Bismillah. Fooh! Dah lama sangat dah tak menulis. Jenguk setahun sekali je gamaknya blog ni. Haha. Kali ni buat 'comeback' dengan Catatan Kembara Perbandingan Agama GIFT 2017.
Alhamdulillah, dengan rasminya Quranic Youth Club(QYC) menutup tirai Global Inter Faith Tour 2017(GIFT’17). Masih saya ingat setahun lalu saudara Amier(Program Manager) pernah menyuarakan hasratnya untuk mengadakan ‘Harmony Visit’ ke Singapura dan salah satu tempat yang dicadangkannya ialah Synagouge, rumah ibadat bagi Yahudi. Perkara ini bukan satu kebiasaan bagi kita rakyat Malaysia yang beragama Islam namun pada waktu itu saya terdetik, ‘Program ini akan menjadi realiti’ kerana Amier seorang yang akan mengotakan apa yang dikatanya, bukan sembang kosong semata. Orang putih kata apa, ‘Walk the talk’. Ya, bukan senang tapi sebagai sahabat yang pernah bekerja bersama sejak di bangku asasi, saya percaya dia akan ikhtiar sebaik mungkin untuk merealisasikannya.
Dah kenapa nak pergi rumah ibadat agama lain? Masjid sikit punya orang tak nak penuhkan? Bertenang. Kami bukan sengaja nak pergi suka-suka bergembira melancong huha huha tidak. Tujuannya adalah untuk mendidik dan meningkatkan pengetahuan peserta tentang agama dan latar belakang yang berbagai-bagai. Kita nak bina satu hubungan yang sihat dalam kalangan peserta juga penganut agama lain sekaligus mewujudkan keharmonian antara satu sama lain. Dan yang paling penting, nak menyingkirkan salah tanggapan, salah faham, ‘misconceptions’ tentang agama lain dengan mendengar penjelasan daripada perspektif dan cara pemikiran mereka sendiri. Kalau ikutkan dalam tentatif pun semua penuh dengan program, tak sempat nak berjalan sangat pun.
Setelah beberapa bulan berlalu, perjalanan program bermula. Pelbagai program Pre-GIFT dijalankan untuk memberi pendedahan kepada komuniti UIA juga masyarakat di luar sana berkaitan perbandingan agama dan menyuburkan keharmonian di samping mengumpul dana bagi projek mega kami iaitu GIFT. Antaranya adalah ‘Interfaith Dialogue’, ‘Peacetival’, 'Harmony Visit'. Sahabat-sahabat berhempas pulas mencari dana, maklumlah matawang Singapura lebih tinggi tiga kali ganda daripada Ringgit Malaysia. The struggle is real.
Alhamdulillah, sahabat-sahabat QYC telah menjayakan kembara perbandingan agama ini di pelbagai institusi agama di sana termasuklah
1. Sesi dialog di Darul Arqam yang kalau di Malaysia persis PERKIM. Encik Razali membuka minda kami dari awal dan beliau membawa kami melihat bagaimana Muslim di negara yang minoriti Islam lebih menghargai Islam.
2. Sesi perkongsian bersama wakil Muslim, Zoroastrian, Sikh di IRO iaitu institusi yang menggabungkan 10 agama di bawah satu bumbung yang harmoni bergerak kerja bersama walau berbeza agama. Pada pendapat saya IRO ini tiada di Malaysia.
3. Perbincangan agama yang mengupas tentang ‘Adakah Kita Perlukan Agama?’ di National University of Singapore.
4. Mendengar penerangan dari sudut perspektif Shiah tentang fahaman mereka juga sesi soal jawab antara dua hala di Husainiyyah Az-Zahra yang berkumpulnya Shiah di Singapura. Haa masa nilah semua tanya segala benda yang terbuku dalam benak fikiran sebab tak pernah jumpa Shiah depan-depan kan. Betul ke kalian ni solat jamak sekali sehari gabungkan 5 waktu terus? Betulkah kalian punya syahadah ni lain? Apa dalil kalian solat pakai batu? Kenapa kalian bertaqiyyah? Dan banyak lagi soalan yang lebih serius.
5. Dialog harmoni dan sesi soal jawab bersama Rabbi di Maghain Aboth Synagogue. Persoalan yang panas di era ini adalah tentang isu Palestin, Israel turut terselit sama. Kita tertanya-tanya juga apa ‘stand’ mereka tentang isu ni. Dan sudah pastilah akan dikaitkan dengan sejarah. Adakah kita benar-benar celik sejarah untuk kita mempertimbangkan yang mana benar sebenarnya?
6. Melawat pameran kegemilangan Islam di muzium mini bertempat di Harmony Center, di sini kami diberi pendedahan lagi tentang suasana penganut Islam di Singapura di samping bagaimana semangat tolak ansur antara satu sama lain wujud dalam kalangan penganut agama yang pelbagai. Di sini staff banyak sebut tentang hebatnya institusi di Malaysia seperti Yayasan Restu, Muzium Kesenian Islam yang kita abaikan selama ini. Semangat kembali tersuntik bila selak kembali sejarah Islam yang gemilang hingga menguasai dua pertiga dunia dahulu.
7. Beramah mesra bersama penganut agama Baha'i di rumah salah seorang daripada mereka. Menonton dokumentari yang menerangkan tentang Baha'ism. Terharu bila mereka bersungguh-sungguh mencari makanan halal dan menjamu kami dengan makan malam yang meriah sekali. Sebak bila Uncle katakan beliau hargai sangat kehadiran kami, beliau terharu dengan usaha kami menemui mereka sehingga membuka lembaran perspektif baru kepada mereka mengenai Islam. You see that? Perkara yang tampak kecil itu membuka minda mereka terhadap Islam. Rata-rata sahabat bukan Islam yang saya temui banyak yang tertanya-tanya tentang Islam namun mungkin kerana tidak ramai atau mungkin tiada yang mendekati mereka membuatkan mereka tidak dapat mendengar penerangan 'face to face' tentang Islam. Bukannya bermakna bagi penerangan sebab nak tukar agama mereka tapi kita mahu membetulkan persepsi mereka terhadap Islam jika ada yang tidak tepat, mengeluarkan minda mereka daripada penjajahan Islamophobia.
8. Lawatan ke Buddha Tooth Relic Temple yang juga pusat pelancongan di sana. Di sini penuh dengan pelancong dari seluruh dunia persis kuil di Batu Caves. Pemandu pelancong menerangkan kepada kami tentang segenap sudut yang ada di sana termasuklah arca-arca Budhha nya yang sangatlah banyak.
9. Lawatan ke Sri Mariamman Temple yang terletak tengah-tengah di antara Buddha Tooth Relic Temple dan Masjid Jamae (Chulia).
10. Terakhir sekali kami ke St. Mary of The Angel Church yang bagaikan 'one stop center'. It's including hostel, kindergarten, library, school, preloved items corner. Sungguh sistematik.
Ibrah yang kami dapat terlalu banyak. Kalau ditulis semuanya pasti berkajang lagi kertas yang harus ditambah. Perasaan makin kuat nak dalami Islam tu sudah pasti membuak-buak. Sebelum ni adakah kita yakin dengan Islam sebab lahir Islam? Adakah sekadar dalam IC? Ayuh perhalusi agama ini bukan sekadar pada IC, tapi juga pada aqidah dan akhlak kita. Kenapa kita nak takut masuk tempat agama lain? Sedangkan usai kami pulang dari kembara ini, hati kami makin kuat berpaut pada pegangan Islam, tak goyah walau sikit pun. ‘Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada Islam.’ Makin kami yakin dengan kebenaran ajaran Rasulullah ini. Makin kami rasa amat bersyukur dikurniakan nikmat Islam. Sampai dengar azan pun menangis. Dulu dengar tak hargai seperti mana sekarang.
Kalau kita yakin Islam itu benar, kenapa perlu takut kalau pandang salib? Salib itu simbol agama Kristian, ya, kalau lambangnya ditukar kepada kerusi kita akan takut jugakah dengan kerusi? Kita di sini termasuk diri saya sendiri. Dulu saya tergolong dalam golongan sebegini. Takut nak tengok salib, patung2, takut goyah aqidah kononnya. Saya tertanya-tanya Islam itu benar-benar agama yang betulkah? Bertitik tolak daripada itu saya cuba mempelajari agama lain dan alhamdulillah saya makin yakin dengan Islam. Masuk rumah ibadat mereka bukan lagi ancaman pada hati saya InshaAllah. Kenapa nak cepat melatah kalau pandang Bible? Kenapa nak ketawakan dan hina agama lain? Adakah itu yang Rasulullah SAW ajarkan? Tidak bukan? Walaupun kita yakin Islam itu benar, namun Islam tak ajar kita untuk mencemuh agama orang. Sedangkan di zaman Nabi Muhammad SAW dahulu semua penganut agama dapat hidup harmoni.
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Qs al-An’am [6]: 108)
Semua itu bertitik tolak daripada kita sendiri. Kalau benar kamu yakin Islam itu benar datanglah missionary dari agama mana pun kamu tak akan goyah. Macam mana untuk tidak goyah? Kuatkan aqidah. Dengan ilmu. Belajar dan tuntut ilmu lagi. Oh bukan pelajar Pengajian Islam, jadi tak tau macam mana nak belajar? Cari guru, hadiri majlis ilmu tak kira di kampus atau di luar, subscribe page-page tazkirah, tonton video-video daripada ilmuwan-ilmuwan di internet, membaca dan banyak lagi. Bak kata Harun Yahya dalam bukunya, jangan beralasan kamu jahil. Buku yang menyentap diri saya yang masih beralasan ‘Aku jahil’ tanpa ada usaha nak pertingkatkan diri. Allah dah kurniakan akal buat kita untuk kita gunakan sebaiknya.
Kita marah bila orang agama lain ‘misquote’ ayat-ayat Quran dan hadis kan? Eh, mana ada macam tu, sebenarnya beginilah, bla bla. Tapi sedarkah kita ada dalam kalangan kita yang aci ambik je mana-mana point agama mereka dengan membuta tuli. Tak adillah kan? Nak berdialog, berdebat biarlah dengan cara yang sihat. Dengar sendiri penjelasan daripada mereka bukan memfitnah agama mereka walau kita kata Islam itu benar. Kita kata Shiah begitu begini, benarkah apa yang dikatakan tu? Pernah kita cuba duduk berbincang bersama? Perlukah kita mengkafirkan mereka? Apa kita Tuhan untuk menghukum semua itu? Serahkan hal ini pada Allah. Mungkin ada yang mengkafirkan sahabat tapi mungkin datangnya mereka dari golongan ekstrim. Nak mengSunnikan Shiah dan mengShiahkan Sunni tampak mustahil bukan? Shiah sahaja di seluruh dunia bersamaan 10% populasi menyamai satu jumlah yang amat besar.
Daripada bertekak sampai ke sudah apa kata kita berbaik-baik sesama kita? Kita lihat di Yaman contohnya perang tak sudah kerana krisis agama. Sudah masanya untuk kita hentikan semua ini. Seperti mana gagasan Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini ‘Sunni dan Shiah haruslah berbaik.’ Gaduh dan perang tak bawa ke mana.
Kita di Malaysia asyik bertekak sesama Muslim. Muslim di Singapura dah bergerak selangkah ke hadapan. Kita masih bergaduh isu dobi, isu anjing,isu Qunut, isu-isu furuq, isu Wahabi. Akak tuduh A Wahabi tapi bila tanya Wahabi tu apa kak? Kelu. Itu orang kata ilmu di dada tak diisi tapi kerja nak bergaduh sampai kiamat. Kadang kita takut dengan bayang-bayang kita sendiri, kita takut dengan perkara yang kita taktau pun sebenarnya. Sampai bila? ‘Eh Al-Jahiz tu Mu’tazilah la, tolak terus idea pemikirannya’. Aih, ambil idea ahli falsafah Barat, ahli Sains dari Barat boleh pula? Walhal ahli Zoologi Barat mengguna pakai ilmu Al-Jahiz dengan meluas sampailah ilmu tu sampai ke kita juga. Sudah masanya kita hentikan budaya negatif sebegini. Buang yang mana keruh, ambil yang jernih. Hentikan perkelahian, ayuh berganding bahu bergerak bersama tanpa meninggalkan sedikit pun agama yang kita yakini ini, Islam. Bukalah minda, namun tak bermakna kita menerima pluralisme. Tapi kita wujudkan suasana harmoni untuk kebaikan sejagat. Kalau di Singapura yang negara sekular itu mereka dapat menggembleng tenaga bersama sehingga negara maju seperti yang kita dapat lihat pada hari ini, bilakah pula masanya giliran kita? Ayuh berubah ke arah lebih baik.
Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujuraat: 13)
Sekalung penghargaan dan terima kasih tak terhingga buat semua yang menjayakan GIFT'17 samada secara langsung atau tidak langsung. Keluarga GIFT'17, pihak QYC, pihak UIA, pihak penaja, pihak institusi yang terlibat, Ustaz Ja'far yang dah macam ayahanda kami di sana, keluarga dan sahabat handai kami dan semua. Tanpa kalian program ini takkan berjalan dengan jayanya. Tak lupa juga sahabat-sahabat untuk kita kongsikan ilmu dan pengalaman berharga ini kepada masyarakat, keluarga, sahabat handai agar roh program ini tidak berakhir di sini malah akan terus subur dan mekar bersemi. May Allah bless you always.
Kembara Mencari Tuhan,
Global Interfaith Tour 2017,
18-22 Oktober 2017
#GiFT #QuranicYouthClub #IIUM #GiftedFamily #PricelessMemories

No comments:
Post a Comment