Allah memerintahkan kita supaya membaca Al-Quran dengan
betul dan bertajwid. Ini berdasarkan firman Allah SWT ‘Warottilil Qur’aana
Tartiila’ Tartil menurut Saidina Ali tartil adalah mentajwidkan Al-Quran dan
mengetahui wakafnya. Sabda Rasulullah SAW: Allah suka kalau seseorang itu
membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Al-Quran diturunkan dgn tartil. Dalam
ilmu tajwid, Islam, Al-Quran tidak boleh dibaca silap/salah. Kalau berlaku
kesilapan pada kalimah, pada sebutan huruf, pada baris, susunannya, maka adalah
berdosa dan haram, ini dianggap oleh Allah SWT kerana ia mengubah keaslian
Al-Quran itu. Apabila melakukan kesalahan atau melanggar keaslian Al-Quran itu,
sudah tentu ianya berdosa.
Allah yang menjaga Al-Quran sebagaimana dalam Surah Al-Hijr, Sesungguhnya
Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang menjaganya’. Allah berhak dan
memang hak Allah menjaganya tetapi Allah memilih mereka yang menjaga Al-Quran
di kalangan manusia.Dalam Surah Fatir, Allah SWT berfirman,’ Kemudian kitab itu
Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami.’ Sejak
hari diturunkan hinggalah kiamat InsyaAllah Al-Quran tidak berlaku sedikit pengubahankalimah/baris.
Ia asli sebagaimana sejak awal diturunkan kepada Nabi SAW.
Al-Quran ini kalau kita lihat sejarahnya di zaman sejarah
Rasulullah SAW, Rasulullah mengajar kepada sahabat. Rasulullah perintahkan
sahabat pula ajar sahabat yang lain. Mesti mengambil dari mulut ke mulut yakni
talaqqi dan musyafahah. Kalau kita lihat dalam sejarah, apabila Al-Quran
ditulis oleh Saidina Usman, dihantar ke Syam, Yaman dan sebagainya Al-Quran
yang ditulis itu, dihantar sekali qari sekali ataupun mereka yang membaca
Al-Quran itu, bukan hantar kitab saja, nak memastikan Al-Quran ini betul dibaca
sekalipun orang Arab. Maka Al-Quran mesti dibaca dengan betul.
Hukum tajwid dan menghafal Al-Quran begitu meluas di negara-negara
Islam hatta kanak-kanak berumur 6/7 tahun telah menghafal Al-Quran dan disebar
dengan beitu meluas, kalau berlaku kesilapan pada bacaan, mudah dikesan kerana
ada yang menghafal Al-Quran. Ini kita lihat budaya menegur di Negara Arab dan
sesetengah Negara Islam, kalau berlaku kesilapan, maka dengan pantas ditegur
dalam majlis itu tanpa mengambil kira majlis itu ada pembesar negara ke atau
sebagainya. Maka yang menegur itu dengan ikhlas, bukan tujuan merendahkan
ataupun menjatuhkan air muka pembaca itu. Bahkan pembaca itu sendiri menerima
dengan hati yang terbuka. Jadi itu satu amalan yang baik oleh kerana Al-Quran.
Barangkali kalau ada sesetengah orang melenting, marah,
mukanya pun nampak tanda marahnya. Selain itu kita lihat di negara kita budaya menegur
ini barangkali kurang sedikit. Kalau nak menegur kita tengok jugak,
kadang-kadang imam pun kita takut nak tegur kalau kesilapan dalam majlis apatah
lagi kalau majlis itu dihadiri pembesar-pembesar dan sebagainya. Kalau baca
silap, silaplah. Tegur dalam hati saja, budaya ini tak ada pada kita.
Satu malam saya menonton drama dalam tv, saya suka jugak
tengok drama berunsur Islam. Pelakon itu baca ayat Al-Quran. Kedua-dua ayat itu
salah belaka. Baguslah kita berdakwah, Al-Quran ini semasa dalam ucapan,teguran,
nasihat, dalam tv tu baguslah. Menggalakkan masyarakat kita pada Al-Quran tapi
kalau salah, tak berapa menyenangkan hati terutama orang yang tahu Al-Quran.
Penyebaran Al-Quran sekarang begitu meluas, kanak-kanak pun tau, dewasa pun
tau, masing masing belajar. Bukan setakat belajar begitu sahaja, bahkan tahu
tajwidnya di negara kita ini. Jadi kalau berlaku dalam drama seperti ini, amat memalukan
jugak sebab kita ni ditonton oleh negara-negara jiran kita.
Adakah kita ni tak ada
orang Al-Quran yang tahu Al-Quran? Adakah kita tak boleh menegur? Barangkali sebelum
drama ditayangkan, maka elok dirujuk dulu kepada orang yang tahu daripada ustaz-ustaz,
ahlul Quran di negara kita. Jadi, eloklah pelakon itu sendiri membetulkan
bacaan Al-Quran sebelum dia berlakon atau sekurang-kurangnya pengarah drama itu
menghubungi ustaz ataupun tunjuk dulu bahan-bahan yang akan ditunjukkan dalam kepada ustaz2. InsyaAllah pihak tv dan pengarah dapat pahala dgn tujuan
dakwah tapi kalau berlaku kesilapan, ia menjadi dosa.
#Walau siapapun kita, menjadi tanggungjawab kita
membaca
Al-Quran dengan betul
dan bertajwid serta beramal dengannya.
Semoga Al-Quran menjadi pembela kita di
akhirat kelak.
Sumber: Tan Sri Dato Syaikh Ismail Hj. Muhammad, Imam Besar
Masjid Negara
No comments:
Post a Comment