Friday, March 23, 2012

Sharing is caring.....:D

~ Siapa yang berjalan depan orang yang solat, kepalanya akan bertukar menjadi kepala himar di Padang Mahsyar kelak

~ 4 ekor haiwan yang masuk syurga:
- Unta Nabi Soleh yang keluar dari batu
- Gajah Ashabul Fil yang menentang Abrahah
- Kibas Nabi Ismail yang menggantikan Nabi semasa penyembelihan
- Anjing Ashabul Kahfi

~ Bacalah doa masuk dan keluar tandas. Kalau tak, syaitan akan menyolekkan kita dengan najis. Kesannya, hati menjadi keras dan susah untuk terima nasihat


~Semasa basuh muka untuk wudhuk, tutuplah mata agar air dapat diratakan keseluruhannya. Sebab kalau buka mata masa basuh muka tu, dibimbangi air takkan meratai keseluruhan bahagian mata terutama kelopak mata yang berlipat semasa mata terbuka. kalau org takde kelopak mata tu camne plak?


~ Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila2 dia takkan menjadi seorang yang berani - Khalifah Ali bin Abi Talib



~ Bekas presiden Amerika, Abraham Lincoln pada asalnya seorang yang miskin. Sehingga nak beli buku pun tak boleh. Dia rela dalam keterpaksaan berjalan jauh untuk meminjam buku. Orang berjaya sepertinya tidak terus dilahirkan dalam kehidupan yang senang. Tanpa usaha, tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kejayaan.


~ Sebelum kita mengeluh tentang rasa dariapada makanan, fikirkan tentang seseorang yang tak punya apa2pun untuk dimakan.

~ Sebelum mengeluh tak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.


No comments:

Post a Comment