Friday, February 26, 2016
Allah tahu limit kita.
Wednesday, February 24, 2016
Kecelaruan
Sunday, February 14, 2016
Enjoy being single
Entri kali ni. Pasal apa ya? Hmm. Kebetulan harini valentine, tulis pasal ni lah. Teringat 2 tahun lalu. Masa kawan sekerja aku tengah kongsi link blog masing-masing, aku tak bagi pun. Then, one of them said 'Mesti ada kisah cinta' Ahaks. Love storyla sangattt. Aku rasa tak pernah tulis pasal cintan cintun kat sini. Blog ni pun aku jenguk setahun sekali. Haha. Memang silapla tanggapan you kawan. Takde.
Tapi, harini terasa tangan ni nak menaip entri tentang...
Cinta Adam dan Hawa
*nyanyi dengan suara Misha Omar
Kalian rasala. Aku ni seorang lagi ke tak? Eceh, bajet bahasa melayu baku konon. Aneh bunyinya. Aku single ke? Haha. Setakat ni single lah. Alhamdulillah. Syukur.
ربنا هبلنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين. واجعلنا للمتقين إماما.
Means. Prevention is better than cure. Untuk cegah daripada diri aku kecanduan cinta manusia, aku harus cegah diri aku awal-awal dari terlibat dengan semua itu. Yelah. Bila ada crush ni of course akan teringat kan.
Friday, February 5, 2016
SANG TELADAN ITU SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR
بسم الله الرحمن الرحيم.
Kali ni suka untuk aku kongsi satu cerita teladan yang buatkan kita terfikir. Kisah yang aku terima daripada sahabatku.
Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.
Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.
Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.
+ "Assalamu 'alaikum" ...
- “Waalaikum salam"
+ “Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
- “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- “Insya Allah adalah rezekinya.”
+ “Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
+ “Kenapa?”
- “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
- “Bererti rezeki saya berpuasa"
+ “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan" - katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan
Sahabat,
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia berpergian sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.
Aku termenung, tanpa kusedari cermin mata ku menjadi gelap kerana bercucuran tangisku. Aku tersedar sendirian setelah ku renungi setiap kalimat tausiah yang diucapkan penjual surat khabar jalanan.
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khuatir tidak mendapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tidak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?
Kembali baru ku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal sholeh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.
Sahabat,
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga.
MasyaAllah.
Subhanallah.
AllahuAkbar.
Allah bayar cash kat aku
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum peeps. Holla! Pekabo? Pekabo imanmu hari ini? Naik ke turun? Moga sentiasa ditingkatkan iman hendaknya.
Asal bunyi macam ostajah sangat ni? Haha. Takdelah. Dakwah dan islah tu bukan tugas ostajah je. Yang masuk syurga tu ostajah je ke? Tidak. Penghuni syurga itu kita semua. Jadi. Dakwah dan islah itu adalah tugas kita sebagai Muslim. Entah kenapa. Teringat zaman dolu2. Suatu masa dulu. Aku punya seorang sahabat. Yang sentiasa bertanya khabar imanku. Alangkah indah hidup punya sahabat begini. They drag us to keep in the right track whenever we lost. Tapi sekarang dia dah jauh. Jauh nun di Mesir sana. Keadaan yang memisahkan kami. Moga Allah sentiasa permudahkan urusannya.
Kali ni. Aku nak menulis tentang apa? Tentang aku dan Tuhan. Tentang aku dan pelajaran.
Minggu lepas, keluar result final exam. As expected, it's really bad. Not just bad, but horrible! Terrible! Hahahaha. Actually, daripada sem lepas aku dah banyak kali berperang dengan diri aku sendiri. Which I felt like I want to give up. Rasa tak mampu. Dalam kelas, orang lain dah faham, aku muka blurr lagi. Tapi silap aku, layan syaiton malas. Tak sedar diri. Dah tau diri tu tak segenius kawan2 lain, kerja keraslah sikit. Ni tak. Tak pulun2 pun buku tu. Yang sedihnya bila apa yang dihafal, time exam, lupa. Terdetik. 'Banyak dosa ni. Jauhnya aku dengan Allah sekarang.' Tak hairanlah bila hafal mudah lupa, dalam kelas susah faham.
Actually, aku sedar benda ni daripada sem lepas. Hampir2 study week. Bagaikan tersedar dari lena yang panjang. 'Kenapalah aku jadi macam ni? Wake up!'
Bila banyak dosa, Allah murka. Mana nak berkat hidupnya. Allah dah bayar cash kat aku. Dengan bagi result cenggini untuk menyentap aku kembali padaNya. Allahuakbar!
Memanglah. Tak aku nafikan usaha aku yang entah pape punca aku dapat result macam tu, tapi aku yakin. Punca utama result aku teruk sebab aku jauh dengan Allah. Aku cuba korek2 balik neuron aku. Ingat balik. Result aku sebelum2 ni macam mana. Aku tersentak. Allah. Result aku paling cemerlang adalah bilamana aku dekat dengan Tuhan. Even masa tu aku tak pulun pun. 2 semester yang aku paling aku performed, adalah 2 semester yang paling aku rapat dengan Allah. Paling kuat kebergantungan pada Allah. Betullah orang kata. Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan tolong.
Bukan niat nak berbangga. Jauh sekali mengangkat diri. Cuma aku nak kongsikan tentang kisah aku ni sebagai pengajaran buat diri aku sendiri dan semua.
Masa aku dapat result yang bagi aku agak cemerlang tu, usaha aku masa tu dengan sekarang sebenarnya kalau ikutkan takde beza pun. Aku bukan stok2 muka study. Tapi bila aku recall balik. Apa yang aku buat masa tu? Yang membuatkan aku result gempak berbanding semester lain. Jawapannya adalah. Jaga solat. Jaga hablumminallah, hubungan dengan Allah. Betullah Allah cakap. Lama dah Allah bagitau rahsia kejayaan ni.
بسم الله الرحمن الرحيم.
قد أفلح المؤمنون ( 1 ) الذين هم في صلاتهم خاشعون ( 2 ) [المؤمنون]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
Yeah. Solat. Kunci kejayaan. Dulu aku berjaya sebab jaga solat. Disebabkan sakit aku dulu, membuatkan aku rapat dengan Allah. Sebabkan sakit tu, aku usaha untuk solat jemaah. 5 kali sehari. Dulu. 5 minit sebelum masuk waktu solat, aku dah terpacak kat surau mahallah. Kalau aku terlepas jemaah, aku gelisah. Kan bilamana kita solat berjemaah kita dikira khusyuk even tak khusyuk pun. Sebab jemaah. Tapi tu dulu. Sekarang? Hmm. Ada ke aku jaga solat aku tahap macam tu? Tak. Tak hairanlah kejayaan pun tak nak pandang muka aku. Allah.
Itu tentang solat. Selebihnya. Disebabkan sakit yang Allah uji aku tu jugak, aku cuba untuk isi rohani aku yang kosong dengan makanan2 ilmu. Setiap malam aku cuba untuk tak mereput di bilik. Aku akan tengok kat board poster. Cari majlis ilmu. Setiap malam aku gi. Tak kisahlah talk agama ke, talk ilmu2 lain ke. Dan satu lagi yang juga penting. Al-Quran dan Ma'thurat. Aku cuba untuk baca setiap hari. Sebab teringat pesanan Ustazah aku masa form 2 dulu. Nak kuat, Quran dan zikir jangan tinggal. Disebabkan sakit aku yang mengganas tertimpa atas diri aku masa tu, sampai aku tak tertahan dah, aku cuba kuatkan diri aku dengan love letters from Allah tu. Indeed, Quran is the best novel, the best cure. Bila aku menangis menderita sakit tu, aku bukak je Quran. Baca dengan tafsir sekali, memang konfemlah air mata akan turun mencurah2. Nak cakapnya apa? Aku rasa macam Allah pujuk aku melalui ayat2 suci tu. Setiap kali hadapi sesuaty yang rasa tak tertahan, setiap kali tula jugak aku rasa macan ayat yang aku baca tu kena pelepap atas muka aku. Memang kena dengan ujian yang aku hadapi. Betullah. Quran tu kaunselor, penawar, painkiller kita. Seboleh mungkin aku cuba untuk baca satu muka surat bersama tafsir setiap kali selesai solat. Kadang bila malas, aku qadha balik berapa helai yang aku tertinggal. Hati tu, taktau macam mana nak cakap. Perasaan bila baca Quran bila hadapi ujian2 daripada Allah tu. The best feeling ever. Dan al-Ma'thurat. Pagi petang aku cuba lazimkan. Kalau tak pun, at least sekali sehari. Ini satu lagi perisai aku. Ustazah aku pesan, baca Ma'thurat ni untuk berlindung daripada syaitan dan berlindung dengan Allah daripada perkara buruk berlaku. Bacalah bersama maksud, itu lebih baik. Sebab takdelah jadi macam tin kosong. Baca ayat Quran tapi taktau baca mende.
Ya. Itu. Dulu. Kenapa aku boleh buat semua tu? Apa yang mendorong aku? Sakit. Sakit aku masa tu yang mendorong aku untuk kuatkan diri dengan semua amalan2 tu. Masa tu. Allah. Kebergantungan aku dengan Dia sangat kuat. Hablumminallah sangat kuat. Tapi sekarang? Allah.... Dah lama aku tinggalkan rutin tu. Kadang cuba untuk jadi macam tu balik. Tapi tak jadi jadi jugak. Teringat pesanan seorang senior aku zaman sekolah. Nak berjaya kebergantungan pada Allah mesti kuat. Nak berjaya jaga hablumminallah. Dia dulu, masa minggu exam dah takkan buka buku. Dia pulun sebelum tu. Minggu exam adalah minggu dia banyakkan solat sunat dan doa.
Daripada kisah aku panjang2 kat atas tu. Aku boleh simpulkan yang gagalnya aku adalah apabila aku jauh dari Dia. Berjayanya aku adalah apabila aku dekat dengan Dia. Allah dah tunjuk depan mata aku semua tu. Tu baru je Allah tunjuk pasal pelajaran. Banyak lagi benda lain. Tu baru sikit Allah nak jentik hati aku. Aku bersyukur. Dengan kegagalan ini (walaupun takde any subjek fail), Allah tunjuk kat aku banyak benda. Yang buat aku muhasabah diri aku balik. Dan kiranya aku beruntung. Sebab Allah tunjuk awal2 atas dunia. Allah balas cash atas dunia. Bukan kat akhirat. Allah tak biarkan aku hanyut sampai gagal kat akhirat. Allah nak aku kejar balik kejayaan dunia dan akhirat.
Alhamdulillah Allah bagi kesedaran ni awal2 kat aku. Pernah aku terbaca satu buku yang mengatakan. Allah akan timpakan kita sesuatu ujian untuk kita pelajari sesuatu. Selagi mana kita take sedar, tak pelajari kesilapan, selagi tu ujian yang sama akan mengunjungi kita. Contohnya. Kita asyik gagal dan gagal dan gagal dalam sesuatu. Sampai kita fade up. Salah Allah ke salah kita? Kita dah lakukan perubahan ke untuk basmi kegagalan tu? Tepuk dada tanya hati.
Teringat seorang sahabat aku. Sem lepas, dia khabarkan aku tentang pengajiannya. Yang masa tu, dalam hati aku aku fikir. Aku pun sama je dengan dia sebenarnya. Masa tu dia hilang keyakinan diri. Sikit lagi nak pasrah. Tapi masa tu, aku cuba untuk bantu dia. Berikan kata-kata inspirasi dengan harapan agar Allah bantu untuk kuatkan dia kembali. Agar dia ada motivasi balik. Aku cuba untuk kuatkan semangat dia balik agar kami sama-sama berjaya. Tapi, aku kecundang. Hmmm. Terasa bersalah aku pada dia. Namun, alhamdulillah. Dia berjaya. Aku tumpang gembira. Niat aku nak bantu dia tercapai. Kalau kita betul2 ikhlas nak tolong hamba Allah tak kira manusia atau haiwan atau alam semulajadi, Allah tolong. Maaf sahabat, aku gagal. Tapi aku gembira tengok kau berjaya. Truly happy. Sekarang dia dah tak macam dulu. Dah bersemangat, dah punya motivasi diri kembali. Alhamdulillah. Benarlah kata orang. Kadang-kadang orang yang suka bagi semangat kat orang lain itulah yang paling down. Dia motivate orang lain supaya orang tu tak jadi macam dia. Dia dan Allah je tau. Yes. Aku tak nak dia jadi macam aku. Aku yang mana? Aku yang aku tak pernah cerita kat sini. Padahal masa aku motivate dia tu, tahap semangat aku memang entah tersesat di lubuk mana entah. Niat aku hanya satu. Aku nak tengok semua sahabat2 aku berjaya. Dunia akhirat.
Apa-apapun natijah yang Allah bagi. Aku cuba untuk redha. Redha tu apa? Mulut senyum. Hati pun senyum. Bukan redha namanya kalau mulut senyum tapi hati berduka. Moga kita sentiasa dipelihara iman olehNya. Setiap apa yang Allah berikan, pasti ada sebab terselindung yang kalau kita tak nampak di awalnya, tapi akhirnya pasti akan tersingkap hikmahnya.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Al-Ankabut :2]
Dan ingatlah selepas kesusahan itu hadir kesenangan. Allah ulang dua kali dalam Surah Al-Insyirah.
Sesungguhnya selepas kesukaran itu kesenangan. [Al-Insyirah: 5-6]
Mohler kita sama2 perbaiki amalan kita. Moga kita semua bertemu di Syurga sana. :)
Wednesday, February 3, 2016
Stop Hiking?
Bismillah. In the name of Allah.
Hmmm.... Just stop here for a while. Don't know mende yang messing around my mind. Haha. Until I feel like.... Do I have to stop hiking right now? Hmphhh.... Sigh*
Everything comes to my mind. I think of that over and over again. Eventhough I've tried to ignore, but it still appeared in my mind. Until it comes to the part that...... Oh god! Rasa macam. I nak give up. From this field. From this passion. From this hobby. From this medicine.
Hiking is one of my way to release stress, to overcome the psychopath that sticks with me since the dark side of mine happened a year ago. It helps me a lot. And many more.
Why I want to stop? Because of something. Something that.... Hmmmm. Dunno how to explain. But honestly it's really difficult to totally give up from this world of hiking.
I love nature. My best friend since I was small. I love my hiking mates.
1. Taburians.
2. Geng Kaki Getah.
3. Come on Mountains.
4. Family Outdoor.
They teach the values of life. A lot of them. And many more that I don't explain here. Maybe next time, when my mind betul2 waras, I'll write more. It's really difficult to say 'Sayonara' for something that you love right?
Sayonara. Wanna get a lil bit rest.
Monday, January 4, 2016
Come back
New year. New stories. New knowledge.











