Thursday, February 28, 2013

Chinese Look. Pure Chinese.



     Suatu hari, aku temankan mak ke kedai kain kat Jalan Gajah Mati, Kota Bharu. Berdekatan Pusat Tuisyen Karisma. Bangunan di situ nampak klasik, macam bangunan-bangunan lama area Jonker Street. Kedai Cina itulah yang mak selalu kunjungi untuk beli kain buat uniform sekolah kami adik beradik. Masa tula aku dengar perbualan antara mak dan tauke Cina tu. Amoy tu tanya mak aku, yang kami ni ada keturunan Cina ke? Sebab muka kami ni Chinese look. Ya ke? Hmm. Menarik gak topik perbualan diorang ni.

     Alkisah, mak aku pun bercerita kepada wanita Cina yang agak berusia itu. Mak cakap, dah banyak kali orang ingat dia ni Chinese. Masa dia ke Melaka, ada Chinese yang tiba-tiba pergi tegur dia dalam bahasa cina. Mak aku pun geleng jela. “I’m not a Chinese.” Banyak kali pulak tu situasi macam tu terjadi. Aku pun tilik muka mak. Ada bau yee sang ke kat muka mak? Haha. Aku tak perasan pun selama ni. Bila aku tengok tu pun, aku tak jumpa gak bau yee sang tu, bau cheongsam pun jauh sekali. Ada kot bau-bau bacang. Seumur hidup aku, itulah kali pertama aku dengar orang cakap yang kami anak beranak ni Chinese look. Sumpah, tak perasan. Dan tak nampak pun tang mana yang cinanya.

     Mak cakap kami memang keturunan Melayu. Taktaula pulak kalau nenek moyang kami yang zaman Yahudi merangkak dulu-dulu ke atau zaman Parameswara berhijrah ke Melaka dulu ke, ada salasilah keturunan kami yang bukan Melayu. Russian ke, Japanese ke, Siamese ke, Indian ke, Arab ke dan lain-lain. Sebab orang kata kalau orang Melayu ori ni kulit sawo matang, tinggi sedang-sedang, rambut hitam, kerinting-kerinting sikit atau ikal.  

     Arwah Tok Wan pernah cakap yang saudara-mara dia ramai kat Pattani. Taktaulah kalau-kalau orang Siam atau orang Melayu. Sebab dulu kan Pattani tu kan terletak dalam peta negeri Kelantan jugak. Angkara penjajahla, tanah itu jatuh ke tangan Raja Thai. Oh, sebut pasal Siam ni, aku teringat satu peristiwa masa aku satu sekolah dengan pelajar-pelajar dari Thailand. Program bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Masa baru-baru berkenalan dengan diorang, diorang cakap orang Islam di Thai marah kalau kita panggil diorang orang Siam. Sebab di sana, mereka menganggap orang Siam adalah orang Buddha. Manakala orang Islam Thai dipanggil orang Thai. Masyarakat kita mungkin sinonimnya memanggil semuanya Siam. So, beware la pasni. Labih selamat, panggil je semua orang Thai bila berbicara dengan mereka.

     Cuma, tahun lepas baru aku tau daripada Tok Wan. Yang Dato’ Nik Ahmad Kamil, Menteri Besar Kelantan yang pertama adalah nenek moyang kami. Pendek cerita, kami ni keturunan beliaulah. Tambahan memang keluarga sebelah mak ni keturunan Nik dan Wan. Wah! Bangga rasanya. Wajah pejuang yang sering aku tatap dalam buku teks Sejarah dulu rupanya moyang aku. Mungkin, sebab tulah darah sejarah dan politik mengalir dalam badan aku sejak kecil lagi. Hikhik. Sejarah tu memang subjek yang aku minat sangat-sangat. Dokumentari,rencana, buku atau apa-apa sahaja berkaitan sejarah aku tak tolak tepi. Melalui itulah, aku mengenali insan hebat tersebut. Dulu-dulu pun, bila aku tau yang Dato’ Nik Ahmad Kamil, tokoh yang turut berjasa kepada negara adalah orang Kelantan, terbit rasa bangga sebagai anak Kelantan. Apa sumbangan dan jasa-jasa beliau kepada negara. Aku sendiri pun dah tak ingat sebenarnya fakta-fakta Sejarah yang aku belajar dulu. Aku yakin korang pun mesti kenal, belajar masa tingkatan 3 dan 5 kalau tak silap.
     
     Ok, sambung balik cerita tadi. Aku pun terfikirla, betul ke aku ni pun ada iras-iras Cina sikit? Puas aku tilik muka aku, tak taulah… Tak jumpa pun iras-iras kecinaan sebab aku pun taktau aku ni muka Melayu ke Cina ke apa. Haha, bila tengok orang-orang lain bolehla aku describe. Aku sendiri tak boleh. Kawan-kawan pun selalu cakap, “Engkau tu memang muka Cina pun, adala sikit-sikit.” Jinja(really?) Sampai sekarang aku masih tak nampak.

     Mungkin sebab tula, aku minat Chinese. Ya, aku minat lelaki Cina. Chinese ni ada macam-macam rupa pulak. Adala yang taste aku punya. Susah nak jumpa,haha. Kenapa aku boleh tersangkut dengan mamat Cina ni, dah habis jejaka Malaya ke? Haha, entahlah. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin, antara faktornya, aku memang suka budaya Cina(takdela semuanya), bahasa dia, macam-macam lagilah. Mungkin jugak sebab masa kecik2 dulu aku membesar dengan Chinese drama. 1 lagi sebab pengaruh novel kot, haha. Novel yang pernahh menjadi favoriteku, 'Bayangan Rindu' by Anis Ayuni yang aku baca masa form 2 dulu. Haha, nila yang tak elok ni, pengaruh media massa. Maybela aku minat Chinese kerana sebab2 yang aku sebut tu. Even, xlogik bebenor jawapannya. Actually, susah sikit nak jumpa Chinese yang friendly, menghormati dll. Kalau jumpa Chinese yang betul-betul boleh go on dengan Malay, sangatlah bagus golongan-golongan tu. Kalau Chinese di Kelantan, yang boleh cakap loghat Kelantan tu biasanya Cina yang baik, yang tak mendiskriminasikan Melayu. Yang memang 1Malaysiala pendek kata.

     Dalam hidup aku, aku takde pun kawan orang Cina. Kalau ada pun, masa kecik-kecik dulu aku dan kakak aku berkawan dengan seorang anak Tauke Cina. Ah Feng namanya kalau tak silap. Sempatla main sama-sama. Tapi, lepas keluarga diorang pindah, dah tak jumpa dah lepas tu. Sedihla sikit. Sebab itu satu-satunya kenalan aku yang berbangsa Cina. Masa sekolah rendah dulu pun, ada sorang Chinese girl. Goh Pep Sin, nama dia. Aku ingat lagi. Tapi, yang sedihnya aku tak sempat nak berkawan baik dengannya. Sebab dia pun pindah, pindah sekolah. Kelas kami lain-lain, so aku susahla nak luangkan masa dengan dia. Sempat tegur sekali je dulu rasanya. Tak ingat sangatla, dah 10 tahun berlalu. Future nanti, I don’t know. Wether aku akan jumpa kawan Cina yang baru atau tak.

     Teringat lagi kat sorang Chinese ni, who I met when I worked a few weeks ago. Dengan mukanya yang tenang. Baik. Sopan santun. Haha. Kata orang, bila hati dah suka semuanya nampak baik-baik belaka. Yang buruknya pun tak kisah. Dalam ramai-ramai siswa yang ada masa aku kerja tu, handsomela macam mana pun, tak menarik perhatian aku pun melainkan this Chinese guy. Benda yang tak perlu ucap terima kasih pun, dia ucap terima kasih kat aku, bukan sekali. Mamat-mamat Melayu lain takde pun macam dia. Berbudi bahasa. Masa terserempak dengan dia pun, siap tunduk hormat lagi (macam Korean tunduk tu) kat aku sambil tersenyum. Haish mamat ni, macam tau-tau je aku ni jenis yang minat Chinese yang spesies macam dia. Dia tunjuk baikla pulak. Haha. Biarla ia tersisip dalam memoriku. Kalau ada jodoh, insyaAllah 

    Kalau orang tanya ciri-ciri lelaki idaman aku, mungkin semuanya common. But, this one is extraordinary. Haha, betul ke penggunaan perkataan tu? Macam tak kena je. Haha, takdela luar biasa pun, hiperbola je tu. Cuma lain pada orang sikit. What? Chinese! Ya, kalau ada jodoh, biarla dia tu seorang lelaki Cina. Pure Chinesela, bukan yang jenis Chinese look ni. Kalau Chinese look ni, berlambakla. Dalam family aku pun ramai, kawan-kawan. Haha. Kawan-kawan aku semua pelik bila aku cakap aku nak kahwin dengan Chinese. Ada yang tanya kenapa. Ada yang gelak. Ada yang mendoakan. Ada jugak yang cakap aku ni ‘agah’(Xtau nak translate this Kelantanese word to standard Malay Language, (bajet kot) Am I too choosy? Takdelah. Nama lagi ciri-ciri lelaki I.D.A.M.A.N. Kalau Allah dah tentukan jodoh aku dengan orang Melayu pun aku terima. Malay look ke, Korean look ke, Chinese look ke, Indian look ke, semua tu di tangan Allah. Terima jelah jodoh yang dah tertulis untuk aku tu. But, seems that my soulmate belum memunculkan diri lagi. Now, still hope that the man is a Chinese. Insya-Allah.

Seriously, pray for me yaa :)

3 comments: