Thursday, June 5, 2014

Jika senjata tumpul, bagaimana ingin dijadikan perisai?


‘Ini semua qadak dan qadar Allah. Nak buat macam mana?’
‘Aku miskin. Dah takdir.’
‘Aku terlanjur. Dah takdir.’

Kita diberi akal, nafsu, panduan untuk mendapat kebaikan dalam kehidupan kita. 
Bagi kebahagiaan dunia dan akhirat. 
Allah tidak mencipta kita agar hidup melarat berterusan. 
Menderita berpanjangan. Tanpa hala tujuan hidup. 
Allah telah menggariskan panduan dan cara untuk 
tergolong dalam golongan yang beruntung dalam 
firmanNya dalam surah Al-Mu’minun 23:1-11

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu:
Mereka yang khusyuk dalam solatnya
Mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan perkataan yang sia-sia
 Mereka yang berusaha membersihkan hartanya(dgn menunaikan zakat harta)
Mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya
Mereka yang menjaga amanah dan janjinya
Mereka yang tetap memelihara solatnya
Merekalah orang-orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus
Mereka kekal di dalamnya.
(Ringkasan daripada terjemahan)

Beruntung orang-orang yang mengambil tindakan daripada firman Allah itu.
Contohnya, Allah telah susun cantik untuk menjadikan kita berjaya,
seperti apa yang terdapat dalam solat. Salah satu daripadanya ialah
doa yang sering kita amalkan semasa duduk di antara dua sujud.

'Ya Tuhanku, ampunkanlah aku, rahmati aku,
Cukupkanlah keperluanku, tinggikanlah darjatku,
Berilah rezeki kepadaku,
Berikanlah petunjuk hidayah kepadaku,
Sihatkanlah aku, maafkanlah aku.'

Setiap hari, berapa kali kita amalkan doa ini.
Bayangkan jika dimohon dengan penuh khusyuk, 
penuh penghayatan dan pengharapan,
mana mungkin Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
hanya menyuruh kita meminta tanpa Dia memberi.

'Berdoalah kepadaku. Nescaya akanku perkenankan kepadamu.'
Ghafir 40:60

Mungkin kita solat memang tak tinggal. 
Doa ini juga tak pernah tak baca. 
Tapi sejauh mana kita berdoa kepadaNya? 
Bagaimana Allah mahu memakbulkan doa kita 
sedangkan ketika lidah menyebut bait-bait doa ini, 
otak melayang entah ke mana, hati risau tentang urusan dunia, 
sepatah pun kalimah dalam doa tidak difahami, 
baca laju bagai peluru,duduk pun umpama 
orang yang dicucuk jarum pada punggungnya?

Doa itu senjata mukmin. 
Namun jika senjata pun tumpul, 
bagaimana ia boleh dijadikan perisai? 
Ayuhlah kita sama-sama memperbaiki ibadah kita, 
amalan kita, solat kita, doa kita, 
kebergantungan dan perngharapan kita padaNya.



Antara petikan daripada buku 

No comments:

Post a Comment