kenangan manis terpahat dalam memori
Alhamdulillah, sekarang dah boleh betul2 fokus on study....
keputusan untuk pertandingan ni, hanya dapat mara ke octo final(best 16)..
jaulah1(round) = SMKA Naim Lilbanat VS SM Imtiaz Dungun
Fa'iz = SMKANL
ranking: 2/50
masa ni, kalut sangat... idea datang mencurah2..
cuma, nak translate dalam arab tu memang mencabar..
ni perang psikologi dalam debat. pihak lawan cuba untuk menggangu emosi kita. kalau ada yang tak kuat,takut sangat sampai boleh nangis. ada sekali masa kami bertanding pada tahun sebelumnya, masa tu, pihak lawan sedang berhujah. pihak kami mencelah/ mudakholah. emosinya terganggu. dia jadi tergagap tiba-tiba, lalu menangis dan tak mahu teruskan. pusingan tu, kira kami menang tanpa bertandingla..
jaulah 1 ni kami pelik sangat sebab kami menang. haha, serious. kami ingat kami kalah. pendek kata, macam kami dah yakinla yang pihak lawan akan menang. rasa bersalah sangat2 dengan team imtiaz dungun tu. kesian pun ada. muka diorang nampak kecewa yang sangatlah. aku faham perasaan diorang. sebab kami pun pernah alami situasi macam diorang. rezeki yang tak disangka-sangka. part yang lucu time ni, setiap kali mudakholah ke apa ke, mesti diorang sebut 'ya jameelah'. bukannya ditimpa perasaan. dah biasa dalam debat orang bahasakan macam tu. cuma asyik2 'ya jameelah', time rancak berbidas pun 'ya jameelah' jugak. serabut gak aku. aku pun balasla balik, 'ya jameeeeeeeeeeeel.......' tu perlila tu... haha, bukan setakat penonton gelak, ngan kami yang tengah bertanding ni pun tersengih... tahun lepas pun situasi macam ni jugak. masa kami lawan dengan 1 sekolah ni, semua perempuan. menteri2 diorang ni suka bebenor sebut 'ya jameelah, ya jameelah'. time perli kami lagilah kuat dengan 'ya jameelah nya'. tiba turn aku, aku pun kenakan diorang lagi kaw kaw, 'ya jameeeeeeeeeeeelah', kuat dan panjang harakatnya. sebenarnya, situasi debat macam ni tak manis didengar. tapi, benda2 macam nilah yang membuatkan kami kadang2 ketawa bila ingat2 balik. banyak lagi situasi2 yang lucu sepanjang kami terlibat dalam dunia debat ni. cuma pasal isu ya jameel/ah ni, sesetengah juri dan jurulatih cakap yang kalau orang Arab, mereka tak suka kalau kita guna istilah2 itu, memangla maksudnya wahai kacak/cantik, tapi mereka mengaggapnya sebagai perli. taktaula sahih ke tak. tapi, sebaiknya gunakan panggilan2 biasa je. aku sebenarnya guna 2x tu je, tu pun sebab memang niat nak perli pun, buruk punya perangai, haha.
jaulah 2 = SMKANL VS SAM Bestari
Fa'iz = SAMBES
ranking : 29/50
time pusingan nilah, aku frust yang amat. sebab aku tak faham apa pun yang pihak lawan hujahkan. plus, ntah kenapa time ni, otak aku blurr.. so, hujah aku untuk bidas diorang tak kukuh...
jaulah 3 = SMKANL VS SMA Khairiah
Fa'iz = SMA Khairiah
ranking : 32/50
part ni lah, apa yang team imtiaz dungun rasa kami rasa plak. what goes around come around.
jaulah 4 = SMKANL VS SMKA Johor Bahru
Fa'iz = SMKANL
ranking : 24/50
pusingan ni best. sebab aku faham dengan lebih detail hujah lawan. plus, kami 1 pasukan dapat jawab mudakholah2 diorang. aku pun dapat muntahkan idea2 dalam minda aku.
kalau time lawan dalam dewan kuliah macam ni, lagi tinggila skala nervous tu
jaulah 5 = SMKANL VS SMKA Sheikh Abdul Malek
Fa'iz = SMKANL
ranking : 17/50
tajuk debat: kehidupan di bandar lebih baik
SMKANL sebagai Kerajaan
jaulah 6 = SMKANL VS SMK Bandar Penawar
Fa'iz = SMKANL
ranking : 16/50
time pusingan ni, rasa gembira yang amat. sebab menang tu 1. 1 lagi sebab kami berjaya bidas hujah lawan dengan spontan. menteri ke-3 nya menjadi afdhol munazir(pendebat terbaik), bercakap dengan penuh keyakinan, bagus...
tajuk perdebatan untuk pusingan 6 (saringan)
kami sebagai pembangkang
OCTO FINAL = SMKANL(ranking 16) VS SMKA(P) Kangar(ranking 1)
Fa''iz = SMKA Kangar
inilah pusingan terakhir yang kami tempuhi. sebelum masuk bertanding pun, gerak hati rasa tak sedap je. kami di tangga yang ke-16 lawan SMKA Kangar yang di tangga 1, yang memang majoriti semua 6 pusingan sebelum octo final ni diorang di tangga pertama. sebab ke-2 tak sedap hati, tajuk untuk debat pusingan ni, kami tak sempat prepare elok2. teks dah ada. cuma kami tak sempat go through dengan detail sama2. kalau tajuk lain dah revise dah.. aku pun kecewa dengan performance aku time ni. tak lancar sangat, tergagap-gagap. hujah lawan tak dapat kami patahkan. dan part yang tak bestnya, masa ni, semua team2 lain dari Kelantan yang 1 rombongan dengan kami support kami bersungguh2. rasa bersalahla jugak bila orang menaruh harapan kat kita. team2 negeri lain pun ada. bukan rezeki kami. takpela, yang penting pengalaman tu kan? alhamdulillah, sampai ke tahap ni pun, syukurlah...
antara top 16...
sekurang-kurang, ada gak
wakil dari Kelantan... :)
(bangga jadi anak kelantan)
top 16 from 50 schools
tajuk debat untuk octo final
perdebatan kami berakhir di sini
Kira okla berbanding ngan pencapaian di International Debating Championship
di UIA yang just menang 2/6 pusingan and terang2 lagi tak dapat masuk peringkat seterusnya.....
tapi, debat kat usim ni, dapat mara ke octo final, praise be to Him....
Apapun, aq cinta bahasa arab dan akan ajar anak2 aq bahasa syurga ni sejak
kecil lagi, insyaAllah.... Majulah bahasa arab untuk dunia dan akhirat =)
team debat kebangsaan bersama ustaz n da family
makan besar, ustazah belanja kami... kenyang berbuntal dibuatnya! haha...
dekat dengan semua lauk ustaz ngan ustazah suruh aku habiskan... rezeki jangan ditolak... sekali sekala..
bersama ibu dari indonesia
sebelum naik bas untuk bertolak pulang. last time di usim, bersama runner kami...
time balik ni memang dah ada chemistry bond antara kami...
tak macam mula2 rombongan kami dari kelantan ke usim..
maklumlah, masa tu tak kenal lagi, baru 1st time jumpa semua.
tapi, lepas berkampung di usim, banyak masa yang dihabiskan bersama..
tambah2 semua taraf adik except sorang abang ngan akak dari falah
kalau tak silap, lupa.. form4la semuanya yang lain. pelapis2la ni, bagus adik2..
kalau Naim dan Falahiah memang dah hantar wakil setiap tahun.
Tahun lepas pun, kami 3 team je yang dok dalam bas naim ni.
2 team dari Naim, 1 team dari Falah.
Masing2 pernah menempa nama di final beberapa tahun dulu.
penangan dua beradik yang mengkagumkan ramai.
Ukhti Tasneem Taha yang mewakili Naim ke final.
dan Akhi Moosa Taha mewakili Falahiah di final.
tahun ni, julung2 kalinya sekolah2 selain Naim dan Falah sertai.
baguslah, dah ada pendedahan untuk team sekolah mereka.
antara team2 kali ini:
1.SMKA Naim Lilbanat
2. SMKA Falahiah
3. SMKA Lati
4. SMKA Melor
5. SMKA Wataniah
6. SMKA Tok Bachok
Sebelum permisi, aku nak kongsikan. pengalaman sebagai seorang pendebat Arab yang takdelah fasih mana, setakat bahasa arab biasa2 je, ayat pun tunggang langgang nahu nya, orang kata bahasa Arab Melayu. Tapi, aku rasa puas hatilah jugak, walau tak boleh sehebat dan selancar Ukhti Tasneem Taha dan seangkatan dengannya, tapi, aku dapat berdebat dalam bahasa Arab secara spontan. Kat rumah memang tak pernah guna bahasa Arab, kat sekolah pun kalau guna pun yang basic2 je. betulla orang kata bahasa ni, nak mantap, bertuturlah menggunakan bahasa itu selalu. bercampur dengan kelompok2 orang yang menggunakan bahasa tu. InsyaAllah, lama2 fasihla. Believe yourself!
Banyak kenangan2 lucu sepanjang tempoh berdebat, selama dua/tiga kali dah aku, Farah Izzati,Izzah Athirah dan Huda Taha sertai sama2. Yang paling kami dan ustaz ingat kalau sebut kalimah salah. Ada sekali ustaz tulis iqomat, tapi dekat huruf mim tu ustaz terletak titik. so, adala yang pergi baca iqoqoh,haha. yang muhammad ali, ustaz tak letak titik dekat huruf ya, ada yang pergi baca muhammad 'ala, banyakla lagi kalau nak cerita. Pengalaman menceburkan diri dalam debat ni sangat berharga. Amat bernilai. Pengetahuan pun bertambah. dalam banyak2 pertandingan yang aku sertai sebagai wakil sekolah, pertandingan debatlah yang paling aku enjoy dan rindu. Thank you Allah!
Buat sesiapa yang bakal bertanding tu.
Sedikit tips nak kongsi daripada saya, biasa2 je. Yang terlintas dalam fikiran sekarang. Harap2 berguna.
Buat yang sehabis baik!
jangan asal lawan je, tak kisah menang ke kalah.
Jangan baca je teks 100%. Cuba untuk berhujah spontan.
Cubalah untuk menjawab celahan/mudakholah. At least sekali dalam satu jaulah.
Sebelum masuk debat ulangkaji betul2 setiap tajuk dengan ahli
sepasukan.
Cuba agak apa yang akan dikatakan oleh pihak lawan.
Kalau dia
kata macam ni macam ni, apa yang kita nak jawab.
Cara ni yang digunakan
oleh kebanyakan pendebat termasuk saya.
At least, tak banyak pun sikit,
mesti ada yang mengena. sangat membantu.
Masa bertanding, kalau
kita dengar sesetengah perkataan yang selaaaalu
sangat disebut oleh
kumpulan kita sendiri atau pihak lawan yang kita tak tahu
apa maksudnya, habis je bertanding, cari makna untuk perkataan tu.
kalau2 kita jumpa
balik kalimah2 tu untuk jaulah/pusingan2 seterusnya,
takdelah kita
menyesal, 'aduuuh, asalla aku xcheck makna kalimah tu tadi.'
Sorang pendebat UIA yang sangat hebat, Kak Huda pernah pesan.
Jangan ada sikitpun perasaan 'aku nak jadi 'afdhol munazir'.
Once kita dah set mind macam tu, semangat sepasukan dah tak power.
Sebab kita macam dah jadi individualistik.
Biar kita fikir yang kita nak menangkan sepasukan.
Enjoynya debat bukan 100% terletak pada menang satu2 pusingan debat.
Tapi pada kejayaan kita mematahkan hujah lawan dengan yakin dan berhikmah.
Juga pada keyakinan juri, pihak lawan dan penonton terhadap hujah kita.
ALL THE BEST! BITTAUFIQ WANNAJAH! :)