لا يكلف الله نفسا إلا وسعها.
Allah takkan bebankan apa yang kita tak
mampu pikulnya.
Allah uji kita dengan ujian yang amat perit, ingat Allah taktau ke limit kita? Allah tau. Dia Maha Mengetahui. Sebab tu Dia uji. Dia tahu kita mampu bertahan sampai takat mana. Seringkali kita ulang dan ulang ayat ini. 'Allah aku tak mampu hadapi semua ni. Aku tak tahan dah.' لا تحزن، إن الله معنا. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita. Orang kata apa. Alangkah indah kalau kita sedar yang setiap inci ujian yang Allah berikan tu adalah untuk mendekatkan kita padaNya.
Orang ni lain-lain cara dia nak tenangkan diri. Selain mengadu pada Dia. Ada banyak yang kita lakukan untuk menenangkan diri. Mungkin kadang, ujian tu belum berakhir, namun. Kadang kita punya cara tersendiri untuk melupakan semua tu. Pernah aku terbaca di mana entah. Kalau kita sedih, lihatlah wajah bayi atau ibu bapa. In shaa Allah. Terubat kesedihan.
Aku pun. Macam2 cara aku. Sejak kecik, aku suka tengok pemandangan. Dengan menikmati pemandangan tu, aku lupa sebentar masalah aku. Atau kadang mungkin tak lupa, tapi hati terhibur. Kecik-kecik dulu. Kalau aku sedih bila gaduh dengan kakak2 aku. Aku akan gi dekat padang berdekatan rumah. Kat situ aku dok layan angin kat padang. Tengok rumput2 dan pohon kecil meliang lintuk ditiup angin. Zaman dok asrama. Aku akan tengok bintang2 kat langit. Zaman asasi, aku akan cari tempat2 yang banyak pokok atau sekurang-kurangnya ada pokok yang rendang. Kat universiti sekarang. Aku layan angin petang atau malam dekat kolej aku. Memandangkan kolej aku banyak pokok2. Hiking pun menghiburkan hati aku. Tengok flora fauna. Hilang dan lupa segala masalah. Walau untuk seketika cuma. Subhanallah.
Dah 2 minggu tak layan pokok-pokok atau pemandangan semulajadi. Rindu. I really need to feel the fresh air from the nature now. Nature. My friend. Haha. Wanna forget all my problems by meeting them. Haha. Konon kata nak stop hiking dah, tapi takleh berpisah dengan alam semulajadi. Hadoi. Hiking oh hiking. Sampai bila entah aku dapat berkecimpung dalam dunia pendakian ini. *sigh
Untuk ujian saat ini. Aku bertahan dan bertahan. Menunggu bantuan daripada Dia. Dan bantuan itu hadir tadi. Betullah. Yakin dengan Allah. Walaupun bantuan itu tak mampu menyelesaikan semua ujian ini, tapi takpe. Sekurang-kurangnya ada juga bantuan untuk aku terus melangkah hingga ke penghujung. Yakin dengan Allah. Tu je kunci penting dalam hidup ni kan. :') Entah apalah yang aku tuliskan ni. Hati tengah gundah gulana. Ginila jadinya. Huhu.
Before saying Sayonara(goodbye), here I show you. The awesomeness of my friends. Taken by Oppo Find 7 and Olympus ape ntah model. Lupa. (Rindu HTC. Sobs).
Walau apapun, have faith in Him.
Keep moving!
Taktau apa motif. Lokasi: Bachok.
Sungai kecil. Lokasi: Lata Belatan
Lokasi: PCP. Menghadap PICC
Kulat. Lokasi: Gunung Rajah
Dedaun mangga. Lokasi: Bachok.
Periuk kera. Lokasi: Gunung Rajah
Orkid hutan. Lokasi: Gunung Rajah
Bonsai. Lokasi: Beberapa meter ke puncak Rajah
Kelapa sawit. Lokasi: La Hot Spring, Jerteh.
Lokasi: Pantai Irama, Bachok.
Kulat apa ni? Lokasi: Gunung Rajah
Teh tarik mengganas. Lokasi: Air Terjun Jelawang
Sayonara!
No comments:
Post a Comment