21 Mac 2013
‘Sebelum ambik result
sampai hari ini, kata2 Prof Muhaya la yang selalu berlegar2 dalam mindaku,
membantuku untuk menjadi positif:
Lebih kurang, "Kita selalu fikir apa yang orang kata. Eh, kalau aku buat macam ni, nanti apa orang kata? Eh, kalau aku dapat banyak ni, nanti apa orang kata? Selalu sangat fikir orang, orang, orang, bukan Allah. Fikirla apa yang Allah akan kata. Kita dalam solat Allahu Akbar, tapi di luarnya Manusia Akbar. Kalau kita tak fikir apa yang orang kata, inshaAllah, hati akan tenang, walau apa yang kita dapat. Fikirla kita dengan Allah macam mana."
#jom refleksi diri '
Lebih kurang, "Kita selalu fikir apa yang orang kata. Eh, kalau aku buat macam ni, nanti apa orang kata? Eh, kalau aku dapat banyak ni, nanti apa orang kata? Selalu sangat fikir orang, orang, orang, bukan Allah. Fikirla apa yang Allah akan kata. Kita dalam solat Allahu Akbar, tapi di luarnya Manusia Akbar. Kalau kita tak fikir apa yang orang kata, inshaAllah, hati akan tenang, walau apa yang kita dapat. Fikirla kita dengan Allah macam mana."
#jom refleksi diri '
Menelusuri kembali
catatan lama ini, membuatkan aku terimbas memori silam. Saat ini adalah saat
aku diuji dengan keputusan SPM yang teruk bagi aku(Add Maths, Chemistry,
Physics). Banyak yang aku alami rentetan daripada itu termasuklah tak dapat
tawaran ke mana-mana universiti awam. Sehinggakan aku hilang estim diri, aku
tak dapat tidur sehari-hari, setiap malam bantalku basah lencun dek air mata,
aku mengasingkan diri daripada semua orang, tak buka facebook berapa lama sebab
tak mampu tahan air mata bila tengok kawan-kawan dapat ke menara gading, aku?
Sehinggalah aku bangkit kerana inspirasi daripada 3 orang insan iaitu Cikgu
Rohaida Abas, Mdm Wan Rosnah dan paling terkesan ialah Prof Muhaya.
Dan catatan
di atas adalah antara petikan kata-kata Prof yang membuatkan aku bangkit bila
mana aku tak kuat, aku hilang orang-orang terdekat yang menyokong aku. Aku rasa
diri tak berguna, teruk, menghancurkan hati mak ayah. Tapi bila aku teringat
balik kata-kata Prof itu, aku mula dapat memaafkan diri sendiri. Aku fikir
yang, kenapa aku nak sedih sangat? Kalau ikutkan hati sendiri, dah boleh terima
kenyataan, tapi sebab ada insan-insan yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
bila dengar tu aku kembali menghukum diri sendiri, aku kalah. Ya, salah diri
sendiri tapi belajarlah memaafkan diri sendiri dan belajar daripada
kesilapan,semua yang berlaku Allah takkan jadikan ianya sia-sia.
Alhamdulillah, Allah susun cantik je. Aku mendapat tawaran ke UIA untuk kemasukan kedua. Allah je tahu perasaan masa tu bila Mak Ayah gembira dengan tawaran tu. Tapi jujur aku katakan, 4 tahun pengajian di universiti, aku kadang leka juga. Pernah sekali aku dapat keputusan rendah. Allah dragged me back to keep on the track. Aku sedar kembali, dan aku cuba ingatkan diri kembali akan memori silam, ingat kembali janji aku untuk tebus kesalahan dulu, lalu aku bersemangat semula.Aku punya impian untuk hadiahkan kejayaan cemerlang kepada mak ayah.
Alhamdulillah, Allah susun cantik je. Aku mendapat tawaran ke UIA untuk kemasukan kedua. Allah je tahu perasaan masa tu bila Mak Ayah gembira dengan tawaran tu. Tapi jujur aku katakan, 4 tahun pengajian di universiti, aku kadang leka juga. Pernah sekali aku dapat keputusan rendah. Allah dragged me back to keep on the track. Aku sedar kembali, dan aku cuba ingatkan diri kembali akan memori silam, ingat kembali janji aku untuk tebus kesalahan dulu, lalu aku bersemangat semula.Aku punya impian untuk hadiahkan kejayaan cemerlang kepada mak ayah.
Begitulah besarnya makna
inspirasi. Kata-kata Prof yang menginspirasikan aku walau tak pernah bersua dan
mengubah hidupku. Aku simpan kemas dalam ingatan aku kata-kata Br. Siraj Munir,
penggerak Global Community Club di Centre for Foundation Studies, UIA. Katanya, tugas sukarelawan ini bukan sekadar memberi
bantuan material, tapi juga memberi bantuan spiritual. Memberi semangat,
inspirasi, motivasi agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka kembali.
Kalau ada yang putus asa, kita bantu mereka agar bila kita dah tiada bersama mereka, mereka
akan tetap dapat meneruskan kehidupan mereka. Itulah makna sukarelawan sebenar.
Sebab itulah, aku punya hasrat untuk menginspirasikan insan lain. Aku rasa puas
bila dapat menginspirasikan mereka walau dalam sekecil-kecil perkara. Very
little is needed to make a happy life.
- Aku bukanlah seorang yang genius. Dalam kelas orang lain dah faham, aku tak faham-faham lagi cikgu ajar. Sampaikan cikgu pernah buat muka sebab aku masih tak faham-faham lagi, masa tu, sedih, sedih sangat. Ada juga cikgu pernah cakap aku bodoh. I felt like, 'Hmm... You are my teacher, you're supposed to encourage me, not to demoralize me. Sejam lebih aku nangis tak henti lepas tu. Sampai memang keyakinan jatuh gedebuk dalam longkang. Rasa yang bodohnyalah aku. Kat Universiti, pun sama. Nak ajarkan kawan core course pun tak mampu. Kalaulah aku tak kuat, aku mungkin hilang semangat hidup dan putus asa dalam hidup kerana kata-kata cikgu aku dulu. Tapi aku cuba jadikan ia sebagai cabaran dan peringatan agar aku tak lakukannya pada insan lain. Cuma jujur aku katakan, subjek itu aku tak suka dulu atas factor cikgu-cikgu tu. Tapi sekarang, meniti usia dewasa, aku cuba untuk melupakannya. Mereka juga manusia, tak lari daripada salah dan silap. But I can't bear to see another students get demoralized by their teachers. Often I heard some stories that teachers scream harsh words like 'Bodoh, bangang, lembap etc' to the students, who're in the last class. Sangat tidak wajar! Menjadi guru tak kiralah kita memegang title guru secara rasmi atau tidak(kerana kita juga guru dalam kehidupan), kita punya 'kuasa' untuk menjatuhkan anak murid atau menginspirasikan mereka, encourage them until they succeed, kita punya pengaruh yang besar dalam kehidupan mereka, bukan sekadar mengajar membaca menulis mengira, tapi kita punya pengaruh untuk mengubah hidup mereka. We rise by lifting others.
Sebelum aku berhenti menulis, aku ingin menyatakan bahawa tercetusnya entri kali ini adalah selepas aku terbaca luahan hati guru pendidikan Islamku sewaktu darjah 3, Ustazah Nor Shafira. Never thought that what have we done only as a normal student, could be a meaningful value in her life. Indeed, there are people in your life whom you unknowingly inspire simply just by being you.
I don’t want my pain and struggle to make me a victim. I want my battle to make me someone’s hero including myself.
And lastly,
Rasulullah SAW have said
: The best man is he who is best to mankind.
Images source: Google
No comments:
Post a Comment