Sejak hari diturunkan hinggalah kiamat InsyaAllah Al-Quran tidak berlaku sedikit pengubahankalimah/baris. Ia asli sebagaimana sejak awal diturunkan kepada Nabi SAW.

Al-Quran ini kalau kita lihat sejarahnya di zaman sejarah Rasulullah SAW, Rasulullah mengajar kepada sahabat. Rasulullah perintahkan sahabat pula ajar sahabat yang lain. Mesti mengambil dari mulut ke mulut yakni talaqqi dan musyafahah. Kalau kita lihat dalam sejarah, apabila Al-Quran ditulis oleh Saidina Usman, dihantar ke Syam, Yaman dan sebagainya Al-Quran yang ditulis itu, dihantar sekali qari sekali ataupun mereka yang membaca Al-Quran itu, bukan hantar kitab saja, nak memastikan Al-Quran ini betul dibaca sekalipun orang Arab. Maka Al-Quran mesti dibaca dengan betul.

Hukum tajwid dan menghafal Al-Quran begitu meluas di negara-negara Islam hatta kanak-kanak berumur 6/7 tahun telah menghafal Al-Quran dan disebar dengan beitu meluas, kalau berlaku kesilapan pada bacaan, mudah dikesan kerana ada yang menghafal Al-Quran. Ini kita lihat budaya menegur di Negara Arab dan sesetengah Negara Islam, kalau berlaku kesilapan, maka dengan pantas ditegur dalam majlis itu tanpa mengambil kira majlis itu ada pembesar negara ke atau sebagainya. Maka yang menegur itu dengan ikhlas, bukan tujuan merendahkan ataupun menjatuhkan air muka pembaca itu. Bahkan pembaca itu sendiri menerima dengan hati yang terbuka. Jadi itu satu amalan yang baik oleh kerana Al-Quran.

Barangkali kalau ada sesetengah orang melenting, marah, mukanya pun nampak tanda marahnya. Selain itu kita lihat di negara kita budaya menegur ini barangkali kurang sedikit. Kalau nak menegur kita tengok jugak, kadang-kadang imam pun kita takut nak tegur kalau kesilapan dalam majlis apatah lagi kalau majlis itu dihadiri pembesar-pembesar dan sebagainya. Kalau baca silap, silaplah. Tegur dalam hati saja, budaya ini tak ada pada kita.

Satu malam saya menonton drama dalam tv, saya suka jugak tengok drama berunsur Islam. Pelakon itu baca ayat Al-Quran. Kedua-dua ayat itu salah belaka. Baguslah kita berdakwah, Al-Quran ini semasa dalam ucapan,teguran, nasihat, dalam tv tu baguslah. Menggalakkan masyarakat kita pada Al-Quran tapi kalau salah, tak berapa menyenangkan hati terutama orang yang tahu Al-Quran. Penyebaran Al-Quran sekarang begitu meluas, kanak-kanak pun tau, dewasa pun tau, masing masing belajar. Bukan setakat belajar begitu sahaja, bahkan tahu tajwidnya di negara kita ini. Jadi kalau berlaku dalam drama seperti ini, amat memalukan jugak sebab kita ni ditonton oleh negara-negara jiran kita.

 Adakah kita ni tak ada orang Al-Quran yang tahu Al-Quran? Adakah kita tak boleh menegur? Barangkali sebelum drama ditayangkan, maka elok dirujuk dulu kepada orang yang tahu daripada ustaz-ustaz, ahlul Quran di negara kita. Jadi, eloklah pelakon itu sendiri membetulkan bacaan Al-Quran sebelum dia berlakon atau sekurang-kurangnya pengarah drama itu menghubungi ustaz ataupun tunjuk dulu bahan-bahan yang akan ditunjukkan dalam kepada ustaz2. InsyaAllah pihak tv dan pengarah dapat pahala dgn tujuan dakwah tapi kalau berlaku kesilapan, ia menjadi dosa.

#Walau siapapun kita, menjadi tanggungjawab kita 
membaca Al-Quran dengan betul 
dan bertajwid serta beramal dengannya. 
Semoga Al-Quran menjadi pembela kita di akhirat kelak. 

Sumber: Tan Sri Dato Syaikh Ismail Hj. Muhammad, Imam Besar Masjid Negara