Saturday, February 27, 2016

Insomnia again?

Assalamu'alaikum.
In the name of Allah.

It's almost a month already.
But still not recover yet.
Mentally and physically.
It's getting worse. Hmmm.

Now it's 3 am already.
Couldn't sleep.
My diseases become worse day by day.
Almost every night, I'll wake up out of the blue because of the pain.
They're not the chronic diseases but it's enough to make me suffered. 

My schedule for this semester is quite hectic compared to last semester. 
 Everyday, I've many commitments for classes and societies. 
And work.
Often the pain comes during I'm busy but I couldn't do anything except
Ignoring the pain because I don't want to skip the class and
I don't want to burden others by giving my tasks towards others if I skip any events. 
Let the pain heals by itself?
Allah asks us to Usaha right?
Yeah I'll try to find the syifa since I don't really depend on the medicines
(since 2 years ago)

Pray for the healthy mind and body.
Speedy recovery Zuhaira.

Aku kalau demam 3 tahun sekali. Sekali demam suhu mesti 40°+++ Masa tu jangankan angkat kepala, mata pun seksa sangat nak bukak. Tak larat. Tu indicator demam bagi akula. Sure time ni teringat mak. Kalau setakat suhu badan 38° aku tak perasan2 pun aku demam sebab dah kalis. Tgk2 check suhu, eh 38°

Kuku dah macam tak nampak dah pink. Kuku pink indicates that you're healthy.
Kulit tu makin gelap sebab exposed to ☀. Haha

Nak cuba untuk tidur.
Dah lama insomnia tak datang.
Harap malam ni je buat hal.
Nak study pun otak dah letih.
Esok ada induction for debate seharian.
Nak tak nak kena tidur jugak. 

Nite.


Friday, February 26, 2016

Allah tahu limit kita.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها. 

Allah takkan bebankan apa yang kita tak 
mampu pikulnya.

Allah uji kita dengan ujian yang amat perit, ingat Allah taktau ke limit kita? Allah tau. Dia Maha Mengetahui. Sebab tu Dia uji. Dia tahu kita mampu bertahan sampai takat mana. Seringkali kita ulang dan ulang ayat ini. 'Allah aku tak mampu hadapi semua ni. Aku tak tahan dah.' لا تحزن، إن الله معنا. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita. Orang kata apa. Alangkah indah kalau kita sedar yang setiap inci ujian yang Allah berikan tu adalah untuk mendekatkan kita padaNya.

Orang ni lain-lain cara dia nak tenangkan diri. Selain mengadu pada Dia. Ada banyak yang kita lakukan untuk menenangkan diri. Mungkin kadang, ujian tu belum berakhir, namun. Kadang kita punya cara tersendiri untuk melupakan semua tu. Pernah aku terbaca di mana entah. Kalau kita sedih, lihatlah wajah bayi atau ibu bapa. In shaa Allah. Terubat kesedihan.

Aku pun. Macam2 cara aku. Sejak kecik, aku suka tengok pemandangan. Dengan menikmati pemandangan tu, aku lupa sebentar masalah aku. Atau kadang mungkin tak lupa, tapi hati terhibur. Kecik-kecik dulu. Kalau aku sedih bila gaduh dengan kakak2 aku. Aku akan gi dekat padang berdekatan rumah. Kat situ aku dok layan angin kat padang. Tengok rumput2 dan pohon kecil meliang lintuk ditiup angin. Zaman dok asrama. Aku akan tengok bintang2 kat langit. Zaman asasi, aku akan cari tempat2 yang banyak pokok atau sekurang-kurangnya ada pokok yang rendang. Kat universiti sekarang. Aku layan angin petang atau malam dekat kolej aku. Memandangkan kolej aku banyak pokok2. Hiking pun menghiburkan hati aku. Tengok flora fauna. Hilang dan lupa segala masalah. Walau untuk seketika cuma. Subhanallah.

Dah 2 minggu tak layan pokok-pokok atau pemandangan semulajadi. Rindu. I really need to feel the fresh air from the nature now. Nature. My friend. Haha. Wanna forget all my problems by meeting them. Haha. Konon kata nak stop hiking dah, tapi takleh berpisah dengan alam semulajadi. Hadoi. Hiking oh hiking. Sampai bila entah aku dapat berkecimpung dalam dunia pendakian ini. *sigh

Untuk ujian saat ini. Aku bertahan dan bertahan. Menunggu bantuan daripada Dia. Dan bantuan itu hadir tadi. Betullah. Yakin dengan Allah. Walaupun bantuan itu tak mampu menyelesaikan semua ujian ini, tapi takpe. Sekurang-kurangnya ada juga bantuan untuk aku terus melangkah hingga ke penghujung. Yakin dengan Allah. Tu je kunci penting dalam hidup ni kan. :') Entah apalah yang aku tuliskan ni. Hati tengah gundah gulana. Ginila jadinya. Huhu. 

Before saying Sayonara(goodbye), here I show you. The awesomeness of my friends. Taken by Oppo Find 7 and Olympus ape ntah model. Lupa. (Rindu HTC. Sobs). 

Walau apapun, have faith in Him. 
Keep moving!


 Taktau apa motif. Lokasi: Bachok.

Sungai kecil. Lokasi: Lata Belatan

  Lokasi: PCP. Menghadap PICC

   Kulat. Lokasi: Gunung Rajah

Dedaun mangga. Lokasi: Bachok.

Periuk kera. Lokasi: Gunung Rajah

Orkid hutan. Lokasi: Gunung Rajah

Bonsai. Lokasi: Beberapa meter ke puncak Rajah

Kelapa sawit. Lokasi: La Hot Spring, Jerteh.

 Lokasi: Pantai Irama, Bachok.

 Kulat apa ni? Lokasi: Gunung Rajah

Teh tarik mengganas. Lokasi: Air Terjun Jelawang

Sayonara!

Wednesday, February 24, 2016

Kecelaruan

Bismillah. Assalamu'alaikum. Holla.
Tiada apa yang ingin kucoretkan saat ini. Singgah di sini untuk seketika cuma. Entah apa kena dengan aku. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran? Barangkali ya. Inginku buang jauh-jauh semua itu. Uninstalled fb(deactivated), ig, wechat already. If and only if ig can be deactiavated too. Rasa macam nak uninstall whatsapp too, but I can't since people will contact me through that. Rasa macam tak nak guna handphone pun ada. Saat-saat ketenangan dalam hidup aku adalah bila mana aku tak guna phone. Haha. Dunno what's messing around my mind. Dunno what's the solution since I dunno what's the problem. Haha. Really? Betul ke taktau? Entah. Taknak fikir. Moga Allah mempermudahkanku. Moga Allah mempermudahkan juga urusan saudara dan saudari yang sudi singgah di pondok buruk yang tak punya apa-apa ini. Haha

"Aku mencari seseorang yang bisa menginspirasikanku, memotivasikanku, menyokongku, sentiasa membuatkanku fokus. Seseorang yang mencintaiku, menghargaiku, menggembirakanku dan ternyata baru kusedar, selama ini aku mencari aku."

Zuhaira yang kutemui di Gunung Rajah.

Nota kaki: Zuhaira bermaksud bunga kecil.

Sunday, February 14, 2016

Enjoy being single

Harini Valentine's day eh? Haha. Kalau bukan sebab troll yang keluar dekat newsfeed aku, taktau pun harini valentine. Bukan aku kisah pun sebab, satu for sure as a muslim kita tak celebrate. 2nd, bukan aku ade someone special pun. Haha. 
Entri kali ni. Pasal apa ya? Hmm. Kebetulan harini valentine, tulis pasal ni lah. Teringat 2 tahun lalu. Masa kawan sekerja aku tengah kongsi link blog masing-masing, aku tak bagi pun. Then, one of them said 'Mesti ada kisah cinta' Ahaks. Love storyla sangattt. Aku rasa tak pernah tulis pasal cintan cintun kat sini. Blog ni pun aku jenguk setahun sekali. Haha. Memang silapla tanggapan you kawan. Takde.
Tapi, harini terasa tangan ni nak menaip entri tentang...
Cinta Adam dan Hawa
*nyanyi dengan suara Misha Omar
Haha. Poyo je lebih. Takdelah. Aku kan tak pernah tulis apa-apa tentang soal hati aku sebelum ni. Takde ape pun.
Alright. Where should I start?
Kalian rasala. Aku ni seorang lagi ke tak? Eceh, bajet bahasa melayu baku konon. Aneh bunyinya. Aku single ke? Haha. Setakat ni single lah. Alhamdulillah. Syukur.
Syukur? What the heck am I saying? Yes. I'm very glad and happy being single.
Benda simple. Dah jodoh tak sampai lagi. Haha. Okay. Mungkin jodoh tu dah ada, yang Allah misterikan siapakah gerangannya. Bila masa sesuai, Allah'll reveal the mistery. Aku yakin tu. Yes. That's it.
Sekarang, hidup aku masih terumbang-ambing dalam mencari makna hidup. Dalam usaha menjadi manusia. So. Aku yakin sekarang bukan masa sesuai untuk Allah hantarkan insan itu buat aku.
I'm still in the phase to build myself. Belum masa untuk aku fikirkan soal insan lain di hati. Seboleh mungkin. Crush pun aku taknak ada apatah lagi couple. No no no. Zauj(suami)? Zauj tu. Hmmm. Bukan sekarang semua tu.
Aku taknak ada komitmen dengan sebarang jenis makhluk Allah bernama lelaki. Kecuali Ayah, Abang, Pakcik, jiran rumah sebelah, cikgu. Huhu.
1 of the reason is that I'm afraid of man. Haha. Sounds ridiculous since I've many friends among boys since primary school. Ya. Aku takut dengan lelaki. Selalu aku canang-canangkan minda positif pada diri. Tapi bab ni. Aku masih belum fully positive. Based on the experiences among the people who're close to me, their stories affected me. Banyak sangat kisah benar yang buat aku tak percaya lelaki. Ya. Bukan semua lelaki jahat. Contohnya? Ayah aku. Huhu. He's been loyal to my mom since two decades ago. Entahlah. Pesimis dengan lelaki. Jangan bersorak riang sekampung sangat kalau ada lelaki minat kat kau. Apatah lagi dia crush ko. Sebab hati manusia ni milik Allah. Hati manusia ni berbolak balik. Boleh jadi hari ini mereka kata cinta, esok ada yang lain di hati. 

Laki yang ada ramai perempuan satu masa ni licik tapi akhirnya kantoi jugak. Fitrah lelaki ke? Rasa tak cukup dengan sorang. Dia boleh ada perasaan pada lebih pada sorang. Boleh khianati perempuan yang setia pada dia. Perkara yang bila aku dengan kawan2 aku bukak topik pasal perempuan2 yang dicurangi, kami masih cuba untuk digest. How men can manage their time having two persons(or more)? How they can love two persons? Just don't get it. Tapi aku ingat pesan Ustaz aku zaman sekolah dulu. Ustaz aku. Lelaki. Berpesan bahawa. Hati-hati dengan lelaki. Terutama suamimu. Jangan kau letakkan 100% kepercayaan kepada suami. Simpan sikit rasa curiga. Sebab dia lelaki. Dia tau lelaki macam mana. Kita sendiri pun konon kata cinta pada Allah pun kadang lupa pada Pencipta, apatah lagi cinta terhadap manusia. Bukan semua orang macam tu, baik lelaki mahupun perempuan. Aku maksudkan di sini adalah the cheater,  bukan semua lelaki. To be honest, I'm not ready yet. Not ready to be in all those dramas. Aku tak bersedia lagi untuk mimpi sampai ke bintang. Sebab aku takut jatuh, terluka, parah. Lagipun, malasla nak jaga hati orang ni. I mean. Bila dah berpunya, mestila masing2 akan keep observing their partner. Malas. Malas nak gaduhla masam mukala apela.  Sebab sekarang prioriti bukan semua tu, tapi prioriti adalah belajar. In shaa Allah when the time comes, Allah will open my heart to my zauj. And yes! Of course I'm praying that he'll be loyal until our last breath.
ربنا هبلنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين. واجعلنا للمتقين إماما.

Lagi. Kenapa aku lebih suka untuk being single. Kenapa aku tak nak ada even a crush? Sebab aku tau aku ni setakat mana. Aku ni takdelah alim warak wali Allah. Pepatah Arab kata, الوقاية خير من العلاج.
Means. Prevention is better than cure. Untuk cegah daripada diri aku kecanduan cinta manusia, aku harus cegah diri aku awal-awal dari terlibat dengan semua itu. Yelah. Bila ada crush ni of course akan teringat kan.
Bila teringat, nanti kerja pun aku takleh fokus. Paling parah, masa solat boleh pulak dia teringatkan crush. Itu paling kurang ajar! Kurang ajar pada Tuhan! Kalau takde crush pun aku masih mencari khusyuk, apatah lagi bila ada crush. Orang lain mungkin boleh pisahkan semua daripada minda masa solat. Aku? Belum tahap sealim tu. (Sedang mengejar makhluk khusyuk dalam solat. In shaa Allah. Impian setiap insan right?) Okay. Sambung. Hmmm. Plus, crush ni peritnya bila kau tengok dia dengan perempuan lain, kau jelly2, tapi kau tampar2 balik pipi. Eh. Apa hak kau nak berjelly2 bean jehles bagai kat mamat tu? Kau bukan siapa2 pun dalam hidup dia. Eleh, tipulah kalau cakap bila dia close with any girl, you feel nothing. Wanita. Tak larilah daripada semua tu. And 1 more kalau dia menyakitkan hati kau, tak contact kau ke, kau sedih. Eh. Nak tanya sekali lagi? Apa hak kau nak sedih, marah bagai? Kau tak pernah ada ikatan apa2 dengan dia. Then. Full stop! Sudahlah. Berhenti bercush, yang merananya diri, tak dapat benefit apa2. Dapat dosa berganda2 adalah, dok teringatkan lelaki ajnabi, zina hati. Nak sangat crush, crush pada Rasulullah. Boleh ke? Hmmm. Aiman Banna selalu tulis. Crush dia Rasulullah.

Lagi. Aku dah tak terbuka hati untuk kahwin dalam tahun terdekat. Dulu pernah terbuka. Sekarang dah tertutup rapat. Sebab. Aku ada misi yang harus aku selesaikan. Apa? Aku nak bahagiakan Mak Ayah aku dengan ijazah. Aku nak Mak Ayah nangis sebab tengok aku berjaya. And aku nak Mak Ayah rehat je. Dah. Tak perlu kerja. Biar aku, kami adik-beradik yang bagi duit untuk mereka. Tak perlu dah berpenat jerih setiap hari di umur mereka yang dah berusia. Hati aku pedih terkenangkan Ayah masih terpaksa bekerja walaupun dah 6 tahun pencen demi menyara kami. I couldn't stand anymore. Aku tak tolak andai jodoh datang sebelum grad. Tapi buat masa ni priority aku ialah ibu ayah aku.

Often, aku dikelilingi oleh lelaki2 yang agak caring. Who? My friends. Gentleman gittew. Yang boleh buat hati perempuan cairlah pendek kata. Kalau aku ni jenis yang tak fikir panjang. Mungkin aku dah syok sendiri. Ingat insan-insan yang caring tu syok kat aku. Lol. Tapi aku tak nak bias kat sape2. Aku anggap semua kawan2 aku yang caring ni, dia memang caring semulajadi dah. Kalau bukan dengan aku pun, dia akan tetap caring dengan orang lain. Haaa gittuu. Tak yah nak poyo sangat orang minat kat kita. Kang kalau bertepuk sebelah tangan, buat malu je. Kah. Aku lebih suka untuk anggap yang lelaki ni caring sebab nature mereka jenis protective. Caring sebab protective. Alright? Takde bantahan? Ok. Cadangan ditutup! Lagipun aku tak nak cemari mana2 persahabatan aku dengan mana-mana sahabat aku. Often we heard, deep in the heart XYZ, he or she loves his or her friend. Love in term of lover, not as friend. And the friendship breaks after the confession or the relationship is over. Aku tak nak semua tu terjadi.

There's something that I don't tell you. Let me keep it until the suitable time comes, I'll let you know. One fine day. I have my reasons why I'm happy to be single. I enjoy it so much. I can do whatever I want without thinking about another guy. Like 'Eh takpeke aku buat ni? Kang dia marah ke?' No no no. Nonsense! Hahahaha.
Plus, orang kata kalau bercinta, dia tu bukanlah diri dia yang sebenar, sebab masing-masing berlakon untuk tunjuk baik. Belang belum tunjuk lagi. So. To avoid from believing in those mirage, mannequin. Tak yah couple2. Yang halal tu lagi manis.
In conclusion, I'm pretty sure. For this time being. Single is the best for me. Plus, ummah need me. How am I going to help the ummah if I'm weak because of cintan cintun? Ummah need its syabab(teenagers). And I have to give the best for the ummah. Not just me. But us. Ummah need us. We have to help the ummah. Just put a deep trust in Him. When the time comes, He will send the person to us as our soulmate that has been written since long time ago. If we're not meant to be, it will not be. But if we're meant to be, Allah will help and ease our way to build the baitul Muslim.
I love Allah. Rasulullah. My family. My teachers. My sahabat. They are enough for me right now. The people whom I love right now. Them
P/s: Kakak aku selalu tanya. Takde jumpa jodoh dengan mane2 jejaka ke bila aku involve dalam hiking ni. Biasa time ni la bertemu jodoh. Haha. Takde. Tidak ada. She asked me again. Takde yang hensem ke? Haha. Ade je, tapi semua smoking. Not my type. Huhu. Kakak aku ni mentang2 dah kahwin, asyik cucuk2 aku je. Haha

Friday, February 5, 2016

SANG TELADAN ITU SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR

بسم الله الرحمن الرحيم.
Kali ni suka untuk aku kongsi satu cerita teladan yang buatkan kita terfikir. Kisah yang aku terima daripada sahabatku.

Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun  wang yang akan penjual itu perolehi seandainya   hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

+ "Assalamu 'alaikum" ...
- “Waalaikum salam"
+ “Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
- “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- “Insya Allah adalah rezekinya.”
+ “Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
+ “Kenapa?”
- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
- “Bererti rezeki saya berpuasa"
+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan" - katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat,
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia berpergian sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung, tanpa kusedari cermin mata ku menjadi gelap kerana bercucuran tangisku. Aku tersedar sendirian setelah ku renungi setiap kalimat tausiah yang diucapkan penjual surat khabar jalanan.

Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khuatir tidak mendapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tidak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Kembali baru ku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal sholeh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.

Sahabat,
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga.

MasyaAllah.
Subhanallah.
AllahuAkbar.

Allah bayar cash kat aku

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum peeps. Holla! Pekabo? Pekabo imanmu hari ini? Naik ke turun? Moga sentiasa ditingkatkan iman hendaknya.

Asal bunyi macam ostajah sangat ni? Haha. Takdelah. Dakwah dan islah tu bukan tugas ostajah je. Yang masuk syurga tu ostajah je ke? Tidak. Penghuni syurga itu kita semua. Jadi. Dakwah dan islah itu adalah tugas kita sebagai Muslim. Entah kenapa. Teringat zaman dolu2. Suatu masa dulu. Aku punya seorang sahabat. Yang sentiasa bertanya khabar imanku. Alangkah indah hidup punya sahabat begini. They drag us to keep in the right track whenever we lost. Tapi sekarang dia dah jauh. Jauh nun di Mesir sana. Keadaan yang memisahkan kami. Moga Allah sentiasa permudahkan urusannya.

Kali ni. Aku nak menulis tentang apa? Tentang aku dan Tuhan. Tentang aku dan pelajaran.

Minggu lepas, keluar result final exam. As expected, it's really bad. Not just bad, but horrible! Terrible! Hahahaha. Actually, daripada sem lepas aku dah banyak kali berperang dengan diri aku sendiri. Which I felt like I want to give up. Rasa tak mampu. Dalam kelas, orang lain dah faham, aku muka blurr lagi. Tapi silap aku, layan syaiton malas. Tak sedar diri. Dah tau diri tu tak segenius kawan2 lain, kerja keraslah sikit. Ni tak. Tak pulun2 pun buku tu. Yang sedihnya bila apa yang dihafal, time exam, lupa. Terdetik. 'Banyak dosa ni. Jauhnya aku dengan Allah sekarang.' Tak hairanlah bila hafal mudah lupa, dalam kelas susah faham.

Actually, aku sedar benda ni daripada sem lepas. Hampir2 study week. Bagaikan tersedar dari lena yang panjang. 'Kenapalah aku jadi macam ni? Wake up!'

Bila banyak dosa, Allah murka. Mana nak berkat hidupnya. Allah dah bayar cash kat aku. Dengan bagi result cenggini untuk menyentap aku kembali padaNya. Allahuakbar!

Memanglah. Tak aku nafikan usaha aku yang  entah pape punca aku dapat result macam tu, tapi aku yakin. Punca utama result aku teruk sebab aku jauh dengan Allah. Aku cuba korek2 balik neuron aku. Ingat balik. Result aku sebelum2 ni macam mana. Aku tersentak. Allah. Result aku paling cemerlang adalah bilamana aku dekat dengan Tuhan. Even masa tu aku tak pulun pun. 2 semester yang aku paling aku performed, adalah 2 semester yang paling aku rapat dengan Allah. Paling kuat kebergantungan pada Allah. Betullah orang kata. Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan tolong.

Bukan niat nak berbangga. Jauh sekali mengangkat diri. Cuma aku nak kongsikan tentang kisah aku ni sebagai pengajaran buat diri aku sendiri dan semua.

Masa aku dapat result yang bagi aku agak cemerlang tu, usaha aku masa tu dengan sekarang sebenarnya kalau ikutkan takde beza pun. Aku bukan stok2 muka study. Tapi bila aku recall balik. Apa yang aku buat masa tu? Yang membuatkan aku result gempak berbanding semester lain. Jawapannya adalah. Jaga solat. Jaga hablumminallah, hubungan dengan Allah. Betullah Allah cakap. Lama dah Allah bagitau rahsia kejayaan ni.
بسم الله الرحمن الرحيم.

قد أفلح المؤمنون ( 1 ) الذين هم في صلاتهم خاشعون ( 2 ) [المؤمنون]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Yeah. Solat. Kunci kejayaan. Dulu aku berjaya sebab jaga solat. Disebabkan sakit aku dulu, membuatkan aku rapat dengan Allah. Sebabkan sakit tu, aku usaha untuk solat jemaah. 5 kali sehari. Dulu. 5 minit sebelum masuk waktu solat, aku dah terpacak kat surau mahallah. Kalau aku terlepas jemaah, aku gelisah. Kan bilamana kita solat berjemaah kita dikira khusyuk even tak khusyuk pun. Sebab jemaah. Tapi tu dulu. Sekarang? Hmm. Ada ke aku jaga solat aku tahap macam tu? Tak. Tak hairanlah kejayaan pun tak nak pandang muka aku. Allah.

Itu tentang solat. Selebihnya. Disebabkan sakit yang Allah uji aku tu jugak, aku cuba untuk isi rohani aku yang kosong dengan makanan2 ilmu. Setiap malam aku cuba untuk tak mereput di bilik. Aku akan tengok kat board poster. Cari majlis ilmu. Setiap malam aku gi. Tak kisahlah talk agama ke, talk ilmu2 lain ke. Dan satu lagi yang juga penting. Al-Quran dan Ma'thurat. Aku cuba untuk baca setiap hari. Sebab teringat pesanan Ustazah aku masa form 2 dulu. Nak kuat, Quran dan zikir jangan tinggal. Disebabkan sakit aku yang mengganas tertimpa atas diri aku masa tu, sampai aku tak tertahan dah, aku cuba kuatkan diri aku dengan love letters from Allah tu. Indeed, Quran is the best novel, the best cure. Bila aku menangis menderita sakit tu, aku bukak je Quran. Baca dengan tafsir sekali, memang konfemlah air mata akan turun mencurah2. Nak cakapnya apa? Aku rasa macam Allah pujuk aku melalui ayat2 suci tu. Setiap kali hadapi sesuaty yang rasa tak tertahan, setiap kali tula jugak aku rasa macan ayat yang aku baca tu kena pelepap atas muka aku. Memang kena dengan ujian yang aku hadapi. Betullah. Quran tu kaunselor, penawar, painkiller kita. Seboleh mungkin aku cuba untuk baca satu muka surat bersama tafsir setiap kali selesai solat. Kadang bila malas, aku qadha balik berapa helai yang aku tertinggal. Hati tu, taktau macam mana nak cakap. Perasaan bila baca Quran bila hadapi ujian2 daripada Allah tu. The best feeling ever. Dan al-Ma'thurat. Pagi petang aku cuba lazimkan. Kalau tak pun, at least sekali sehari. Ini satu lagi perisai aku. Ustazah aku pesan, baca Ma'thurat ni untuk berlindung daripada syaitan dan berlindung dengan Allah daripada perkara buruk berlaku. Bacalah bersama maksud, itu lebih baik. Sebab takdelah jadi macam tin kosong. Baca ayat Quran tapi taktau baca mende.

Ya. Itu. Dulu. Kenapa aku boleh buat semua tu? Apa yang mendorong aku? Sakit. Sakit aku masa tu yang mendorong aku untuk kuatkan diri dengan semua amalan2 tu. Masa tu. Allah. Kebergantungan aku dengan Dia sangat kuat. Hablumminallah sangat kuat. Tapi sekarang? Allah.... Dah lama aku tinggalkan rutin tu. Kadang cuba untuk jadi macam tu balik. Tapi tak jadi jadi jugak. Teringat pesanan seorang senior aku zaman sekolah. Nak berjaya kebergantungan pada Allah mesti kuat. Nak berjaya jaga hablumminallah. Dia dulu, masa minggu exam dah takkan buka buku. Dia pulun sebelum tu. Minggu exam adalah minggu dia banyakkan solat sunat dan doa.

Daripada kisah aku panjang2 kat atas tu. Aku boleh simpulkan yang gagalnya aku adalah apabila aku jauh dari Dia. Berjayanya aku adalah apabila aku dekat dengan Dia. Allah dah tunjuk depan mata aku semua tu. Tu baru je Allah tunjuk pasal pelajaran. Banyak lagi benda lain. Tu baru sikit Allah nak jentik hati aku.  Aku bersyukur. Dengan kegagalan ini (walaupun takde any subjek fail), Allah tunjuk kat aku banyak benda. Yang buat aku muhasabah diri aku balik. Dan kiranya aku beruntung. Sebab Allah tunjuk awal2 atas dunia. Allah balas cash atas dunia. Bukan kat akhirat. Allah tak biarkan aku hanyut sampai gagal kat akhirat. Allah nak aku kejar balik kejayaan dunia dan akhirat.

Alhamdulillah Allah bagi kesedaran ni awal2 kat aku. Pernah aku terbaca satu buku yang mengatakan. Allah akan timpakan kita sesuatu ujian untuk kita pelajari sesuatu. Selagi mana kita take sedar, tak pelajari kesilapan, selagi tu ujian yang sama akan mengunjungi kita. Contohnya. Kita asyik gagal dan gagal dan gagal dalam sesuatu. Sampai kita fade up. Salah Allah ke salah kita? Kita dah lakukan perubahan ke untuk basmi kegagalan tu? Tepuk dada tanya hati.

Teringat seorang sahabat aku. Sem lepas, dia khabarkan aku tentang pengajiannya. Yang masa tu, dalam hati aku aku fikir. Aku pun sama je dengan dia sebenarnya. Masa tu dia hilang keyakinan diri. Sikit lagi nak pasrah. Tapi masa tu, aku cuba untuk bantu dia. Berikan kata-kata inspirasi dengan harapan agar Allah bantu untuk kuatkan dia kembali. Agar dia ada motivasi balik. Aku cuba untuk kuatkan semangat dia balik agar kami sama-sama berjaya. Tapi, aku kecundang. Hmmm. Terasa bersalah aku pada dia. Namun, alhamdulillah. Dia berjaya. Aku tumpang gembira. Niat aku nak bantu dia tercapai. Kalau kita betul2 ikhlas nak tolong hamba Allah tak kira manusia atau haiwan atau alam semulajadi, Allah tolong. Maaf sahabat, aku gagal. Tapi aku gembira tengok kau berjaya. Truly happy. Sekarang dia dah tak macam dulu. Dah bersemangat, dah punya motivasi diri kembali. Alhamdulillah. Benarlah kata orang. Kadang-kadang orang yang suka bagi semangat kat orang lain itulah yang paling down. Dia motivate orang lain supaya orang tu tak jadi macam dia. Dia dan Allah je tau. Yes. Aku tak nak dia jadi macam aku. Aku yang mana? Aku yang aku tak pernah cerita kat sini. Padahal masa aku motivate dia tu, tahap semangat aku memang entah tersesat di lubuk mana entah. Niat aku hanya satu. Aku nak tengok semua sahabat2 aku berjaya. Dunia akhirat.

Apa-apapun natijah yang Allah bagi. Aku cuba untuk redha. Redha tu apa? Mulut senyum. Hati pun senyum. Bukan redha namanya kalau mulut senyum tapi hati berduka. Moga kita sentiasa dipelihara iman olehNya. Setiap apa yang Allah berikan, pasti ada sebab terselindung yang kalau kita tak nampak di awalnya, tapi akhirnya pasti akan tersingkap hikmahnya.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Al-Ankabut :2]

Dan ingatlah selepas kesusahan itu hadir kesenangan. Allah ulang dua kali dalam Surah Al-Insyirah.
Sesungguhnya selepas kesukaran itu kesenangan. [Al-Insyirah: 5-6]

Mohler kita sama2 perbaiki amalan kita. Moga kita semua bertemu di Syurga sana. :)

Wednesday, February 3, 2016

Stop Hiking?

Bismillah. In the name of Allah.

Hmmm.... Just stop here for a while. Don't know mende yang messing around my mind. Haha. Until I feel like.... Do I have to stop hiking right now? Hmphhh.... Sigh*

Everything comes to my mind. I think of that over and over again. Eventhough I've tried to ignore, but it still appeared in my mind. Until it comes to the part that...... Oh god! Rasa macam. I nak give up. From this field. From this passion. From this hobby. From this medicine.

Hiking is one of my way to release stress, to overcome the psychopath that sticks with me since the dark side of mine happened a year ago. It helps me a lot. And many more.

Why I want to stop? Because of something. Something that.... Hmmmm. Dunno how to explain. But honestly it's really difficult to totally give up from this world of hiking.

I love nature. My best friend since I was small. I love my hiking mates.
1. Taburians.
2. Geng Kaki Getah.
3. Come on Mountains.
4. Family Outdoor.
They teach the values of life. A lot of them. And many more that I don't explain here. Maybe next time, when my mind betul2 waras, I'll write more.  It's really difficult to say 'Sayonara' for something that you love right?

Sayonara. Wanna get a lil bit rest.