Friday, February 5, 2016

SANG TELADAN ITU SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR

بسم الله الرحمن الرحيم.
Kali ni suka untuk aku kongsi satu cerita teladan yang buatkan kita terfikir. Kisah yang aku terima daripada sahabatku.

Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun  wang yang akan penjual itu perolehi seandainya   hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

+ "Assalamu 'alaikum" ...
- “Waalaikum salam"
+ “Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
- “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- “Insya Allah adalah rezekinya.”
+ “Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
+ “Kenapa?”
- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
- “Bererti rezeki saya berpuasa"
+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan" - katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat,
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia berpergian sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung, tanpa kusedari cermin mata ku menjadi gelap kerana bercucuran tangisku. Aku tersedar sendirian setelah ku renungi setiap kalimat tausiah yang diucapkan penjual surat khabar jalanan.

Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khuatir tidak mendapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tidak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Kembali baru ku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal sholeh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.

Sahabat,
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga.

MasyaAllah.
Subhanallah.
AllahuAkbar.

Allah bayar cash kat aku

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum peeps. Holla! Pekabo? Pekabo imanmu hari ini? Naik ke turun? Moga sentiasa ditingkatkan iman hendaknya.

Asal bunyi macam ostajah sangat ni? Haha. Takdelah. Dakwah dan islah tu bukan tugas ostajah je. Yang masuk syurga tu ostajah je ke? Tidak. Penghuni syurga itu kita semua. Jadi. Dakwah dan islah itu adalah tugas kita sebagai Muslim. Entah kenapa. Teringat zaman dolu2. Suatu masa dulu. Aku punya seorang sahabat. Yang sentiasa bertanya khabar imanku. Alangkah indah hidup punya sahabat begini. They drag us to keep in the right track whenever we lost. Tapi sekarang dia dah jauh. Jauh nun di Mesir sana. Keadaan yang memisahkan kami. Moga Allah sentiasa permudahkan urusannya.

Kali ni. Aku nak menulis tentang apa? Tentang aku dan Tuhan. Tentang aku dan pelajaran.

Minggu lepas, keluar result final exam. As expected, it's really bad. Not just bad, but horrible! Terrible! Hahahaha. Actually, daripada sem lepas aku dah banyak kali berperang dengan diri aku sendiri. Which I felt like I want to give up. Rasa tak mampu. Dalam kelas, orang lain dah faham, aku muka blurr lagi. Tapi silap aku, layan syaiton malas. Tak sedar diri. Dah tau diri tu tak segenius kawan2 lain, kerja keraslah sikit. Ni tak. Tak pulun2 pun buku tu. Yang sedihnya bila apa yang dihafal, time exam, lupa. Terdetik. 'Banyak dosa ni. Jauhnya aku dengan Allah sekarang.' Tak hairanlah bila hafal mudah lupa, dalam kelas susah faham.

Actually, aku sedar benda ni daripada sem lepas. Hampir2 study week. Bagaikan tersedar dari lena yang panjang. 'Kenapalah aku jadi macam ni? Wake up!'

Bila banyak dosa, Allah murka. Mana nak berkat hidupnya. Allah dah bayar cash kat aku. Dengan bagi result cenggini untuk menyentap aku kembali padaNya. Allahuakbar!

Memanglah. Tak aku nafikan usaha aku yang  entah pape punca aku dapat result macam tu, tapi aku yakin. Punca utama result aku teruk sebab aku jauh dengan Allah. Aku cuba korek2 balik neuron aku. Ingat balik. Result aku sebelum2 ni macam mana. Aku tersentak. Allah. Result aku paling cemerlang adalah bilamana aku dekat dengan Tuhan. Even masa tu aku tak pulun pun. 2 semester yang aku paling aku performed, adalah 2 semester yang paling aku rapat dengan Allah. Paling kuat kebergantungan pada Allah. Betullah orang kata. Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan tolong.

Bukan niat nak berbangga. Jauh sekali mengangkat diri. Cuma aku nak kongsikan tentang kisah aku ni sebagai pengajaran buat diri aku sendiri dan semua.

Masa aku dapat result yang bagi aku agak cemerlang tu, usaha aku masa tu dengan sekarang sebenarnya kalau ikutkan takde beza pun. Aku bukan stok2 muka study. Tapi bila aku recall balik. Apa yang aku buat masa tu? Yang membuatkan aku result gempak berbanding semester lain. Jawapannya adalah. Jaga solat. Jaga hablumminallah, hubungan dengan Allah. Betullah Allah cakap. Lama dah Allah bagitau rahsia kejayaan ni.
بسم الله الرحمن الرحيم.

قد أفلح المؤمنون ( 1 ) الذين هم في صلاتهم خاشعون ( 2 ) [المؤمنون]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Yeah. Solat. Kunci kejayaan. Dulu aku berjaya sebab jaga solat. Disebabkan sakit aku dulu, membuatkan aku rapat dengan Allah. Sebabkan sakit tu, aku usaha untuk solat jemaah. 5 kali sehari. Dulu. 5 minit sebelum masuk waktu solat, aku dah terpacak kat surau mahallah. Kalau aku terlepas jemaah, aku gelisah. Kan bilamana kita solat berjemaah kita dikira khusyuk even tak khusyuk pun. Sebab jemaah. Tapi tu dulu. Sekarang? Hmm. Ada ke aku jaga solat aku tahap macam tu? Tak. Tak hairanlah kejayaan pun tak nak pandang muka aku. Allah.

Itu tentang solat. Selebihnya. Disebabkan sakit yang Allah uji aku tu jugak, aku cuba untuk isi rohani aku yang kosong dengan makanan2 ilmu. Setiap malam aku cuba untuk tak mereput di bilik. Aku akan tengok kat board poster. Cari majlis ilmu. Setiap malam aku gi. Tak kisahlah talk agama ke, talk ilmu2 lain ke. Dan satu lagi yang juga penting. Al-Quran dan Ma'thurat. Aku cuba untuk baca setiap hari. Sebab teringat pesanan Ustazah aku masa form 2 dulu. Nak kuat, Quran dan zikir jangan tinggal. Disebabkan sakit aku yang mengganas tertimpa atas diri aku masa tu, sampai aku tak tertahan dah, aku cuba kuatkan diri aku dengan love letters from Allah tu. Indeed, Quran is the best novel, the best cure. Bila aku menangis menderita sakit tu, aku bukak je Quran. Baca dengan tafsir sekali, memang konfemlah air mata akan turun mencurah2. Nak cakapnya apa? Aku rasa macam Allah pujuk aku melalui ayat2 suci tu. Setiap kali hadapi sesuaty yang rasa tak tertahan, setiap kali tula jugak aku rasa macan ayat yang aku baca tu kena pelepap atas muka aku. Memang kena dengan ujian yang aku hadapi. Betullah. Quran tu kaunselor, penawar, painkiller kita. Seboleh mungkin aku cuba untuk baca satu muka surat bersama tafsir setiap kali selesai solat. Kadang bila malas, aku qadha balik berapa helai yang aku tertinggal. Hati tu, taktau macam mana nak cakap. Perasaan bila baca Quran bila hadapi ujian2 daripada Allah tu. The best feeling ever. Dan al-Ma'thurat. Pagi petang aku cuba lazimkan. Kalau tak pun, at least sekali sehari. Ini satu lagi perisai aku. Ustazah aku pesan, baca Ma'thurat ni untuk berlindung daripada syaitan dan berlindung dengan Allah daripada perkara buruk berlaku. Bacalah bersama maksud, itu lebih baik. Sebab takdelah jadi macam tin kosong. Baca ayat Quran tapi taktau baca mende.

Ya. Itu. Dulu. Kenapa aku boleh buat semua tu? Apa yang mendorong aku? Sakit. Sakit aku masa tu yang mendorong aku untuk kuatkan diri dengan semua amalan2 tu. Masa tu. Allah. Kebergantungan aku dengan Dia sangat kuat. Hablumminallah sangat kuat. Tapi sekarang? Allah.... Dah lama aku tinggalkan rutin tu. Kadang cuba untuk jadi macam tu balik. Tapi tak jadi jadi jugak. Teringat pesanan seorang senior aku zaman sekolah. Nak berjaya kebergantungan pada Allah mesti kuat. Nak berjaya jaga hablumminallah. Dia dulu, masa minggu exam dah takkan buka buku. Dia pulun sebelum tu. Minggu exam adalah minggu dia banyakkan solat sunat dan doa.

Daripada kisah aku panjang2 kat atas tu. Aku boleh simpulkan yang gagalnya aku adalah apabila aku jauh dari Dia. Berjayanya aku adalah apabila aku dekat dengan Dia. Allah dah tunjuk depan mata aku semua tu. Tu baru je Allah tunjuk pasal pelajaran. Banyak lagi benda lain. Tu baru sikit Allah nak jentik hati aku.  Aku bersyukur. Dengan kegagalan ini (walaupun takde any subjek fail), Allah tunjuk kat aku banyak benda. Yang buat aku muhasabah diri aku balik. Dan kiranya aku beruntung. Sebab Allah tunjuk awal2 atas dunia. Allah balas cash atas dunia. Bukan kat akhirat. Allah tak biarkan aku hanyut sampai gagal kat akhirat. Allah nak aku kejar balik kejayaan dunia dan akhirat.

Alhamdulillah Allah bagi kesedaran ni awal2 kat aku. Pernah aku terbaca satu buku yang mengatakan. Allah akan timpakan kita sesuatu ujian untuk kita pelajari sesuatu. Selagi mana kita take sedar, tak pelajari kesilapan, selagi tu ujian yang sama akan mengunjungi kita. Contohnya. Kita asyik gagal dan gagal dan gagal dalam sesuatu. Sampai kita fade up. Salah Allah ke salah kita? Kita dah lakukan perubahan ke untuk basmi kegagalan tu? Tepuk dada tanya hati.

Teringat seorang sahabat aku. Sem lepas, dia khabarkan aku tentang pengajiannya. Yang masa tu, dalam hati aku aku fikir. Aku pun sama je dengan dia sebenarnya. Masa tu dia hilang keyakinan diri. Sikit lagi nak pasrah. Tapi masa tu, aku cuba untuk bantu dia. Berikan kata-kata inspirasi dengan harapan agar Allah bantu untuk kuatkan dia kembali. Agar dia ada motivasi balik. Aku cuba untuk kuatkan semangat dia balik agar kami sama-sama berjaya. Tapi, aku kecundang. Hmmm. Terasa bersalah aku pada dia. Namun, alhamdulillah. Dia berjaya. Aku tumpang gembira. Niat aku nak bantu dia tercapai. Kalau kita betul2 ikhlas nak tolong hamba Allah tak kira manusia atau haiwan atau alam semulajadi, Allah tolong. Maaf sahabat, aku gagal. Tapi aku gembira tengok kau berjaya. Truly happy. Sekarang dia dah tak macam dulu. Dah bersemangat, dah punya motivasi diri kembali. Alhamdulillah. Benarlah kata orang. Kadang-kadang orang yang suka bagi semangat kat orang lain itulah yang paling down. Dia motivate orang lain supaya orang tu tak jadi macam dia. Dia dan Allah je tau. Yes. Aku tak nak dia jadi macam aku. Aku yang mana? Aku yang aku tak pernah cerita kat sini. Padahal masa aku motivate dia tu, tahap semangat aku memang entah tersesat di lubuk mana entah. Niat aku hanya satu. Aku nak tengok semua sahabat2 aku berjaya. Dunia akhirat.

Apa-apapun natijah yang Allah bagi. Aku cuba untuk redha. Redha tu apa? Mulut senyum. Hati pun senyum. Bukan redha namanya kalau mulut senyum tapi hati berduka. Moga kita sentiasa dipelihara iman olehNya. Setiap apa yang Allah berikan, pasti ada sebab terselindung yang kalau kita tak nampak di awalnya, tapi akhirnya pasti akan tersingkap hikmahnya.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Al-Ankabut :2]

Dan ingatlah selepas kesusahan itu hadir kesenangan. Allah ulang dua kali dalam Surah Al-Insyirah.
Sesungguhnya selepas kesukaran itu kesenangan. [Al-Insyirah: 5-6]

Mohler kita sama2 perbaiki amalan kita. Moga kita semua bertemu di Syurga sana. :)

Wednesday, February 3, 2016

Stop Hiking?

Bismillah. In the name of Allah.

Hmmm.... Just stop here for a while. Don't know mende yang messing around my mind. Haha. Until I feel like.... Do I have to stop hiking right now? Hmphhh.... Sigh*

Everything comes to my mind. I think of that over and over again. Eventhough I've tried to ignore, but it still appeared in my mind. Until it comes to the part that...... Oh god! Rasa macam. I nak give up. From this field. From this passion. From this hobby. From this medicine.

Hiking is one of my way to release stress, to overcome the psychopath that sticks with me since the dark side of mine happened a year ago. It helps me a lot. And many more.

Why I want to stop? Because of something. Something that.... Hmmmm. Dunno how to explain. But honestly it's really difficult to totally give up from this world of hiking.

I love nature. My best friend since I was small. I love my hiking mates.
1. Taburians.
2. Geng Kaki Getah.
3. Come on Mountains.
4. Family Outdoor.
They teach the values of life. A lot of them. And many more that I don't explain here. Maybe next time, when my mind betul2 waras, I'll write more.  It's really difficult to say 'Sayonara' for something that you love right?

Sayonara. Wanna get a lil bit rest.

Monday, January 4, 2016

Come back

Assalamu'alaikum..... Holla!
I'm back!!!!!!!!!!!! Haha
I think it has been 2 years already I didn't update my blog.
Honestly, I admit that there're many times I felt like....
'Nak update blogla' but I didn't...
Asyik nantila... Nantilah... Nantilah...
Until it became 2 years already!
And this blog is full of dust.
Sorry bloggy.

Come back again.
New year. New stories. New knowledge.
I'll spill out here. Biiznillah.
Coming soon.
Hehe

Heaven..... haha


Saga Hill


Saga Hill's Waterfall
Tabur West

Tabur Far East


Mount Bunga Buah


 Okiedokie.
Just a short entry this time.
To be continued.
See yaaa :)

“You only live once, but if you do it right, once is enough.”
―
Mae West









Thursday, June 5, 2014

Jika senjata tumpul, bagaimana ingin dijadikan perisai?


‘Ini semua qadak dan qadar Allah. Nak buat macam mana?’
‘Aku miskin. Dah takdir.’
‘Aku terlanjur. Dah takdir.’

Kita diberi akal, nafsu, panduan untuk mendapat kebaikan dalam kehidupan kita. 
Bagi kebahagiaan dunia dan akhirat. 
Allah tidak mencipta kita agar hidup melarat berterusan. 
Menderita berpanjangan. Tanpa hala tujuan hidup. 
Allah telah menggariskan panduan dan cara untuk 
tergolong dalam golongan yang beruntung dalam 
firmanNya dalam surah Al-Mu’minun 23:1-11

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu:
Mereka yang khusyuk dalam solatnya
Mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan perkataan yang sia-sia
 Mereka yang berusaha membersihkan hartanya(dgn menunaikan zakat harta)
Mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya
Mereka yang menjaga amanah dan janjinya
Mereka yang tetap memelihara solatnya
Merekalah orang-orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus
Mereka kekal di dalamnya.
(Ringkasan daripada terjemahan)

Beruntung orang-orang yang mengambil tindakan daripada firman Allah itu.
Contohnya, Allah telah susun cantik untuk menjadikan kita berjaya,
seperti apa yang terdapat dalam solat. Salah satu daripadanya ialah
doa yang sering kita amalkan semasa duduk di antara dua sujud.

'Ya Tuhanku, ampunkanlah aku, rahmati aku,
Cukupkanlah keperluanku, tinggikanlah darjatku,
Berilah rezeki kepadaku,
Berikanlah petunjuk hidayah kepadaku,
Sihatkanlah aku, maafkanlah aku.'

Setiap hari, berapa kali kita amalkan doa ini.
Bayangkan jika dimohon dengan penuh khusyuk, 
penuh penghayatan dan pengharapan,
mana mungkin Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
hanya menyuruh kita meminta tanpa Dia memberi.

'Berdoalah kepadaku. Nescaya akanku perkenankan kepadamu.'
Ghafir 40:60

Mungkin kita solat memang tak tinggal. 
Doa ini juga tak pernah tak baca. 
Tapi sejauh mana kita berdoa kepadaNya? 
Bagaimana Allah mahu memakbulkan doa kita 
sedangkan ketika lidah menyebut bait-bait doa ini, 
otak melayang entah ke mana, hati risau tentang urusan dunia, 
sepatah pun kalimah dalam doa tidak difahami, 
baca laju bagai peluru,duduk pun umpama 
orang yang dicucuk jarum pada punggungnya?

Doa itu senjata mukmin. 
Namun jika senjata pun tumpul, 
bagaimana ia boleh dijadikan perisai? 
Ayuhlah kita sama-sama memperbaiki ibadah kita, 
amalan kita, solat kita, doa kita, 
kebergantungan dan perngharapan kita padaNya.



Antara petikan daripada buku 

ADA-BERI-DAPAT


itulah link blogku. 

Hasil cetusan inspirasi Prof. Dr. Muhaya. 
Konsep ada-beri-dapat dicetuskan oleh beliau. 
Bila kita banyak kebaikan, kita beri pada pada orang, 
kita juga akan mendapat kebaikan itu.


Antara petikan tentang konsep ADA-BERI-DAPAT
daripada buku Biografi Prof. Dr. Muhaya

Apabila kita membaca sesuatu yang baik dan 
mendapat ilmu bermanfaat daripada bahan bacaan itu, 
cuba aplikasikannya dalam kehidupan. 

Apabila kita menjadi baik dan penuh dengan kasih sayang, 
kita akan dihormati oleh kawan-kawan dan masyarakat. 
Sedikit demi sedikit kita mengubah mereka 
dan mempengaruhi mereka menjadi lebih baik.


Cara kita melayan ibu bapa kita mempengaruhi 
cara anak kita melayan kita. 
Maka, tunjukkan contoh yang baik. 
Bagaimana kita melayan ibu bapa kita, 
itulah yang akan kita dapat kelak. 

What we give, we get back!

Monday, June 2, 2014

Bosan sangat ke Sejarah???

I like history! Tapi takdelah sampai ingat fakta-fakta sejarah tu. Masa zaman sekolah dulu, markah sejarah agak, Alhamdulillah. Takdelah tinggi, cukup-cukup makan bolehla. Bahasa Melayu aku ada gak kadang-kadang tak dapat A. Tapi, subjek Sejarah, Alhamdulillah. Pernah aku terbaca dalam buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tg. Asmadi, antara sebab pelajar meminati sesuatu subjek adalah jika dia sentiasa mendapat markah cemerlang dalam subjek demikian. Pelajar yang tidak meminati pelajaran pula, antaranya adalah disebabkan dia tidak faham apa yang diajar gurunya. Betullah apa yang Dr. cakap tu. Aku minat sejarah sebab selalu dapat A, walaupun sekadar markah cukup-cukup makan untuk melayakkan aku mendapat A. Bila exam, aku takdelah hafal dari kulit ke kulit. Tapi bila aku dah baca satu-satu topik, rasa nak ajar kawan membuak-buak. Sejarah je. 

     Subjek lain, Matematik? Jangan haraplah. Begitu juga dengan kenyataan Dr. memang aku tak minat Matematik sebab tak faham apa yang cikgu ajarkan. Matematik, faham pun tak. Apatah lagi nak ajar orang.  Subjek yang tak diminati sejak sekolah rendah. Ingat lagi masa cikgu ajar tajuk bundar, akulah antara yang paling lambat faham. Hurm.. Exam daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3, tak pernah dapat A. Alhamdulillah masa PMR, dapat gak A. Masa upper form pun, tingkatan 4,5 modern mathematics tak pernah tak dapat C, haha. Nasib baik Cikgu Zahinah ‘basuh’ aku lepas percubaan SPM tu, sempat kejar. Alhamdulillah dapat A-. Terima kasih cikgu. Juga kawan-kawanku yang sabar mengajar. Shazlina, Anis, Mardhiah, Syer, Epa, Dilah Mona. Mengantuk memanjang masa subjek Maths takyah cakapla. Betapa bila tak minat, itulah. Padahalnya,bila aku dah faham konsep, baru aku sedar senang je sebenarnya, asyik pulak buat latihan. Syok gak maths ni!

      Betullah pepatah Melayu, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Padahalnya boleh sangat dapat A, aku je yang tak bersungguh-sungguh, tak usaha. Penuh dengan cas negative dalam minda. Maths susahlah, tak best, benci Maths. Puncanya aku rasa, antaranya sebab aku tak faham konsep. Bila aku tak faham aku takut nak tanya cikgu. Sebab pernah kena marah dengan cikgu. Mungkin bagi cikgu, soalan aku tu soalan bodoh, orang lain semua dah faham, aku tak faham-faham lagi. Masa tu, mungkin lambat dapat ‘catch up.’ Start daripada tulah, aku dah berubah. Zaman sekolah rendah aku tak faham terus tanya. Tapi, zaman sekolah menengah, aku dah tak berani nak tanya cikgu. Disebabkan tak faham, bila dah bertangguh, belajar pulak topik baru lagilah tak faham. Lama-lama, dah frust sebab semua tak faham. Itulah antara punca aku tak pernah dapat A. Dekat-dekat exam sebenar, aku paksa minda aku pulun. Tak faham pun aku cakap faham. Maths best, senang. Alhamdulillah. Dapat merasa gak A. Time exam besar, pulun2. Sampai sekarang otak aku tak cenderung ke arah Maths dan mak nenek, cucu cicitnya. Serasa  aku cenderung ke arah otak kanan berbanding otak kiri. Harap-harapla suami aku nanti minat matematik, moga anak-anakku nanti tak warisi aku, tapi warisi ayahnya. Haha. Nak belajar Maths, belajar dengan ayahnya.

     Sambung pasal sejarah tadi. Aku suka tengok dokumentari atau rancangan yang berunsur sejarah. Sesetengah orang boring. Aku takdelah ingat semua fakta sejarah yang aku dapat tu. Buku-buku berunsur sejarah pun aku suka. Alhamdulillah, Ayah jugalah yang memupuk minat sejarah dalam diri aku. Ayah selalu menceritakan sejarah-sejarah lalu kepadaku dan adik-beradik. Ayah cerita apa yang berlaku zaman pasca kemerdekaan dahulu, apa yang Ayah lalui, rakyat2 lalui. Apa yang berlaku semasa Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 dan macam-macam lagi. Ayah selalu pesan, jangan kerana tamakkan harta, tanah pusaka tergadai hingga anak cucu tidak dapat nikmati. Di mana anak cucu kita akan tinggal nanti kalau habis tanah tergadai. Dan, kalau kita yang tak sayangkan bangsa kita, tiada yang akan membela nasib kita. Bangsa Arab dari dulu hingga sekarang menikmati  Tanah Arabnya, Bangsa Cina dengan empayarnya, bangsa Melayu? Jika kita tidak belajar daripada sejarah lalu, Melayu akan merempat di tanah air sendiri. Na’uzubillah.  Tika itu, masihkah Islam dapat menjadi agama utama? Dapat dipraktikkan dengan aman seperti hari ini?

     Suatu masa dulu, pernah aku terfikir untuk menjadi seorang sejarawan. Aku ingin meneroka sejarah-sejarah Islam dan membetulkan fakta sejarah yang salah, yang dicedok dari Barat. Contohnya, zaman prasejarah yang tidak wujud pun sebenarnya, zaman Paleolitik, Neolitik, Mesolitik, Logam. Manusia di zaman itu bercawat dan lain-lain. Semua itu tidak wujud, yang wujud hanyalah zaman-zaman Nabi. Bermula zaman Nabi Adam, manusia yang Allah ciptakan akal ini sudah bijaksana. Mana mungkin Nabi Adam hanya bercawat sahaja. Itu baru satu contoh. Aku masa mula-mula tahu yang semua tu tak wujud, aku memang kecewa sangat-sangat. Semangat nak belajar sejarah bagaikan direntap keluar daripada jiwaku. Aku rasa mcam bodohnya, aku belajar benda yang tak wujud pun. tapi, lama-lama, dah ok balik. Contoh yang lain pula, sudut pandangan sejarah oleh sejarawan Barat. Tok Janggut, pahlawan tanah air kita, yang mempertahankan, memperjuangkan hak rakyat tapi disebabkan beliau tidak mengikut telunjuk penjajah British, maka Tok Janggut dilabel sebagai pemberontak. Lihat sahaja mereka melabel Muslim pada hari ini sebagai pemberontak. Muslim, terrorist! Banyak lagilah yang bercanggah dengan kebenaran. Justeru, matlamat aku dahulu, aku ingin menjadi ahli sejarah bagi membetulkan fakta-fakta yang salah.

     Tapi, bidang aku di universiti sekarang bukan bidang sejarah. Masih aku ingat, semasa menghadiri ceramah oleh Ibu arwah Ahmad Ammar, mereka sangat menggalakkan Ammar menyambung pengajian dalam bidang sejarah. Walhal, Ammar cemerlang dalam subjek-subjek sains. Namun, Ammar menyambung pengajian dalam bidang sejarah di Universiti Marmara. Ayah dan Ibu Ammar berhasrat agar Ammar dapat menerokai rahsia-rahsia sejarah Islam di Turki yang masih belum tersingkap, untuk dikongsi dengan umat Islam,untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam. Tika itu, barulah aku nampak dengan jelas, sumbangan yang dapat disumbangkan kepada masyarakat jika aku menjadi ahli sejarah. Pn. Azlina berpesan, agar belajar bersungguh-sungguh. Kemudian, galilah kembali sejarah-sejarah Islam. In sha Allah.

     Pernah juga aku bertanya, seorang motivator Cik Faridzul Nasaruddin, apakah sumbangan yang dapat aku sumbangkan untuk ummah jika aku menjadi ahli sejarah. Dan boleh ke aku jadi ahli sejarah? Memandangkan sekarang aku berada dalam bidang berbeza di institusi pengajian. Namun, dia juga berpesan agar aku belajar bersungguh-sungguh. Tak semestinya kita bekerja dalam bidang yang kita belajar. Contohnya Ustaz Shaari, seorang yang giat mendedahkan rahsia-rahsia di sebalik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau banyak menulis buku-buku tentang Penakluk Kota Konstantinopel itu, memberi ceramah atau motivasi tentang beliau. Well, we can say that he’s the expertise regarding Sultan Mehmet Al-Fateh’s matter.  Lepas Cik Faridzul bagi nasihat macam tu, aku rasa macam nak nangis. Sebab rasa mebuak-buak nak mengikut jejak langkah Ustaz Shaari. Itu baru cungkil satu ilmu sejarah Islam, tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, tapi manfaat yang boleh digunakan oleh umat Islam setelah mengetahui kisah beliau amat besar.

Tentang sejarah kegemilangan kerajaan Melayu Melaka pula, juga di zaman kerajaan-kerjaan Melayu lain, jika kita susuri kembali, kita akan sedari yang di zaman itu, Islam hidup dengan subur dan mekar, Islam boleh dikatakan dipraktikkan secara menyeluruh.
  • Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
  • Terdapat pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf Melaka yang terkenal ialah Abdul Karim Al-Jili iaitu pengarang Kitab Insan al-Kamil.
  • Istana pula menjadi pusat menterjemah, menyadur, menyimpan kitab.
  • Pengajian al-Quran dijadikan asas sistem pendidikan.
  • Tulisan jawi digunakan dengan meluas, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

  • Melaka menjadi pusat pertemuan antara ulama dengan pemerintah. Ulama yang datang sebagai pedagang dari Tanah Arab mengajar Sultan, pembesar, rakyat lalu dakwah Islam tersebar dari dalam hingga ke luar. 
  • Tentera upahan Jawa yang berkhidmat di Melaka menyebarkan dakwah apabila pulang ke tempat asal mereka. 
  • Pendakwah dari Melaka menyebarkan Islam hingga ke Pulau Jawa, Kalimantan, dan beberapa bahagian di selatan Filipina. 
  • Perkahwinan politik juga turut membuatkan Islam tersebar iaitu perkahwinan putera atau puteri sultan Melaka berkahwin dengan kerajaan lain

  • Ulama menasihati sultan dalam pentadbiran.
  • Konsep musyawarah diterapkan dalam pentadbiran.
  • Semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah,  jajahan takluk Melaka semakin luas meliputi Pahang, Kelantan, Terengganu, Rakan, Inderagiri. 
  • Kebanyakan raja di negeri taklukan Melaka turut memeluk agama Islam bagi menjamin keselamatan dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka. 
  • Rakyat-rakyat mengikut Sultan memeluk Islam. 
  • Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar ahli-ahli agama ke negeri taklukan untuk mengajar raja dari Pahang, Inderagiri, Kampar.

  • Konsep devaraja yang mempunyai pengaruh Hindu pula di digantikan dengan konsep sultan. 
  • Gelaran raja ditukar kepada sultan. 
  • Sultan Muhammad Shah yang pertama menggunakan gelaran sultan.
  • Di waktu itu, undang-undang yang dipraktikkan adalah mengikut acuan Islam. 
  • Contohnya Undang-undang Syariah yang mempengaruhi Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
     Begitu hebatnya Islam di empayar Melaka itu. Kadang, hampir menitis air mata aku, mendambakan semua itu kembali wujud dan subur di Malaysia pada masa kini. Apabila diperhatikan kembali, apabila kita belajar sejarah. Kita ketahui yang penjajah Barat menjajah Asia Tenggara. Portugis dan British menjajah Tanah Melayu, Belanda menjajah Indonesia, Sepanyol menjajah Filipina, British menghadiahkan sebahagian tanah di Kelantan kepada kerajaan Siam(kawasan sekitar selatan Thai kini, termasuk Pattani, juga adalah pusat penyebaran Islam). Apa yang tiada dalam buku sejarah yang dapat kita sedari adalah, mereka ialah musuh-musuh Islam yang menjajah bumi-bumi yang subur dengan Islam, negeri yang sudah gemilang atau baru berkembang Islamnya, semua dijajah mereka, bagi menghancurkan Islam. Lihatlah kesan pasca penjajahan, Islam selepas era penjajahan di kesemua negeri-negeri ini,  sudah tidak seperti dahulu, malah Kristian makin berkembang dan kukuh.Banyak lagi ilmu-ilmu sejarah Islam yang memerlukan kita, untuk menggalinya kembali, mengorek kembali apa yang telah ditimbuskan oleh sejarawan Barat.

Antara koleksi sejarah Pak Latip yang kukumpul

     Satu lagi perkara yang menarik bagi aku. Semasa di tingkatan empat, aku sangat meminati buku-buku sejarah Islam karya  Pak Latip. Di dalam karya itu, tertulis tentang jatuhnya empayar Abasiyyah di Baghdad, yang menjadi pusat ilmu dan pusat pentadbiran pada akhir empayar itu. Terdapat perpustakaan yang menempatkan heterogen(banyak) khazanah ilmu daripada ilmuwan-ilmuwan Islam yang antaranya belum wujud di Eropah. Namun disebabkan pemimpin-pemimpin Islam yang sudah kemaruk dengan syurga dunia, akhirnya zaman Abasiyyah berakhir dan hanya tinggal sejarah. Tentera Mongol, antara yang menyerang telah menjahanamkan kesemua khazanah ilmu itu. Betapa banyaknya buku-buku yang dibuang mereka sehingga boleh dijadikan jambatan, air sungai berubah menjadi hitam dek dakwat-dakwat yang turun. Ilmu yang berguna itu terbuang begitu sahaja. Namun, ada juga yang mereka ambil dan menjualnya kepada Eropah.

     Dalam silibus sejarah tingkatan 4 pula, zaman gelap, zaman renaissance sangat menarik minat aku apabila aku perasan sesuatu daripada tajuk-tajuk itu yang mempunyai kaitan dengan kejatuhan Abasiyyah. Berdasarkan tarikh masa kejatuhan kerajaan Islam itu dan tarikh masa zaman gelap dan renaissance, pendapat aku yang dapat aku katakan…. Di masa kita gemilang dengan kerajaan Abasiyyah, dengan kota ilmu itu, Eropah mengalami zaman gelap, dipalit kemunduran, kekotoran. Selepas jatuhnya kerajaan Abasiyyah, terdapat satu tempoh yang agak lama , berates tahun, sebelum naiknya Eropah dengan Renaissance. Bagi aku, tempoh itulah antara waktu yang digunakan Barat untuk memanfaatkan buku-buku Ilmuwan Islam yang diambil daripada kerajaan Abasiyyah, menterjemah dari Bahasa Arab kepada bahasa mereka, membuang mana-mana bahagian yang mereka kehendaki dan akhir sekali apa sudah siap, mereka mendakwa merekalah yang menemui ilmu-ilmu itu.

     Tidak hairanlah pada hari ini, nama-nama pencipta teori-teori sains kebanyakannya dari Barat. Walhal, umum mengetahui hampir 90% lebih sebenarnya ilmu-ilmu sains dicetuskan oleh Ilmuwan Islam. Pernah aku dengar yang di zaman gelap itu, betapa teruknya keadaan sehingga tiada elektrik, tetapi pada waktu yang sama, umat Islam telah merasai cahaya-cahaya lampu di dalam bangunan mereka. Umat Islam yang terlebih dahulu maju. Namun, setelah ia direntap oleh Barat, kita masih belum dapat merasai kegemilangan Islam seperti yang berlaku suatu masa dulu sehingga kita memayungi dua per tiga dunia, kejayaan umat Islam yang tertangguh. Eropah yang bangun di zaman Renaissance itu adalah di zaman jatuhnya kerajaan Islam. Ini bukanlah fakta yang benar-benar tertulis oleh ahli sejarah, mungkin ada yang tidak benar. Cuma inilah pendapat aku, apa yang aku sedari beradasarkan pemerhatian aku setelah membaca buku Pak Latip dan buku sejarah tingkatan 4. Setelah aku menyedarinya, discover sendiri sejarah-sejarah silam itu, aku rasa seronok, gembira dan semakin minat Sejarah. I think there’re many more secrets that I can discover. If I really explore this field, that I can share with the ummah, to build up the ummah.

     Ada satu page kat facebook ni, sangat menarik- Lost Islamic History. From that page, we can discover a lot of Islamic History that we never know before. Link >> https://www.facebook.com/LostIslamicHistory

     Betullah orang kata, jangan belajar hanya kerana nak dapat jawab dalam peperiksaan. Belajar kerana ilmu tu, kerana Allah. Mungkin aku tidak dapat betul-betul belajar Matematik dengan matlamat yang betul, agak kesal di situ. Namun aku bersyukur aku dapat belajar Sejarah dengan matlamat yang betul. Bukan sebab periksa pun, aku masih mengambil tahu ilmu sejarah di luar silibus. Paling seronok, bila kita belajar dan dapat kaitkan dengan Islam. Seperti apa yang telah aku nyatakan di perenggan atas. Jika umurku panjang, jika diberi peluang, dengan izin Allah, akanku realisasikan hasratku suatu masa dulu dan memanfaatkannya untuk ummah. Aameen.