Wednesday, April 11, 2012

Kenapa laut masin?

Kenapa laut masin? Semua kekotoran akan mengalir ke laut. Kalau laut tawar, nescaya busuklah seluruh dunia.Sebab tu laut tu masin. Laut boleh 'dilute'kan bau2 busuk segala kotoran dgn garam yg berjuta-juta tan tu. Di samping indah, laut menjadi tong sampah kepada manusia. Kenapa isi ikan tawar walaupun laut tu masin? Bila ikan disiang, dilumur garam sedikit, dah masin. Sebab tu ada istilah ikan di laut, ikan di pinggan. Walaupun air laut berjuta2 kali lebih masin, tak masin plak ikan tu sebab ikan di laut masih hidup. Bila naik ke darat, ikan dah mati, kena garam sikit , dah masin. Begitu juga dengan hati manusia yang mudah untuk dicorakkan bila hati dah mati, mudah sangat terikut2 dengan benda2 tak elok, ajaran sesat dll......... oleh itu, hidupkan hati dengan zikrullah, baca al-Quran dan banyak lagi cara agar hati sentiasa 'hidup' dan tidak mati...... Sentiasalah berdoa kepadaNya agar hati kita ditetapkan dengan Islam dan Iman.... Selamat beramal...;)

                                                         sentiasalah amalkan doa ni ....

Alangkah bertuahnya......


Wajahnya disimbah Nur yang dianugerahkan-Nya,

Tak lekang dek senyuman penuh keikhlasan,

Bicaranya sopan dan penuh beradab,

Menjalankan tugas penuh profesional,

Walau sekecil-kecil jawatan yang digalasnya ,

Kitab suci Al-Quran sentiasa di sisi menemani,

Detik waktunya diluangkan dengan alunan Kalamullah,

Membuatkan orang sejuk hati memandangnya,

Menambat hati hamba Allah yang bersua dengannya....

Sejuk perut ibunya yang sarat mengandungkannya,

Alangkah bertuahnya ibu dan ayahnya, keluarganya,
sahabat-handainya, bakal suri hidupnya dan bakal
zuriatnya dianugerahkan insan seperti dia......

Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi hamba sebaik dia,

dan disatukan dengan insan yang berperibadi mulia sepertinya.

AMEEN...



Tuesday, March 27, 2012

Bila duit da takde nilai

As we all know, Kelantan is the only state that use dinar nowadays. Honestly, masa mula2 dinar emas tu dikeluarkan, aq terfikir.... Bila nak guna, kat mana, macam mana n so many questions landing on my mind... Ya, memangla dinar ni dah ada zaman Rasulullah lagi, tapi kalau zaman sekarang macam mana dengan addaptationnya di negara kita? Lainla kalau matawang di negara ni memang semua menggunakan dinar. Dahla sekeping tu harganya beratus....

        Berbulan-bulan lamanya soalan2 itu masih tak terjawab.... Plus, aq yang tak bersungguh nak cari info tentang ni... Hinggalah satu pagi, aq dan kawan2 tengok video The Arrival, episod berapa ntah... Dalam tu, ada diberi info... Suatu saat nanti apabila ekonomi jatuh, dan banyak lagi faktor, duit itu akan hilang nilainya. Bukan lagi inflasi malah lagi teruk daripada tu. Inflasi ni duit ada banyak tahap dewa tapi nilainya sikit. Tapi, bila duit dah hilang nilainya ni, memang duit tu hanyalah sekeping kertas atau syiling.... What should we do then? Macam mana urusan jual beli akan berjalan bila duit pun dah tak bernilai?

        Masa nila, dinar tu berguna. Sebab ia diperbuat daripada emas, perak dan gangsa. Nak berjual beli ke ape ke, guna dinarla sebab hanya dinar yang ada nilai..... Then, barulah aq realize tentang persoalan di mindaku sebelum ni. I can say that the questions have been answered! Kalau aq tak tengok video tu, mungkin sampai saat ni aq masih tertanya2 memandangkan aq takde tanya sesape. Means, ilmula tu yang membuatkan ia terjawab.... Kalau aq nak jalan mudah boleh je aq tanya sesape, tapi ntah kenapa aq hanya menunggu....... hinggalah tertengok video tu......

        Ada my senior tu, dia masih dalam pengajian sekarang. Duit pinjaman yang dia dapat, dia tak gunakan untuk suka2. Duit yang dia dapat tu dia beli dinar emas dan simpan untuk hari muka... we can't expect when the time will come... how good she is... Aq pun dapat inspirasi baru.... Kumpul duit, nak beli dinar untuk masa depanku.... Sediakan payung sebelum hujan....


Friday, March 23, 2012

Dapur Aira

IKAN TAMBAN
Dalam bahasa kelantan ikan ni dipanggil ikan tambang(pronounce : tambey), bahasa melayu standard ikan tamban kalau tak silap.. bagi aq ikan ni ade iras2 ngn ikan gelama (kalau versi kecik). hari ni aq belajar 2 benda baru.... berkaitan masakan... 


~cara nak kelar ikan tambang... ia tak sama macam kelar ikan lain sebelum ikan tu dilumurkan kunyit dan garam atau sebagainya. mungkin kalau chef yang pro tak pakai cara ni.. tapi, mungkin untuk kebiasaannye untuk cara tradisional ni, ikan tambang dikelar secara rapat2 antara setiap kelaran dan melebihi 3 kelaran. kalau ikan lain biasanya kita kelar 3/4 kali pun dah cukup untuk sebelah badan ikan tu.. contohnya ikan kembong.... 3/4 kelaran dah cukup..


~ni plak untuk resipi kegilaan aq... kangkung masak belacan, my mom's handmade, marvellous! tapi, sebab malam ni aq punye turn untuk memasak, mak rehat je... mak letih kot puasa sunat hari arafah siang tadi... kalau bulan ramadhan selalunya, mak masak masakan ni....  tambah plak dengan siakap stim mak punye... memang kaw! makan nasi tak sah kalau tak menambah... air tangan ibu kitalah yg terbaikkk!! ok,sambung cerita asal tadi.. dek kerana belacan tak kutemu.... mak lupe simpan kat mane(lucula mak ni), so belacan tu  aq ganti dengan ikan masin... so, aq rase kena tukarla namenye, jadikla kangkung masak ikan masin... Alhamdulillah, walaupun ini percubaan pertama dengan resipi yang dimodified ni, tapi boleh dikira lulusla.. sebab kak qis puji. ayah(juri tetap masakan aq ngn adik-beradik) plak makan smpai menambah dan takde komen pape(mksudnye, dh lulus)... alhamdulillah... cume, len kali aq kena kurangkan kuantiti minyak tu.. lain kali boleh cuba lagi ni...

                                                    KANGKUNG MASAK BELACAN
                                                                 (sangatla simple....)


BAHAN2:
kangkung - ikut keperluan/dipotong cam biasa
bawang putih - 2 ulas/tumbuk
cili (aq taktau lada cengek dalam bahasa standard ape namenye) - 4 biji(atas citarasa)/tumbuk
air - secawan
belacan - secukup rasa
garam - jika perlu sebab belacan tu dah masin
daging - ikut keperluan/cincang halus (kalau takde pun takpe)
minyak bunga matahari(minyak biase pun ok je) - cikgu kemahiran hidup aq suruh pakai sesudu je dalam setiap masakan yang nak menumis.. tapi, aq lebihkan.. sbb nak masukkan daging gak dalam masakn tu....

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak.Tumis bahan2 yang telah dikisar tadi. garlic, cili, dan juga belacan..
2. Masukkan daging yang telah dicincang tadi, tumisla sama sampai nampak masak....
3. Masukkan air. tunggula sampai mendidih...
4. Masukkan batang kangkung.. tunggu sekejap je, jangan lama2.. sebab kangkung tersangatlah mudah nak masak. dalam seminit dua camtu je, then taruk daun kangkung tu. kacau rata, xyah tunggu lama2 tutp je terus api. ANGKAT terus. kalau biar dalam kuali camtu je, alamatnye jadik cam lumutla...dah tak nampak rupa kangkung...
5. Kalau perlu tambahla garam secukup rasa. kalau aq, dah ok sebab belacan menjadi pengganti garam
6. Sedia untuk dihidang...
>>>Kalau nak gunakan ikan masin, belacan dah xdperlukan.. gantikan belacan dengan ikan masin...
                                   ni kangkung ye, kot2 ade yg xkenal....huhu

                                                   SELAMAT MENCUBA ;)                    
               




Sharing is caring.....:D

~ Siapa yang berjalan depan orang yang solat, kepalanya akan bertukar menjadi kepala himar di Padang Mahsyar kelak

~ 4 ekor haiwan yang masuk syurga:
- Unta Nabi Soleh yang keluar dari batu
- Gajah Ashabul Fil yang menentang Abrahah
- Kibas Nabi Ismail yang menggantikan Nabi semasa penyembelihan
- Anjing Ashabul Kahfi

~ Bacalah doa masuk dan keluar tandas. Kalau tak, syaitan akan menyolekkan kita dengan najis. Kesannya, hati menjadi keras dan susah untuk terima nasihat


~Semasa basuh muka untuk wudhuk, tutuplah mata agar air dapat diratakan keseluruhannya. Sebab kalau buka mata masa basuh muka tu, dibimbangi air takkan meratai keseluruhan bahagian mata terutama kelopak mata yang berlipat semasa mata terbuka. kalau org takde kelopak mata tu camne plak?


~ Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila2 dia takkan menjadi seorang yang berani - Khalifah Ali bin Abi Talib



~ Bekas presiden Amerika, Abraham Lincoln pada asalnya seorang yang miskin. Sehingga nak beli buku pun tak boleh. Dia rela dalam keterpaksaan berjalan jauh untuk meminjam buku. Orang berjaya sepertinya tidak terus dilahirkan dalam kehidupan yang senang. Tanpa usaha, tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kejayaan.


~ Sebelum kita mengeluh tentang rasa dariapada makanan, fikirkan tentang seseorang yang tak punya apa2pun untuk dimakan.

~ Sebelum mengeluh tak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.


Thursday, November 17, 2011

Allah takkan bebankan sesuatu kalau kita tak mampu...

Bila kita tengok musibah yang berlaku, Allah datangkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang dirompak, kehilangan orang tersayang, bencana alam, dan sebagainya.

Dugaan atau musibah tak Allah timpakan kepada hambaNya melainkan untuk menguji hambaNya yang beriman dan sebagai kifarah atas dosa yang telah dilakukan oleh hambaNya. Bila ditimpa musibah kita akan dekat padaNya jika kita menghadapi musibah dengan sebaik mungkin, maka mudah untuk kita mendapat keampunanNya. Namun jika kita menyalahkan Allah atas musibah yang berlaku, bertambah-tambahlah dosa dan kita pula semakin jauh denganNya. Allah timpakan kepada kita penyakit kerana selalunya kita lalai daripada mengingati Allah tika sihat. Lalu Allah timpakan musibah penyakit itu agar kita mengingati Allah. Maka Allah akan mengurniakan kasih sayangNya kepada kita.

Kita imbau kembali kisah Nabi Ayub yang menderita kerana penyakit yang dideritainya. Bila Nabi mengetahui penyakit yang Allah berikan padanya adalah untuk menaikkan darjatNya, nabi memohon agar sentiasa berada dalam kesakitan itu kerana nabi bimbang apabila Allah menaikkan darjatNya, dia lalai daripada mengingatiNya. Mampukah kita mencontohi Nabi Ayub dan melakukan sedemikian rupa?

Allah tak semestinya menimpakan musibah sebagai kifarah atas dosa lalu. Ada juga Allah turunkan musibah kepada orang yang taat padaNya untuk menguji sejauh mana keikhlasan ibadah yang dilakukannya. Adakah orang yang taat itu masih mentaatiNya tika dilanda musibah, atau dia hanya taat apabila senang sahaja.

Suatu hari, saya terdengar seorang pendengar radio Ikim berkongsi satu kisah. Walaupun dia tidak pasti sama ada kisah itu benar- benar wujud, namun kita boleh muhasabah diri di sebalik kisah ini. Dia menceritakan, suatu ketika apabila Saidina Ali sakit, beliau menangis. Lalu Fatimah bertanya" Mengapa kamu menangis?" Saidina Ali menjawab, "Aku menangis kerana sudah lama aku tidak sakit. Aku khuatir Allah tidak pedulikan aku ketika aku sihat. Kini, aku sakit, dan barulah Allah pedulikan aku." Hebat sungguh peribadi sahabat Rasulullah SAW.

Ada juga orang yang berdosa tapi tak ditimpa musibah namun Allah mengazab mereka. Istidraj yakni Allah mengurniakan nikmat kepada hambaNya yang kufur untuk menambah kesesatannya. Antaranya Allah berikan kepada hambaNya yang derhaka, contohnya Qarun yang terus diberi kekayaan, Haman yang diberi kemuliaan dan kemewahan juga kepada Namrud dan Firaun. Allah tak mengazab mereka di tengah2 kehidupan mereka sebaliknya Allah turunkan azab kepada mereka di akhir hayat mereka. Antarnya, Namrud yang mati kerana seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya hingga dia mengetuk-ngetuk kepalanya bagai orang gila lalu mati, Qarun yang mati ditelan bumi juga Firaun yang ditenggelamkan dalam laut.


Pabila ditimpa musibah, hadapilah dengan tenang dan sabar dan yakinlah bahawa Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita. Muhasabah diri kembali. Rupanya banyak  dosa yang telah kita lakukan hingga Allah menurunkan musibah kepada kita.Musibah diberi bukti kasihNya kepada kita. Apabila ditimpa musibah, Allah ampunkan dosa kita, musibah itu sebgai peringatan banyak dosa yang telah dilakukan. Allah juga meredhai hambaNya yang terus mentaatiNya walaupun ketika ditimpa musibah. Maka, pohonlah bantuan Allah, banyakkan berdoa kerana doa senjata mukmin. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 153,

"Wahai orang2 beriman! Mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang2 yang sabar."
Moga kita tergolong dalam golongan yang tersebut.. Ameen...




Wednesday, July 27, 2011

Pelapis punye pasal, nasib tahun depan belum tentu.....


 
“Toktoktok….Assalamu’alaikum, cikgu. Boleh saya jumpa dgn Kak Zuhaira”Huda meminta izin dpd cikgu untuk bertemuku…. Setelah cikgu izinkan, ku hayunkan langkah kakiku ke arah Huda, adik form 2… “Kak Zuhaira, borang kebenaran ibu bapa ni” Aku hairan, borang untk apa"Borang ape ni?" Huda menjawab persoalanku,"Ni borang utk ihtifal kebangsaan(untuk MIIPA-Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama, julung kali diadakan tahun ni. Kena lepasi pringkat ngeri dulu baru dapat ke kebangsaan, kalau sebelum2 ni, semua 54 SMKA di Malaysia, wakil2nye terus ke kebangsaan)  kat kedah. Ustazah suruh akak ganti Kak …….”

Alamak, lepas selesai masalah lama, timbul yang baru plak…. Dahla last mnute baru aq tau hal ni…..  Gawat ni, kalau aku ke ihtifal tu, camne aku nak berlatih untuk tournament yang dah betul2 dekat. Boleh kata, takde mase dah untuk berlatih…. Sebab kalau pergi ke kedah, balik ke sekolah semula Khamis malam baru sampai. Pagi Jumaat tu dah tournament utk taekwondo…. Dahla, team aku tak ready lagi…. Aduh, nak tolak permintaan ustazah, tak sampai hati…. Dengar kata2 ustazah bila aku berjumpanya, tak sampai hati nak tolak…. Ustazah dah berharap benar tu…. Ayah dahla tak bagi dah terlibat dengan kokurikulum, tumpukan pelajarn yang aku dah banyak ketinggalan…. 1 lagi, macam mana nak berdepan dengan guru kelas aku, nak inform kpdnya. Dahla cikgu pun marah selalu keluar kelas, aktif ko….. Lagipun, jadi pelapis je, bukan masuk bertanding pun. Pelajaran pun akan tertinggal, 4 hari tu….. semua subjek yang aku lemah dan ketinggalan sebelum ni, akan ketinggalan lagi kalau aku pgi….

Uwaa, aku taknak pergi, tapi…… Kalau aku pgi, boleh tau suasana sebenar ihtifal tu. Ustazah dah berharap tu dan nak aq bertanding untuk wakil sekolah tahun depan bersama rakan2 seangkatanku, sampai dulu pernah dia xizinkn aq pindah sekolah.  Hmm, tahun depan takdela terpinga-pinga taktau pape…. Fikir punye fikir, campur tolak darab bahagi………. “ayah, boleh tak saya pgi………………..” Ayah tak kata tak boleh atau boleh…. Cuma katanya”Kuatnya…..(t’libat dgn ko,padhal baru sekali aku bertanding luar skolah) sukahatila, tu masa depan kamu, ayah tak boleh nak kata pape dah.” Hmmmm, aku tau ayah tak izinkan sebenarnya tapi dia taknak halang aku….. Okla, ni last gi kebangsaan, pasni cover balik pelajaran yang tertinggal…. Buktikan yang aku boleh….. Exam akhir tahun ni, score leklok….

4 hari pergi balik dan masa yang dihabiskan untuk ihtifal ini walaupun sebagai pelapis ni, tanpa ku jangka…. Something bad happened…. Sampai satu tahap aku dan rakan2 pelapis yang lain terdetik…..'mati hidup balik, kalau ade yang minta kita ke ihtifal ni, taknak pgi'…….. Taknak ingat dah ape yang menyedihkan tu…. Tanggungla risiko yg dah diambik.... Jadikan ape yg xelok tu sebagai teladan buat hari mendatang.

Antara yang tak menyedihkannya…. Boleh tengok tempat orang….. boleh kenal masakan orang Kedah, 2 jenis…. Laksa Kecai dan Nasi Lemuni…. Nasi Lemuni tu bagi aq macam nasi dagang... Memang tak kena dengan seleraku sebab aq ni jenis yang susah nak addapt ngan makanan yang xpernah aq makan...Tapi, bertuah dapat merasainya, free plak tu… Tempat menarik yang dituju hanyalah Muzium Diraja Kedah…. Pekan Rabu tu bagi aku macam Pasar Siti Khadijah je….. Cuma ade 1 benda ni kalau di Kelantan sekarang dah susah nak jumpa dijual, kat Pekan Rabu ni banyak sangat…. Tu je kot serba sedikit…. Malas ingat banyak2….. Kalau ambil dari sudut positifnya, serba sedikit faedahnya tetap ade... Antaranya:

Belajar menghadapi keadaan terhimpit walaupun ni dah kali ke berapa dah…. Belajar cara untuk handle benda2 camni…. Utamakan yang lebih mustahak dan berfaedah.

Dapat ke Kedah buat julung kalinya. Banyak berjalan luas pemandangan, lama hidup baru dirasa…. Dapat tau masakan negerinya, tambah vocab tentang makanan,huhu…. Kedah lebih kurang cam Kelantan cume ade sesetengah benda diorang lagi maju daripada Kelantan.

Lebih dan kurang tuan rumah ihtifal ni yg aq tau tu bandingkan dengan sekolahku sekarang…. Menjadikan aku bertambah bersyukur dengan sekolahku sekarang.

Sebagai pelapis, aku dapat tengok dengan lebih dekat camne ihtifal ni, camne setiap pertandingan tu diadakan. Camne kalau aku sertainya dll.

Menambah lagi minatku terhadap Bahasa Arab(ihtifal ni semua mengutamakn Bahasa Arab)....Dapat tambah tharwah lughawiah….. Banyak vocab baru yang dapat...

Maknanya, takdela sia-sia sangat aku ke sana. Ade je faedahnye….. Jangan cepat berfikiran negatif. Takpela, pasni, concentrate on study…. Timba ilmu sebaik-baiknya…. 1 lagi pengalaman baru yang aku dapat….. Harganya, tak terbayar dengan fulus berjuta dollar sekalipun….