Tuesday, August 13, 2013

Rindunya nak menumpahkan dakwat...

Rindunya nak menulis... 
Dah lama sangat kot tinggal bloggy...
Habuk dah 2 inci tebalnya...
Tapi, takde kesempatan lagi nak menulis entri....
This week, i'm busy with midterm test..
Next week, i'll busy for assignment program...
See you when I see you, bloggy....

Before i stop...
 Wanna share a quote that i got from my lecturer...

don't look at the person, look at the advice.

Wednesday, June 12, 2013

Sejauh Mana Bacaan Al-Quran Kita?


Allah memerintahkan kita supaya membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid. Ini berdasarkan firman Allah SWT ‘Warottilil Qur’aana Tartiila’ Tartil menurut Saidina Ali tartil adalah mentajwidkan Al-Quran dan mengetahui wakafnya. Sabda Rasulullah SAW: Allah suka kalau seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Al-Quran diturunkan dgn tartil. Dalam ilmu tajwid, Islam, Al-Quran tidak boleh dibaca silap/salah. Kalau berlaku kesilapan pada kalimah, pada sebutan huruf, pada baris, susunannya, maka adalah berdosa dan haram, ini dianggap oleh Allah SWT kerana ia mengubah keaslian Al-Quran itu. Apabila melakukan kesalahan atau melanggar keaslian Al-Quran itu, sudah tentu ianya berdosa.

Allah yang menjaga Al-Quran sebagaimana dalam Surah Al-Hijr, Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang menjaganya’. Allah berhak dan memang hak Allah menjaganya tetapi Allah memilih mereka yang menjaga Al-Quran di kalangan manusia.Dalam Surah Fatir, Allah SWT berfirman,’ Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami.’ Sejak hari diturunkan hinggalah kiamat InsyaAllah Al-Quran tidak berlaku sedikit pengubahankalimah/baris. Ia asli sebagaimana sejak awal diturunkan kepada Nabi SAW.

Al-Quran ini kalau kita lihat sejarahnya di zaman sejarah Rasulullah SAW, Rasulullah mengajar kepada sahabat. Rasulullah perintahkan sahabat pula ajar sahabat yang lain. Mesti mengambil dari mulut ke mulut yakni talaqqi dan musyafahah. Kalau kita lihat dalam sejarah, apabila Al-Quran ditulis oleh Saidina Usman, dihantar ke Syam, Yaman dan sebagainya Al-Quran yang ditulis itu, dihantar sekali qari sekali ataupun mereka yang membaca Al-Quran itu, bukan hantar kitab saja, nak memastikan Al-Quran ini betul dibaca sekalipun orang Arab. Maka Al-Quran mesti dibaca dengan betul.

Hukum tajwid dan menghafal Al-Quran begitu meluas di negara-negara Islam hatta kanak-kanak berumur 6/7 tahun telah menghafal Al-Quran dan disebar dengan beitu meluas, kalau berlaku kesilapan pada bacaan, mudah dikesan kerana ada yang menghafal Al-Quran. Ini kita lihat budaya menegur di Negara Arab dan sesetengah Negara Islam, kalau berlaku kesilapan, maka dengan pantas ditegur dalam majlis itu tanpa mengambil kira majlis itu ada pembesar negara ke atau sebagainya. Maka yang menegur itu dengan ikhlas, bukan tujuan merendahkan ataupun menjatuhkan air muka pembaca itu. Bahkan pembaca itu sendiri menerima dengan hati yang terbuka. Jadi itu satu amalan yang baik oleh kerana Al-Quran.

Barangkali kalau ada sesetengah orang melenting, marah, mukanya pun nampak tanda marahnya. Selain itu kita lihat di negara kita budaya menegur ini barangkali kurang sedikit. Kalau nak menegur kita tengok jugak, kadang-kadang imam pun kita takut nak tegur kalau kesilapan dalam majlis apatah lagi kalau majlis itu dihadiri pembesar-pembesar dan sebagainya. Kalau baca silap, silaplah. Tegur dalam hati saja, budaya ini tak ada pada kita.

Satu malam saya menonton drama dalam tv, saya suka jugak tengok drama berunsur Islam. Pelakon itu baca ayat Al-Quran. Kedua-dua ayat itu salah belaka. Baguslah kita berdakwah, Al-Quran ini semasa dalam ucapan,teguran, nasihat, dalam tv tu baguslah. Menggalakkan masyarakat kita pada Al-Quran tapi kalau salah, tak berapa menyenangkan hati terutama orang yang tahu Al-Quran. Penyebaran Al-Quran sekarang begitu meluas, kanak-kanak pun tau, dewasa pun tau, masing masing belajar. Bukan setakat belajar begitu sahaja, bahkan tahu tajwidnya di negara kita ini. Jadi kalau berlaku dalam drama seperti ini, amat memalukan jugak sebab kita ni ditonton oleh negara-negara jiran kita.

 Adakah kita ni tak ada orang Al-Quran yang tahu Al-Quran? Adakah kita tak boleh menegur? Barangkali sebelum drama ditayangkan, maka elok dirujuk dulu kepada orang yang tahu daripada ustaz-ustaz, ahlul Quran di negara kita. Jadi, eloklah pelakon itu sendiri membetulkan bacaan Al-Quran sebelum dia berlakon atau sekurang-kurangnya pengarah drama itu menghubungi ustaz ataupun tunjuk dulu bahan-bahan yang akan ditunjukkan dalam kepada ustaz2. InsyaAllah pihak tv dan pengarah dapat pahala dgn tujuan dakwah tapi kalau berlaku kesilapan, ia menjadi dosa.

#Walau siapapun kita, menjadi tanggungjawab kita 
membaca Al-Quran dengan betul 
dan bertajwid serta beramal dengannya. 
Semoga Al-Quran menjadi pembela kita di akhirat kelak. 

Sumber: Tan Sri Dato Syaikh Ismail Hj. Muhammad, Imam Besar Masjid Negara

Saturday, May 11, 2013

new entry... after a long time...


Assalamu'alaikum... Holla my bloggy, lama tak jenguk awak.. Hmm, sorry bloggy, it's because of the internet was really hard to available at my house.  Plus, i really don't had any passion to write before this. But, now. I'm really miss u bloggy, haha. I think, if i can write even a lil bit on this fine morning,it can be relief to bleach your madness. Haha,what kind of nonsense in this beautiful morning...

      Actually, i didn't prepare any draft before i write this. Hmmm,always doing this even akhi Hilal had told me, 'don't think the idea in front of the laptop, prepare a draft before you write. If not, you'll write until tired.' Actually, i'm going through my boring life in home right now. That's why i meet you bloggy. Actually again, (haha, what kind of Manglish(Malaysian English) mei). Yeah, it's tooooooo boring!!! Until i didn't know what i was going to do, i slept, slept and slept and of course the percentage of lazyness became more huge for me.
     
     Why all of these could happened? Maybe it's because of Allah gave me kinda long period of ABC(Allah Bagi Cuti), so my ibadah became lower and lower and when i was going through this phase too long, it made my emotion became worst. It’s my  fault. I didn’t manage this phase that Allah gave to me beneficially. Logically, it's not weird if i got sad or angry easily. It's because my faith became lower and the time that i spent to Him was a little. hmmm.

      Alhamdulillah, after the phase ended, 'welcome back to ibadah' i really miss to recite Quran, the thing that i really miss to do when ABC. And last night, He gave me the chance to recite His beautiful surah, which are Toha, Al-Waqi'ah and Al-Fajr. And, i can do another ibadah that i can't do when ABC, which is solat. But, poorly, i can't concentrated 100%ly when i perfomed the solah. (hhmmm, act, what do they call solat in English? solat? prayer? have to check again, but i love to pronounce it as solah, a lil bit of Arabic) argh!! Until now, it's really hard to get 'khusyuk.' Ok, as we all know, if we want to get 'khusyuk' when we perform the solah, basically, we have to know every meaning of what we recite. Don't think about anything else except about Him. But the simple thing like that, i'm still can't do that. My mind was always thinking about anything else that made my focus for solah vanished. So that's why it's not easy for me to get 'khusyuk.'

     Hmmm, i have to work harder to get the sweetness of solah, the key of life. Because if my solah worst, my life'll become worst too for eternity. If anyone, who are reading this has some tips to get khusyuk, feel  free to share it with me, i'll be glad and thank you.

     Ok, rasa cam malas dah training english. Maybe, ada banyak grammatical error kat atas, kalau hangpa taknak tegur tang mana yang silapnya, abaikan je,huhu. Saja, rasa nak menulis bahasa Uncle Sam kejap, practice makes perfect. Tapi, ni rasa cam takde mood dah nak teruskan dengan bahasa omputeh tu, sebab dah rindu nak berbahasa ibunda, even bahasa rojak sebenarnya, (maaf bonda), kedah pun ada, bahasa belia pun ada.

      Hmm, sebenarnya setelah lama menggila dengan tahap keboringan tahap petala langit kelapan tu, buang masa untuk perkara-perkara tak berfaedah tu, tipulah kalau aku kata yang tak rasa rugi, sangatlah rugi masa2 itu. Tapi, aku yang tak berusaha untuk memanfaatkan masa itu. Apa yang Allah berfirman 'Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian' agaklah mengena atas batang hidung aku. Tapi aku asyik leka sampailah aku terdengar kata-kata Prof Muhaya semalam. Macam-macamla,antaranya, dia cakap ada seseorang pernah berkata , 'Masa itu ibarat nyawa. Sesiapa yang membazir masa ibarat membazir nyawa.' Dan ingatlah mati kerana Rasulullah SAW pernah bersabda , 'Manusia yang paling bijak adalah manusia yang mengingati mati.'
     
      Itu yang buat aku tersentak dari kelaghaanku, terbayang balik dosa2 yang aku buat sebelum ni, baru terfikir yang aku buat dosa tu sebab apa? Sebab tak ingat mati! kalau aku ingat mati, takde maknanya aku akan berani melakukan sebarang dosa, tak kiralah kecik ke besar yang menunjukkan aku ni tak bersyukur atas segala nikmat yang Allah dah berikan padaku. Astaghfirullahal'azim.. Aku kena muhasabah diri balik, taubat dan cuba perbaharui iman dan amal. Andai kata Allah nak cabut nyawa, biarlah mati dalam keadaan beriman, husnul khatimah(penghujung yg baik)dan mati dalam keadaan amal yang melebihi dosa2 yang bertimbun yang kalau Allah zahirkan, taktaulah setinggi mana dosa aku... Selalu je camni, taubat, buat dosa balik, lepas taubat buat dosa lagi. Apa nak jadi dengan aku ni. Mati tu bila-bila masa wahai manusia, dalam sehari berkali-kali Izrail datang menjenguk manusia. Ampunkan aku Ya Allah...

      Empat ke lima tahun lalu, pernah aku terdengar satu mitos yang amat mengarut. ‘Taubat ni limit sampai tiga kali je. Kalau kita dah taubat untuk kali ketiga dan lepas tu kita buat balik dosa, Allah takkan terima lagi amalan kita.’ Masa tu, aku sangat-sangatlah takut. Terfikir yang Allah terima lagi ke amalan aku ni. Tapi lama-lama bila selalu mendengar tazkirah/ceramah agama, aku tak lagi memepercayai mitos itu.

     Teringat balik satu tazkirah yang pernah aku dengari: Taubat harus selalu diperbaiki dan diperbaiki. Taubat harus selalu diperbaharui dan diperbaharui. Kalau kita taubat hari ni, esok kita terbuat lagi,tak mampu mengawalnya, taubat lagi. Kalau dah taubat,  kita buat lagi dosa, kita ikut hawa nafsu, maka taubat lagi. Diriwayatkan suatu ketika datang seorang lelaki kepada sahabat Rasulullah SAW. Dia bertanya ‘Wahai Amirul Mukminin, aku ini melakukan dosa besar, jadi apa yang harus aku lakukan?’ lalu Amirul Mukminin menjawab, ‘Baliklah dan bertaubatlah.’ Lalu lelaki itu bertaubat. Keesokannya, dia datang lagi, ‘Wahai Amirul Mukminin, aku mengulangi lagi dosa ini. Apa harusku buat?’ lalu Amirul Mukminin menjawab, ‘Baliklah dan bertaubatlah.’ Sampai  dia berasa sangat perit dan datang balik kepada Amirul Mukminin. ‘Wahai Amirul Mukminin, aku sudah bertaubat banyak kali tapi aku masih melakukan dosa tersebut.’ Maka Amirul Mukminin pun menjawab, ‘Baliklah dan bertaubatlah. Taubat sungguh-sungguh sehingga kamu merasakan suatu ketika Allah menarik nikmat maksiat dalam hati.’

      Kita haruslah sentiasa bertaubat atas dosa kita tanpa putus asa, tanpa putus harap, sampai suatu ketika Allah datangkan rasa dalam hati kita tiada lagi nikmat maksiat. Sampai kita tak suka dah melakukannya, hatta mendengar tentang dosa tersebut pun kita dah taknak. Bukan nak permainkan agama. Ada sesetengah orang takut untuk bertaubat sebab takut permainkan agama. Dia bertaubat hari ni, esok dia buat lagi. Dia bertaubat hari ni, esok dia buat lagi. Lama-kelamaan, dia tak bertaubat sungguh-sungguh. Bagaimana kalau dia mati tiba-tiba? Dalam keadaan yang dia tak dapat jangka bila kematian menjemput. Biarlah hidup kita ini dalam keadaan sentiasa bertaubat kepada Allah sama ada dosa kecil atau dosa besar.
    
  Orang yang buat dosa banyak sekalipun, Allah akan tutup aib kita kalau kita taubat. Allah takkan buka dosa-dosa kita yang lalu kepada sesiapa. Dengan syarat, kita taatkan Allah tanpa henti, taubat sungguh-sungguh. Solat taubat, (niat, sahaja aku solat sunat taubat kerana Allah Taala, rakaat pertama baca Al-Kaafirun, rakaat kedua baca Al-Ikhlas) paksa diri untuk berhijrah. Berkawanlah dengan orang yang membawa kebaikan. Memang susah tinggalkan orang yang jahat tapi bila niat nak buat baik, Allah akan temukan kita dengan orang-orang yang tak disangka, yang akan menjadi sahabat kita hingga ke syurga. Kalau kita hilang kawan yang negative, Allah akan gantikan dengan kawan yang lebih positif. Malaikat akan turun beramai-ramai menemani. Niat, usaha, paksa diri, hijrah.
  
    Kalau nak taubat dengan manusia, selesaikan hutang dengan manusia. Kalau mulut suka mengata, maka taubatlah hari ini. Apa yang kita buat pada orang lain akan terkena pada anak-anak kita, pada keturunan kita. Apa yang kita buat jahat pada orang lain, Allah akan kembalikan kejahatan kepada kita. Kita ambik hak orang lain, Allah akan buat hak kita berkurang. Allah tak suruh kita pastikan orang maafkan kita. Allah suruh kita minta maaf bila buat salah. Jangan simpan apa-apa dalam hati. Moga-moga Allah terima taubat dan ampunkan kita.
  
    ‘Barangsiapa yang berdosa sepenuh langit dan bumi, kalau mohon ampun kepada  Aku, nescaya akan Kuampunkan.’ Kecuali kalau dia berkata, ‘takkanlah Allah nak ampunkan aku’ Allah tak ampunkan kerana dia tidak percaya pada Allah.

#kepada sesiapa yang membaca entriku yang tak dirancang ini, kalau aku ada salah silap atau dosa pape dengan diri yang membaca entriku ini, mohon ampun dan maaf. Kalau ada hutang ke pape ke, mintak dihalalkan ye… Moga kita sama-sama dapat menjejaki syurgaNya. :)

Tuesday, March 12, 2013

Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf

click kat gambar ni kalau nak tengok lagi jelas..
9 Mac yang lalu, aku telah menghadiri satu bengkel iaitu bengkel penulisan islamik di Kolej Teknologi Darul Naim, Pengkalan Chepa. Asalnya, kalau aku pergi seorang, yurannya seratus. Tapi, sebab aku ajak dua orang ex-schoolmates aku iaitu Fatehah Marzuki dan Amin Rashidi, dapatlah diskaun. So, setiap seorang daripada kami kena bayar RM80. Susah nak cari orang yang berminat nak jadi penulis ni. 1% je kot daripada 100%, hehe.. betul ke perbandingan yang aku buat tu? Lebih kuranglah, menunjukkan betapa sikit rationya tu.

     Best pergi dengan diorang ni memangla sebab dapat diskaun, tapi lagi best bila kami dapat sama-sama menimba ilmu yang tidak ternilai daripada saudara Hilal Asyraf. Sebelum bengkel tu pun, aku tak rasa pun yang yurannya terlalu mahal, agak murah bagi aku. Siapa yang nak bagi ilmu-ilmu macam ni dengan harga sebegini rendah? Lepas habis je bengkel lagilah aku rasa yang yurannya sangat murah. Apalah sangat nilai yuran yang dihulurkan kalau nak dibandingkan dengan usaha, tenaga, sumbangan yang telah beliau curahkan.

     First impression aku bukanlah pasal penulisan islamik tapi pasal saudara Hilal Asyraf itu sendiri. Nak cakap macam mana ya? For sure, aku sebagai pembaca karya-karya beliau sebelum ini rasa macam boleh kenal beliau dengan lebih mendalam. Aku rasa macam lebih nampak apa yang beliau sampaikan dalam karya-karyanya, yang kalau sekarang dah 19 buah. 19 buah buku telah terbit di pasaran setakat ini oleh seorang insan yang baru mencecah usia 24 tahun. Aku rasakan yang segala mesej yang beliau ingin sampaikan lebih menusuk ke jiwa. Kalau sesiapa yang dah baca karya beliau, pasti sudah dapat ‘mengenali’ sedikit demi sedikit peribadi beliau berdasarkan penulisannya. Seorang penulis muda yang memanfaatkan medium penulisan untuk berkarya dan berdakwah dengan nafas baru.




 sebahagian koleksi-koleksi saudara Hilal Asyraf

     Contohnya, melalui novel Sinergi. Novel tu aku baca masa di tingkatan empat. Pada mulanya aku bertanya kepada sahabatku, buku apa yang bagus untuk aku beli, dia menjawab, novel Sinergi, Matahari. Namun, setelah menjejakkan kaki ke beberapa buah kedai buku, aku tidak menemuinya. Tertanya-tanya juga aku apa yang menarik sangat dalam buku itu sehingga sahabatku mengesyorkan aku membelinya. Tidak lama kemudian, seorang sahabatku yang lain memberitahu bahawa dia memiliki novel itu. Lalu, aku pun meminjamnya.

     Masa tu, dia cakap, novel ni takde pasal cinta pun, tapi best sangat. Aku tak kisah kalau takde pasal cinta pun, aku baca je, sebab aku memang suka membaca. Maybe ada sesetengah orang, hanya minat untuk membaca novel cinta. Setelah membaca novel itu, baru aku tahu kenapa sahabat-sahabat aku mengatakan novel atau buku itu sangat menarik. Belum pernah aku membaca sebuah novel yang mempunyai jalan cerita sebegitu rupa. Extraordinary! 1+1=3. Persahabatan yang berpaksikan keimanan yang menghasilkan sinergi. Sehingga aku menitiskan air mata tika membacanya. Mesej-mesej yang ingin disampaikan menyerap ke dalam hatiku. Memang serius, aku tak pernah baca novel yang sebegini rupa. Kalahlah semua novel-novel yang telah aku baca dalam hidupku.  Haha, kalau nak cerita pasal novel ni sahaja, panjang berjelalah lagi yang aku boleh tulis. Tu tak masuk lagi novel/ buku-bukunya yang lain.  

     Oh, sebelum aku terlupa. Asalnya aku boleh ada ‘jodoh’ dengan novel ni sebab sahabat aku yang mengesyorkan. Itu dua tahun yang dulu. Yang kisah dua tiga hari lepas pula, satu mesej masuk dalam inboxku. Mesej itu lebih kurang macam mesej yang tersebar, yang merekomenkan aku membaca novel Sinergi. Betapa hebatnya penangan novel itu, sampai orang yang dah baca pun terkesan, dan cuba ajak orang lain baca dan rasai sendiri kuasa sinergi itu. Jarang-jarang dengar tu kalau novel islamik ni. Biasa orang selalu cakap pasal novel-novel cinta. So, aku sendiri syorkan korang baca, so that korang akan tahu apa maksud di sebalik 1+1=3 yang diketengahkan dalam novel ini.. At least, kalau tak nak beli, rasa sayang sangat nak belanjakan 20 hinggit tu, pinjamlah dengan sahabat-sahabat yang ada. Dapat jugak pahala pada si pemiliknya tu.

     Huhu, panjang sangat aku cerita pasal Sinergi saja, belum lagi bagi karya-karya beliau yang lain seperti Batu-Bata Kehidupan, Hero, Sebelum Aku Bernikah dan banyak lagi. Ok, sambung cerita pasal bengkel tu. Kenapa aku boleh terdetik untuk menyertai bengkel itu? Sebenarnya, sebelum ini, aku pernah terfikir untuk jadi penulis. Ada banyak sebab. Tapi antara sebab yang negative adalah duit. Huh, teruk betul kan aku? Hmm, tu lepas aku dengar cerita daripada kawan aku yang dia ada kenal seseorang yang kerja tetapnya bukanlah penulis, tapi royalty yang dia dapat sangatlah lumayan. Syaitan pun mulalah mencucuk-cucuk aku. ‘eh, best jugak kalau jadi penulis ni, lumayan jugak tu.’

     Dengar je intro daripada saudara Hilal, zap! Memang betul-betul kena atas batang hidung akulah. Terima kasih akhi kerana menyedarkanku. Akhi Hilal cakap pertama sekali nak jadi penulis, kena perbetulkan niat. Kalau niat dah awal-awal nak kan kekayaan, kemasyhuran, memang Allah akan bagi, tapi bimbang Allah bagi sebagai istidraj yakni nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya untuk menyesatkannya.

     Analogi yang boleh diambil adalah, bila nak membina sesebuah bangunan. Setinggi, segah dan secantik mana pun bangunan itu, tapi kalau asas binaannya atau foundation itu tak sempurna, semuanya sia-sia. Walaupun foundation itu berada di dalam tanah dan tak dapat dilihat dengan mata kita, tapi kalau ianya elok, eloklah bangunan di atasnya yang dapat dilihat oleh semua itu. Kalau asasnya pun pincang, bangunan yang di atas itu tidak akan bertahan lama, pasti runtuh jua akhirnya. Begitu juga dengan niat, bila niat kita betul, insyaAllah, kita akan menjadi penulis yang special di mata Allah, yang membezakan kita dengan penulis-penulis lain, walau apa jua dugaan yang dihadapi.

     Bila niat dah tak betul, mulalah menulis mengikut apa yang pembaca nak bukan apa yang Allah nak. Maksudnya, tulis apa-apa yang melanggar hukum Allah, tidak menegaskan dalam karyanya yang maksiat atau dosa itu adalah dosa. Sehingga pembaca terbuai-buai dengan novel-novel cinta yang tak syarak. Di alam akhirat, Allah akan meyoal kepada penulis itu, kenapa kau menulis karya-karya yang melanggar hukum Allah. Apa yang nak dijawab di hadapan Allah. Takkan nak jawab sebab duit, famous.

     So, first of all, niat tu kena betul. Menulis ni sebagai medium untuk berkreatif dan berdakwah. Mengajak masyarakat ke arah  positif. Bila niat tu baik, insyaAllah karya tak dapat sambutan pun, ada ganjaran yang Allah sediakan, usaha lagi. Bukan kita yang membuatkan pembaca terkesan dengan karya kita tapi Allah. Allah Yang Berkuasa membuatkan pembaca terkesan dengan karya kita dan melakukan perubahan. Kerana hidayah itu milik Allah. Siapa yang memberi tenaga? Allah memberi tenaga untuk kita berkarya. Siapa yang memberi ilham? Allah juga yang memberikannya. Bila niat tu betul kita takkan tulis apa yang Allah larang sebab kita sedar segala yang kita dapat semuanya datang dari Allah. Perjalanan cerita yang kita hasilkan tidak menghalalkan kejahatan.  Dalam kubur nanti, saham-saham daripada karya-karya kita akan terus mengalir kepada kita.

     Tak banyak yang aku nak coretkan, even dah panjang sebenarnya, hehe. Actually, akhi Hilal Asyraf dah pesan, kalau nak menulis jangan cari idea depan laptop. Kalau mengadap laptop baru nak cari idea, kita akan menulis sampai penat. Buat dulu draf sebelum menulis. Fikir elok-elok, bila dah rasa ok baru start menulis. Tapi, aku ni tak amalkan pun apa yang akhi pesan, hehe. Sebab tetiba rasa nak menulis. Sebelum-sebelum ni pun, aku tak konsisten jugak. Bila rajin , adalah draf aku yang aku dah siapkan sebelum menulis. Kadang-kadang, pakai taip je, macam sekarang ni. Hehe. Lain kali tak nak buat dah.
khusyuk cari idea untuk hasilkan cerita masing-masing

     Bayangkan dalam masa tak sampai sedekad, beliau sudah mempunyai 19 buah buku. Tu yang tak terbit lagi. Yang telah beliau siapkan dan masih belum diterbitkan pun ada lagi. Subhanallah! Ilham yang melimpah ruah Allah kurniakan padanya.

     Kalau nak cerita lagi, memang berpage-page lah jawabnya. Memang terlalu banyak yang aku dapat daripada bengkel tersebut. Ilmu beliau yang bertahun-tahun, kami peserta ni  cuma dapat dalam masa sehari. Alhamdulillah, syukur nikmat. Alangkah bertuahnya kami. Beliau juga membuatkan aku muhasabah diri sebagai hamba yang bernafas di bawah langit Ilahi. Terima kasih akhi.

     Mungkin itu sahaja sedikit sebanyak yang aku dapat coretkan kali ini. Aku berharap agar Allah memanjangkan umur saudara Hilal Asyraf agar beliau dapat meneruskan legasi penulisan islamiknya dengan lebih meluas dan mengajak masyarakat ke arah positif dengan dakwahnya yang penuh berhikmah. Semoga beliau dijauhkan daripada fitnah dunia dan godaan syaitan yang ingin menjatuhkan.  Ameen.   


Doakan aku dan 2 sahabatku itu,
menjadi penulis seperti Hilal Asyraf kelak. :)

Monday, March 4, 2013

Erti Hidup Pada Memberi


Pernah tak kita fikir? Kalau kita berhutang dengan bank, tertunggak, tak bayar, kalau kita nak buat pinjaman lagi dah tentu tak boleh. Tapi kalau kita berhutang dengan Allah, walau hutang kita dengan Allah tertunggak, tapi Allah tetap beri dan beri nikmatNya pada kita.Walau kita buat dosa sebesar mana pun, sekerap mana pun, Allah masih lagi beri dan beri.Allah beri secara brulang-ulang dan konsisten.Contoh paling dekat, dalam tubuh badan kita, sistem pernafasan yang sentiasa berjalan, enzim-enzim yang sentiasa melakukan tugasnya.Seluruh alam ini, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, Allah bagi semua tu untuk kita, manusia.Kalau nak hitung nikmat Allah, memang takkan terhitung apatah lagi nak membalasnya.
Kalau nak berjaya dalam hidup, tirulah orang-orang berjaya.Ikutan yang terbaik ialah Nabi Muhammmad SAW, qudwah hasanah kita.Baginda banyak memberi dalam hayatnya. Kita pun kena banyak memberi untuk diri, masyarakat dan alam sekitar.
Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak manfaat pada orang lain.
     Dalam hidup kita, kenapa kita susah untuk memberi? Kita rasa bila kita beri, ia akan berkurangan. Tapi, sebenarnya, bila kita memberi, Allah telah berjanji dalam Surah Al-Baqarah.
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan  7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui [261]
Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), maka mereka peroleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati [262]”
Rasulullah menegaskan bersedekah takkan menyebabkan kita menjadi miskin. Allah akan gandakan 700 kali ganda dalam 2 bentuk dengan pandangan mata hati. Allah akan gandakan secara ketara(boleh nampak). Contohnya, bila kita memberi di jalan Allah, bila banyak kerja, dapat bonus.Allah juga beri secara tidak ketara. Allah mungkin tak beri dalam bentuk wang, tapi Allah beri dalam bentuk sihat. Nak sihat ke nak kaya? Kalau kaya tapi sakit, tak guna juga. Health is wealth!
      
Baroqah, itu apa yang kita kan dapat bila memberi. Kenapa kita tak nak memberi sedangkan bila kita memberi Allah akan melimpahkan kebaikan secara berterusan. Sedikit yang kita ungkapkan tapi Allah bagi kita lebih.Dia berkuasa untuk bagi kita lebih.Contohnya, dalam rumah tangga, suami isteri ada ‘kesalingan’, hak, peranan, tanggungjawab. Manusia selalunya tak focus kepada peranan tapi kepada hak. Sepatutnya masing-masing focus pada peranan. Insya-Allah bila peranan dipenuhi, hak juga akan dipenuhi. Perselisihan dalm rumah tangga bila isteri atau suami sentiasa fikir ‘how to get’ tanpa dihayati peranan yang perlu dimainkan. Bila peranan masing-masing dimainkan, kita akan dapat hak. Contohnya, isteri sentiasa ingin memberi yang terbaik untuk suami.‘Bila suami aku balik, aku nak beri senyuman, kesenangan kepadanya.Biar dia rasa bahagia bila pulang ke rumah walau banyak masalah yang dihadapi di luar.’Kita rasa kurang kasih sayang sebab kita kurang memberi.  What we give we get back.

Memang kita diminta untuk memberi, namun Islam juga suruh kita hati-hati.Kita kena jadi mukmin pro. Jangan beri secara membabi buta.Kalau kita dah nampak sindiket yang datang kat kita, tak perlulah beri.Kalau kita bimbang orang tu sindiket, tapi kita tak tau pun, kita beri padanya, tak salah. Allah akan terus bagi pahala. Walaupun lepas tu kita selidik, kita bagi pada orang yang salah.

Bila kita memberi, kita rasa sangat tak patut bila orang tu tak berterima kasih, tak menghargai.Kita kena lihat, kalau kita harapkan terima kasih, kita takkan memberi. Menurut psikologi, manusia ni memang tak pandai berterima kasih. Kalau kita harapkan terima kasih, kita akan jadi sakit jiwa, sebab di planet Bumi ni, orang memang tak reti nak berterima kasih. Apakah kita akan berhenti bila dah tak dihargai, dieksploitasi? Kalau kita berhenti memberi sebab orang tak berterima kasih, kita ego. Sebab kita rasa ia hak kita, kita dah bagi hak kita. Berilah kerana Allah. Allah Yang Maha Pemurah akan balas walau manusia tak berterima kasih.



Siapa yang tinggi imannya pada Allah, tinggi sayangnya pada manusia, dia paling banyak memberi.Jangan pula kita rasa tak ada apa-apa untuk memberi. Selagi kita ada di dunia, kita adalah orang yang berada yang sentiasa boleh memberi: tenaga, doa, senyuman, harta . Erti Hidup Pada Memberi.

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik
daripada sedekah yang diiringi tindakan yangan menyakiti.
Allah Maha Kaya, Maha Penyantun [263]”


Refleksi Diri. Selamat Beramal.

Sumber: Ustaz Pahrol Mohd Juoi@ikim.fm

Thursday, February 28, 2013

Chinese Look. Pure Chinese.



     Suatu hari, aku temankan mak ke kedai kain kat Jalan Gajah Mati, Kota Bharu. Berdekatan Pusat Tuisyen Karisma. Bangunan di situ nampak klasik, macam bangunan-bangunan lama area Jonker Street. Kedai Cina itulah yang mak selalu kunjungi untuk beli kain buat uniform sekolah kami adik beradik. Masa tula aku dengar perbualan antara mak dan tauke Cina tu. Amoy tu tanya mak aku, yang kami ni ada keturunan Cina ke? Sebab muka kami ni Chinese look. Ya ke? Hmm. Menarik gak topik perbualan diorang ni.

     Alkisah, mak aku pun bercerita kepada wanita Cina yang agak berusia itu. Mak cakap, dah banyak kali orang ingat dia ni Chinese. Masa dia ke Melaka, ada Chinese yang tiba-tiba pergi tegur dia dalam bahasa cina. Mak aku pun geleng jela. “I’m not a Chinese.” Banyak kali pulak tu situasi macam tu terjadi. Aku pun tilik muka mak. Ada bau yee sang ke kat muka mak? Haha. Aku tak perasan pun selama ni. Bila aku tengok tu pun, aku tak jumpa gak bau yee sang tu, bau cheongsam pun jauh sekali. Ada kot bau-bau bacang. Seumur hidup aku, itulah kali pertama aku dengar orang cakap yang kami anak beranak ni Chinese look. Sumpah, tak perasan. Dan tak nampak pun tang mana yang cinanya.

     Mak cakap kami memang keturunan Melayu. Taktaula pulak kalau nenek moyang kami yang zaman Yahudi merangkak dulu-dulu ke atau zaman Parameswara berhijrah ke Melaka dulu ke, ada salasilah keturunan kami yang bukan Melayu. Russian ke, Japanese ke, Siamese ke, Indian ke, Arab ke dan lain-lain. Sebab orang kata kalau orang Melayu ori ni kulit sawo matang, tinggi sedang-sedang, rambut hitam, kerinting-kerinting sikit atau ikal.  

     Arwah Tok Wan pernah cakap yang saudara-mara dia ramai kat Pattani. Taktaulah kalau-kalau orang Siam atau orang Melayu. Sebab dulu kan Pattani tu kan terletak dalam peta negeri Kelantan jugak. Angkara penjajahla, tanah itu jatuh ke tangan Raja Thai. Oh, sebut pasal Siam ni, aku teringat satu peristiwa masa aku satu sekolah dengan pelajar-pelajar dari Thailand. Program bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Masa baru-baru berkenalan dengan diorang, diorang cakap orang Islam di Thai marah kalau kita panggil diorang orang Siam. Sebab di sana, mereka menganggap orang Siam adalah orang Buddha. Manakala orang Islam Thai dipanggil orang Thai. Masyarakat kita mungkin sinonimnya memanggil semuanya Siam. So, beware la pasni. Labih selamat, panggil je semua orang Thai bila berbicara dengan mereka.

     Cuma, tahun lepas baru aku tau daripada Tok Wan. Yang Dato’ Nik Ahmad Kamil, Menteri Besar Kelantan yang pertama adalah nenek moyang kami. Pendek cerita, kami ni keturunan beliaulah. Tambahan memang keluarga sebelah mak ni keturunan Nik dan Wan. Wah! Bangga rasanya. Wajah pejuang yang sering aku tatap dalam buku teks Sejarah dulu rupanya moyang aku. Mungkin, sebab tulah darah sejarah dan politik mengalir dalam badan aku sejak kecil lagi. Hikhik. Sejarah tu memang subjek yang aku minat sangat-sangat. Dokumentari,rencana, buku atau apa-apa sahaja berkaitan sejarah aku tak tolak tepi. Melalui itulah, aku mengenali insan hebat tersebut. Dulu-dulu pun, bila aku tau yang Dato’ Nik Ahmad Kamil, tokoh yang turut berjasa kepada negara adalah orang Kelantan, terbit rasa bangga sebagai anak Kelantan. Apa sumbangan dan jasa-jasa beliau kepada negara. Aku sendiri pun dah tak ingat sebenarnya fakta-fakta Sejarah yang aku belajar dulu. Aku yakin korang pun mesti kenal, belajar masa tingkatan 3 dan 5 kalau tak silap.
     
     Ok, sambung balik cerita tadi. Aku pun terfikirla, betul ke aku ni pun ada iras-iras Cina sikit? Puas aku tilik muka aku, tak taulah… Tak jumpa pun iras-iras kecinaan sebab aku pun taktau aku ni muka Melayu ke Cina ke apa. Haha, bila tengok orang-orang lain bolehla aku describe. Aku sendiri tak boleh. Kawan-kawan pun selalu cakap, “Engkau tu memang muka Cina pun, adala sikit-sikit.” Jinja(really?) Sampai sekarang aku masih tak nampak.

     Mungkin sebab tula, aku minat Chinese. Ya, aku minat lelaki Cina. Chinese ni ada macam-macam rupa pulak. Adala yang taste aku punya. Susah nak jumpa,haha. Kenapa aku boleh tersangkut dengan mamat Cina ni, dah habis jejaka Malaya ke? Haha, entahlah. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin, antara faktornya, aku memang suka budaya Cina(takdela semuanya), bahasa dia, macam-macam lagilah. Mungkin jugak sebab masa kecik2 dulu aku membesar dengan Chinese drama. 1 lagi sebab pengaruh novel kot, haha. Novel yang pernahh menjadi favoriteku, 'Bayangan Rindu' by Anis Ayuni yang aku baca masa form 2 dulu. Haha, nila yang tak elok ni, pengaruh media massa. Maybela aku minat Chinese kerana sebab2 yang aku sebut tu. Even, xlogik bebenor jawapannya. Actually, susah sikit nak jumpa Chinese yang friendly, menghormati dll. Kalau jumpa Chinese yang betul-betul boleh go on dengan Malay, sangatlah bagus golongan-golongan tu. Kalau Chinese di Kelantan, yang boleh cakap loghat Kelantan tu biasanya Cina yang baik, yang tak mendiskriminasikan Melayu. Yang memang 1Malaysiala pendek kata.

     Dalam hidup aku, aku takde pun kawan orang Cina. Kalau ada pun, masa kecik-kecik dulu aku dan kakak aku berkawan dengan seorang anak Tauke Cina. Ah Feng namanya kalau tak silap. Sempatla main sama-sama. Tapi, lepas keluarga diorang pindah, dah tak jumpa dah lepas tu. Sedihla sikit. Sebab itu satu-satunya kenalan aku yang berbangsa Cina. Masa sekolah rendah dulu pun, ada sorang Chinese girl. Goh Pep Sin, nama dia. Aku ingat lagi. Tapi, yang sedihnya aku tak sempat nak berkawan baik dengannya. Sebab dia pun pindah, pindah sekolah. Kelas kami lain-lain, so aku susahla nak luangkan masa dengan dia. Sempat tegur sekali je dulu rasanya. Tak ingat sangatla, dah 10 tahun berlalu. Future nanti, I don’t know. Wether aku akan jumpa kawan Cina yang baru atau tak.

     Teringat lagi kat sorang Chinese ni, who I met when I worked a few weeks ago. Dengan mukanya yang tenang. Baik. Sopan santun. Haha. Kata orang, bila hati dah suka semuanya nampak baik-baik belaka. Yang buruknya pun tak kisah. Dalam ramai-ramai siswa yang ada masa aku kerja tu, handsomela macam mana pun, tak menarik perhatian aku pun melainkan this Chinese guy. Benda yang tak perlu ucap terima kasih pun, dia ucap terima kasih kat aku, bukan sekali. Mamat-mamat Melayu lain takde pun macam dia. Berbudi bahasa. Masa terserempak dengan dia pun, siap tunduk hormat lagi (macam Korean tunduk tu) kat aku sambil tersenyum. Haish mamat ni, macam tau-tau je aku ni jenis yang minat Chinese yang spesies macam dia. Dia tunjuk baikla pulak. Haha. Biarla ia tersisip dalam memoriku. Kalau ada jodoh, insyaAllah 

    Kalau orang tanya ciri-ciri lelaki idaman aku, mungkin semuanya common. But, this one is extraordinary. Haha, betul ke penggunaan perkataan tu? Macam tak kena je. Haha, takdela luar biasa pun, hiperbola je tu. Cuma lain pada orang sikit. What? Chinese! Ya, kalau ada jodoh, biarla dia tu seorang lelaki Cina. Pure Chinesela, bukan yang jenis Chinese look ni. Kalau Chinese look ni, berlambakla. Dalam family aku pun ramai, kawan-kawan. Haha. Kawan-kawan aku semua pelik bila aku cakap aku nak kahwin dengan Chinese. Ada yang tanya kenapa. Ada yang gelak. Ada yang mendoakan. Ada jugak yang cakap aku ni ‘agah’(Xtau nak translate this Kelantanese word to standard Malay Language, (bajet kot) Am I too choosy? Takdelah. Nama lagi ciri-ciri lelaki I.D.A.M.A.N. Kalau Allah dah tentukan jodoh aku dengan orang Melayu pun aku terima. Malay look ke, Korean look ke, Chinese look ke, Indian look ke, semua tu di tangan Allah. Terima jelah jodoh yang dah tertulis untuk aku tu. But, seems that my soulmate belum memunculkan diri lagi. Now, still hope that the man is a Chinese. Insya-Allah.

Seriously, pray for me yaa :)