Thursday, June 5, 2014

Jika senjata tumpul, bagaimana ingin dijadikan perisai?


‘Ini semua qadak dan qadar Allah. Nak buat macam mana?’
‘Aku miskin. Dah takdir.’
‘Aku terlanjur. Dah takdir.’

Kita diberi akal, nafsu, panduan untuk mendapat kebaikan dalam kehidupan kita. 
Bagi kebahagiaan dunia dan akhirat. 
Allah tidak mencipta kita agar hidup melarat berterusan. 
Menderita berpanjangan. Tanpa hala tujuan hidup. 
Allah telah menggariskan panduan dan cara untuk 
tergolong dalam golongan yang beruntung dalam 
firmanNya dalam surah Al-Mu’minun 23:1-11

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu:
Mereka yang khusyuk dalam solatnya
Mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan perkataan yang sia-sia
 Mereka yang berusaha membersihkan hartanya(dgn menunaikan zakat harta)
Mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya
Mereka yang menjaga amanah dan janjinya
Mereka yang tetap memelihara solatnya
Merekalah orang-orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus
Mereka kekal di dalamnya.
(Ringkasan daripada terjemahan)

Beruntung orang-orang yang mengambil tindakan daripada firman Allah itu.
Contohnya, Allah telah susun cantik untuk menjadikan kita berjaya,
seperti apa yang terdapat dalam solat. Salah satu daripadanya ialah
doa yang sering kita amalkan semasa duduk di antara dua sujud.

'Ya Tuhanku, ampunkanlah aku, rahmati aku,
Cukupkanlah keperluanku, tinggikanlah darjatku,
Berilah rezeki kepadaku,
Berikanlah petunjuk hidayah kepadaku,
Sihatkanlah aku, maafkanlah aku.'

Setiap hari, berapa kali kita amalkan doa ini.
Bayangkan jika dimohon dengan penuh khusyuk, 
penuh penghayatan dan pengharapan,
mana mungkin Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
hanya menyuruh kita meminta tanpa Dia memberi.

'Berdoalah kepadaku. Nescaya akanku perkenankan kepadamu.'
Ghafir 40:60

Mungkin kita solat memang tak tinggal. 
Doa ini juga tak pernah tak baca. 
Tapi sejauh mana kita berdoa kepadaNya? 
Bagaimana Allah mahu memakbulkan doa kita 
sedangkan ketika lidah menyebut bait-bait doa ini, 
otak melayang entah ke mana, hati risau tentang urusan dunia, 
sepatah pun kalimah dalam doa tidak difahami, 
baca laju bagai peluru,duduk pun umpama 
orang yang dicucuk jarum pada punggungnya?

Doa itu senjata mukmin. 
Namun jika senjata pun tumpul, 
bagaimana ia boleh dijadikan perisai? 
Ayuhlah kita sama-sama memperbaiki ibadah kita, 
amalan kita, solat kita, doa kita, 
kebergantungan dan perngharapan kita padaNya.



Antara petikan daripada buku 

ADA-BERI-DAPAT


itulah link blogku. 

Hasil cetusan inspirasi Prof. Dr. Muhaya. 
Konsep ada-beri-dapat dicetuskan oleh beliau. 
Bila kita banyak kebaikan, kita beri pada pada orang, 
kita juga akan mendapat kebaikan itu.


Antara petikan tentang konsep ADA-BERI-DAPAT
daripada buku Biografi Prof. Dr. Muhaya

Apabila kita membaca sesuatu yang baik dan 
mendapat ilmu bermanfaat daripada bahan bacaan itu, 
cuba aplikasikannya dalam kehidupan. 

Apabila kita menjadi baik dan penuh dengan kasih sayang, 
kita akan dihormati oleh kawan-kawan dan masyarakat. 
Sedikit demi sedikit kita mengubah mereka 
dan mempengaruhi mereka menjadi lebih baik.


Cara kita melayan ibu bapa kita mempengaruhi 
cara anak kita melayan kita. 
Maka, tunjukkan contoh yang baik. 
Bagaimana kita melayan ibu bapa kita, 
itulah yang akan kita dapat kelak. 

What we give, we get back!

Monday, June 2, 2014

Bosan sangat ke Sejarah???

I like history! Tapi takdelah sampai ingat fakta-fakta sejarah tu. Masa zaman sekolah dulu, markah sejarah agak, Alhamdulillah. Takdelah tinggi, cukup-cukup makan bolehla. Bahasa Melayu aku ada gak kadang-kadang tak dapat A. Tapi, subjek Sejarah, Alhamdulillah. Pernah aku terbaca dalam buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tg. Asmadi, antara sebab pelajar meminati sesuatu subjek adalah jika dia sentiasa mendapat markah cemerlang dalam subjek demikian. Pelajar yang tidak meminati pelajaran pula, antaranya adalah disebabkan dia tidak faham apa yang diajar gurunya. Betullah apa yang Dr. cakap tu. Aku minat sejarah sebab selalu dapat A, walaupun sekadar markah cukup-cukup makan untuk melayakkan aku mendapat A. Bila exam, aku takdelah hafal dari kulit ke kulit. Tapi bila aku dah baca satu-satu topik, rasa nak ajar kawan membuak-buak. Sejarah je. 

     Subjek lain, Matematik? Jangan haraplah. Begitu juga dengan kenyataan Dr. memang aku tak minat Matematik sebab tak faham apa yang cikgu ajarkan. Matematik, faham pun tak. Apatah lagi nak ajar orang.  Subjek yang tak diminati sejak sekolah rendah. Ingat lagi masa cikgu ajar tajuk bundar, akulah antara yang paling lambat faham. Hurm.. Exam daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3, tak pernah dapat A. Alhamdulillah masa PMR, dapat gak A. Masa upper form pun, tingkatan 4,5 modern mathematics tak pernah tak dapat C, haha. Nasib baik Cikgu Zahinah ‘basuh’ aku lepas percubaan SPM tu, sempat kejar. Alhamdulillah dapat A-. Terima kasih cikgu. Juga kawan-kawanku yang sabar mengajar. Shazlina, Anis, Mardhiah, Syer, Epa, Dilah Mona. Mengantuk memanjang masa subjek Maths takyah cakapla. Betapa bila tak minat, itulah. Padahalnya,bila aku dah faham konsep, baru aku sedar senang je sebenarnya, asyik pulak buat latihan. Syok gak maths ni!

      Betullah pepatah Melayu, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Padahalnya boleh sangat dapat A, aku je yang tak bersungguh-sungguh, tak usaha. Penuh dengan cas negative dalam minda. Maths susahlah, tak best, benci Maths. Puncanya aku rasa, antaranya sebab aku tak faham konsep. Bila aku tak faham aku takut nak tanya cikgu. Sebab pernah kena marah dengan cikgu. Mungkin bagi cikgu, soalan aku tu soalan bodoh, orang lain semua dah faham, aku tak faham-faham lagi. Masa tu, mungkin lambat dapat ‘catch up.’ Start daripada tulah, aku dah berubah. Zaman sekolah rendah aku tak faham terus tanya. Tapi, zaman sekolah menengah, aku dah tak berani nak tanya cikgu. Disebabkan tak faham, bila dah bertangguh, belajar pulak topik baru lagilah tak faham. Lama-lama, dah frust sebab semua tak faham. Itulah antara punca aku tak pernah dapat A. Dekat-dekat exam sebenar, aku paksa minda aku pulun. Tak faham pun aku cakap faham. Maths best, senang. Alhamdulillah. Dapat merasa gak A. Time exam besar, pulun2. Sampai sekarang otak aku tak cenderung ke arah Maths dan mak nenek, cucu cicitnya. Serasa  aku cenderung ke arah otak kanan berbanding otak kiri. Harap-harapla suami aku nanti minat matematik, moga anak-anakku nanti tak warisi aku, tapi warisi ayahnya. Haha. Nak belajar Maths, belajar dengan ayahnya.

     Sambung pasal sejarah tadi. Aku suka tengok dokumentari atau rancangan yang berunsur sejarah. Sesetengah orang boring. Aku takdelah ingat semua fakta sejarah yang aku dapat tu. Buku-buku berunsur sejarah pun aku suka. Alhamdulillah, Ayah jugalah yang memupuk minat sejarah dalam diri aku. Ayah selalu menceritakan sejarah-sejarah lalu kepadaku dan adik-beradik. Ayah cerita apa yang berlaku zaman pasca kemerdekaan dahulu, apa yang Ayah lalui, rakyat2 lalui. Apa yang berlaku semasa Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 dan macam-macam lagi. Ayah selalu pesan, jangan kerana tamakkan harta, tanah pusaka tergadai hingga anak cucu tidak dapat nikmati. Di mana anak cucu kita akan tinggal nanti kalau habis tanah tergadai. Dan, kalau kita yang tak sayangkan bangsa kita, tiada yang akan membela nasib kita. Bangsa Arab dari dulu hingga sekarang menikmati  Tanah Arabnya, Bangsa Cina dengan empayarnya, bangsa Melayu? Jika kita tidak belajar daripada sejarah lalu, Melayu akan merempat di tanah air sendiri. Na’uzubillah.  Tika itu, masihkah Islam dapat menjadi agama utama? Dapat dipraktikkan dengan aman seperti hari ini?

     Suatu masa dulu, pernah aku terfikir untuk menjadi seorang sejarawan. Aku ingin meneroka sejarah-sejarah Islam dan membetulkan fakta sejarah yang salah, yang dicedok dari Barat. Contohnya, zaman prasejarah yang tidak wujud pun sebenarnya, zaman Paleolitik, Neolitik, Mesolitik, Logam. Manusia di zaman itu bercawat dan lain-lain. Semua itu tidak wujud, yang wujud hanyalah zaman-zaman Nabi. Bermula zaman Nabi Adam, manusia yang Allah ciptakan akal ini sudah bijaksana. Mana mungkin Nabi Adam hanya bercawat sahaja. Itu baru satu contoh. Aku masa mula-mula tahu yang semua tu tak wujud, aku memang kecewa sangat-sangat. Semangat nak belajar sejarah bagaikan direntap keluar daripada jiwaku. Aku rasa mcam bodohnya, aku belajar benda yang tak wujud pun. tapi, lama-lama, dah ok balik. Contoh yang lain pula, sudut pandangan sejarah oleh sejarawan Barat. Tok Janggut, pahlawan tanah air kita, yang mempertahankan, memperjuangkan hak rakyat tapi disebabkan beliau tidak mengikut telunjuk penjajah British, maka Tok Janggut dilabel sebagai pemberontak. Lihat sahaja mereka melabel Muslim pada hari ini sebagai pemberontak. Muslim, terrorist! Banyak lagilah yang bercanggah dengan kebenaran. Justeru, matlamat aku dahulu, aku ingin menjadi ahli sejarah bagi membetulkan fakta-fakta yang salah.

     Tapi, bidang aku di universiti sekarang bukan bidang sejarah. Masih aku ingat, semasa menghadiri ceramah oleh Ibu arwah Ahmad Ammar, mereka sangat menggalakkan Ammar menyambung pengajian dalam bidang sejarah. Walhal, Ammar cemerlang dalam subjek-subjek sains. Namun, Ammar menyambung pengajian dalam bidang sejarah di Universiti Marmara. Ayah dan Ibu Ammar berhasrat agar Ammar dapat menerokai rahsia-rahsia sejarah Islam di Turki yang masih belum tersingkap, untuk dikongsi dengan umat Islam,untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam. Tika itu, barulah aku nampak dengan jelas, sumbangan yang dapat disumbangkan kepada masyarakat jika aku menjadi ahli sejarah. Pn. Azlina berpesan, agar belajar bersungguh-sungguh. Kemudian, galilah kembali sejarah-sejarah Islam. In sha Allah.

     Pernah juga aku bertanya, seorang motivator Cik Faridzul Nasaruddin, apakah sumbangan yang dapat aku sumbangkan untuk ummah jika aku menjadi ahli sejarah. Dan boleh ke aku jadi ahli sejarah? Memandangkan sekarang aku berada dalam bidang berbeza di institusi pengajian. Namun, dia juga berpesan agar aku belajar bersungguh-sungguh. Tak semestinya kita bekerja dalam bidang yang kita belajar. Contohnya Ustaz Shaari, seorang yang giat mendedahkan rahsia-rahsia di sebalik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau banyak menulis buku-buku tentang Penakluk Kota Konstantinopel itu, memberi ceramah atau motivasi tentang beliau. Well, we can say that he’s the expertise regarding Sultan Mehmet Al-Fateh’s matter.  Lepas Cik Faridzul bagi nasihat macam tu, aku rasa macam nak nangis. Sebab rasa mebuak-buak nak mengikut jejak langkah Ustaz Shaari. Itu baru cungkil satu ilmu sejarah Islam, tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, tapi manfaat yang boleh digunakan oleh umat Islam setelah mengetahui kisah beliau amat besar.

Tentang sejarah kegemilangan kerajaan Melayu Melaka pula, juga di zaman kerajaan-kerjaan Melayu lain, jika kita susuri kembali, kita akan sedari yang di zaman itu, Islam hidup dengan subur dan mekar, Islam boleh dikatakan dipraktikkan secara menyeluruh.
  • Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
  • Terdapat pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf Melaka yang terkenal ialah Abdul Karim Al-Jili iaitu pengarang Kitab Insan al-Kamil.
  • Istana pula menjadi pusat menterjemah, menyadur, menyimpan kitab.
  • Pengajian al-Quran dijadikan asas sistem pendidikan.
  • Tulisan jawi digunakan dengan meluas, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

  • Melaka menjadi pusat pertemuan antara ulama dengan pemerintah. Ulama yang datang sebagai pedagang dari Tanah Arab mengajar Sultan, pembesar, rakyat lalu dakwah Islam tersebar dari dalam hingga ke luar. 
  • Tentera upahan Jawa yang berkhidmat di Melaka menyebarkan dakwah apabila pulang ke tempat asal mereka. 
  • Pendakwah dari Melaka menyebarkan Islam hingga ke Pulau Jawa, Kalimantan, dan beberapa bahagian di selatan Filipina. 
  • Perkahwinan politik juga turut membuatkan Islam tersebar iaitu perkahwinan putera atau puteri sultan Melaka berkahwin dengan kerajaan lain

  • Ulama menasihati sultan dalam pentadbiran.
  • Konsep musyawarah diterapkan dalam pentadbiran.
  • Semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah,  jajahan takluk Melaka semakin luas meliputi Pahang, Kelantan, Terengganu, Rakan, Inderagiri. 
  • Kebanyakan raja di negeri taklukan Melaka turut memeluk agama Islam bagi menjamin keselamatan dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka. 
  • Rakyat-rakyat mengikut Sultan memeluk Islam. 
  • Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar ahli-ahli agama ke negeri taklukan untuk mengajar raja dari Pahang, Inderagiri, Kampar.

  • Konsep devaraja yang mempunyai pengaruh Hindu pula di digantikan dengan konsep sultan. 
  • Gelaran raja ditukar kepada sultan. 
  • Sultan Muhammad Shah yang pertama menggunakan gelaran sultan.
  • Di waktu itu, undang-undang yang dipraktikkan adalah mengikut acuan Islam. 
  • Contohnya Undang-undang Syariah yang mempengaruhi Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
     Begitu hebatnya Islam di empayar Melaka itu. Kadang, hampir menitis air mata aku, mendambakan semua itu kembali wujud dan subur di Malaysia pada masa kini. Apabila diperhatikan kembali, apabila kita belajar sejarah. Kita ketahui yang penjajah Barat menjajah Asia Tenggara. Portugis dan British menjajah Tanah Melayu, Belanda menjajah Indonesia, Sepanyol menjajah Filipina, British menghadiahkan sebahagian tanah di Kelantan kepada kerajaan Siam(kawasan sekitar selatan Thai kini, termasuk Pattani, juga adalah pusat penyebaran Islam). Apa yang tiada dalam buku sejarah yang dapat kita sedari adalah, mereka ialah musuh-musuh Islam yang menjajah bumi-bumi yang subur dengan Islam, negeri yang sudah gemilang atau baru berkembang Islamnya, semua dijajah mereka, bagi menghancurkan Islam. Lihatlah kesan pasca penjajahan, Islam selepas era penjajahan di kesemua negeri-negeri ini,  sudah tidak seperti dahulu, malah Kristian makin berkembang dan kukuh.Banyak lagi ilmu-ilmu sejarah Islam yang memerlukan kita, untuk menggalinya kembali, mengorek kembali apa yang telah ditimbuskan oleh sejarawan Barat.

Antara koleksi sejarah Pak Latip yang kukumpul

     Satu lagi perkara yang menarik bagi aku. Semasa di tingkatan empat, aku sangat meminati buku-buku sejarah Islam karya  Pak Latip. Di dalam karya itu, tertulis tentang jatuhnya empayar Abasiyyah di Baghdad, yang menjadi pusat ilmu dan pusat pentadbiran pada akhir empayar itu. Terdapat perpustakaan yang menempatkan heterogen(banyak) khazanah ilmu daripada ilmuwan-ilmuwan Islam yang antaranya belum wujud di Eropah. Namun disebabkan pemimpin-pemimpin Islam yang sudah kemaruk dengan syurga dunia, akhirnya zaman Abasiyyah berakhir dan hanya tinggal sejarah. Tentera Mongol, antara yang menyerang telah menjahanamkan kesemua khazanah ilmu itu. Betapa banyaknya buku-buku yang dibuang mereka sehingga boleh dijadikan jambatan, air sungai berubah menjadi hitam dek dakwat-dakwat yang turun. Ilmu yang berguna itu terbuang begitu sahaja. Namun, ada juga yang mereka ambil dan menjualnya kepada Eropah.

     Dalam silibus sejarah tingkatan 4 pula, zaman gelap, zaman renaissance sangat menarik minat aku apabila aku perasan sesuatu daripada tajuk-tajuk itu yang mempunyai kaitan dengan kejatuhan Abasiyyah. Berdasarkan tarikh masa kejatuhan kerajaan Islam itu dan tarikh masa zaman gelap dan renaissance, pendapat aku yang dapat aku katakan…. Di masa kita gemilang dengan kerajaan Abasiyyah, dengan kota ilmu itu, Eropah mengalami zaman gelap, dipalit kemunduran, kekotoran. Selepas jatuhnya kerajaan Abasiyyah, terdapat satu tempoh yang agak lama , berates tahun, sebelum naiknya Eropah dengan Renaissance. Bagi aku, tempoh itulah antara waktu yang digunakan Barat untuk memanfaatkan buku-buku Ilmuwan Islam yang diambil daripada kerajaan Abasiyyah, menterjemah dari Bahasa Arab kepada bahasa mereka, membuang mana-mana bahagian yang mereka kehendaki dan akhir sekali apa sudah siap, mereka mendakwa merekalah yang menemui ilmu-ilmu itu.

     Tidak hairanlah pada hari ini, nama-nama pencipta teori-teori sains kebanyakannya dari Barat. Walhal, umum mengetahui hampir 90% lebih sebenarnya ilmu-ilmu sains dicetuskan oleh Ilmuwan Islam. Pernah aku dengar yang di zaman gelap itu, betapa teruknya keadaan sehingga tiada elektrik, tetapi pada waktu yang sama, umat Islam telah merasai cahaya-cahaya lampu di dalam bangunan mereka. Umat Islam yang terlebih dahulu maju. Namun, setelah ia direntap oleh Barat, kita masih belum dapat merasai kegemilangan Islam seperti yang berlaku suatu masa dulu sehingga kita memayungi dua per tiga dunia, kejayaan umat Islam yang tertangguh. Eropah yang bangun di zaman Renaissance itu adalah di zaman jatuhnya kerajaan Islam. Ini bukanlah fakta yang benar-benar tertulis oleh ahli sejarah, mungkin ada yang tidak benar. Cuma inilah pendapat aku, apa yang aku sedari beradasarkan pemerhatian aku setelah membaca buku Pak Latip dan buku sejarah tingkatan 4. Setelah aku menyedarinya, discover sendiri sejarah-sejarah silam itu, aku rasa seronok, gembira dan semakin minat Sejarah. I think there’re many more secrets that I can discover. If I really explore this field, that I can share with the ummah, to build up the ummah.

     Ada satu page kat facebook ni, sangat menarik- Lost Islamic History. From that page, we can discover a lot of Islamic History that we never know before. Link >> https://www.facebook.com/LostIslamicHistory

     Betullah orang kata, jangan belajar hanya kerana nak dapat jawab dalam peperiksaan. Belajar kerana ilmu tu, kerana Allah. Mungkin aku tidak dapat betul-betul belajar Matematik dengan matlamat yang betul, agak kesal di situ. Namun aku bersyukur aku dapat belajar Sejarah dengan matlamat yang betul. Bukan sebab periksa pun, aku masih mengambil tahu ilmu sejarah di luar silibus. Paling seronok, bila kita belajar dan dapat kaitkan dengan Islam. Seperti apa yang telah aku nyatakan di perenggan atas. Jika umurku panjang, jika diberi peluang, dengan izin Allah, akanku realisasikan hasratku suatu masa dulu dan memanfaatkannya untuk ummah. Aameen.

The So Called ‘Arrogant’ Kampung Girl

Assalamu’alaikum. Wuu, dah dekat setahun lebih aku tak aktif update bloggy.  Selalu niat tu ada, tapi buatnya tak. Haha. Okeh, entri kali ni pasal apa? Aku nak story-mory sikit(sikitla sanggat) pasal diri aku. 3 perkara pasal aku. Haha.

     Setiap manusia yang Allah ciptakan itu berbeza-beza. Salah satu contohnya, walau seramai manapun manusia, tidak akan ada cap jari yang sama antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Tak kira sama ada mereka kembar sekalipun. Subhanallah. Tu  baru sebut satu keajaiban yang Allah ciptakan.

      Dari segi perangai, fiil seseorang juga tidak sama. Dalam ramai-ramai adik beradik, walau kembar seiras sekalipun, pasti ada yang berlainan, perangai ke, muka ke. Ibu ayah juga mengambil pendekatan berbeza untuk mendidik anak-anak mereka. Kelainan yang Allah ciptakan itulah yang menjadikan kita unik. Apa yang kita ada yang tiada pada orang lain adalah keunikan yang Allah kurniakan yang perlu disyukuri. Bukan dibangga-banggakan kerana memikirkan kita lebih istimewa atau hebat berbanding orang lain. Mungkin kelebihan yang Allah berikan pada kita tiada pada orang lain. Namun, Allah Maha Adil, mungkin kelebihan orang lain pula tiada pada kita. Seseorang manusia yang Allah ciptakan ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah manusia yang bertaqwa.

Sombongkah aku?
      Aku sombong? Biasanya, bila aku dah boleh ‘ngam’ dengan sesiapa, mereka akan cakap, ‘Dulu, aku ingat kau sombong’ atau ‘Sebenarnya, mula-mula, aku takut dengan kau. Nampak macam serius orangnya. Ingat garang.’ Sejak dari bangku sekolah sampai sekarang, aku dah biasa dengar kawan-kawan aku cakap macam tu. Dan mereka akan sambung kenyataan dengan ‘rupa-rupanya, kau ni macam ni. Tak sangka pulak.’ ‘Ingat kau ni skema, boleh tahan gak rupanya.’ ‘Kau gila-gila gak eh, tak sangka aku.’ Haha, kalau nak cerita dengan terperinci apa yang mereka tak sangka tu, memang berjela-jelalah .

      Bila fikir-fikir balik, kenapa kebanyakan persepsi awal rakan-rakanku lebih kurang je. Teruk sangatkah aku? Aku tak balas ke kalau orang senyum sampai orang boleh ingat aku sombong. Takde pulak, aku senyum kalau orang senyum kat aku. Mungkin sebab kadang-kadang muka aku serius kot. Sebab tulah, orang ingat aku sombong.  Itulah aku. Yea, I admit that I’m that kind of person, the serious one. But, in the same time, I’m not that kinda person 24/7. Sometimes, I’m the brutal one. Sometimes, I don’t ever want to make a joke, but people will laugh at me, thinking that it’s a joke. Sesiapa yang dapat melihat sisi hidupku yang kadang-kadang seorang yang kelakar, gila-gila sikit, kecoh-kecoh sikit, that’s the real me. Not that arrogant that people think. Na’uzubillahi min zalik.

Tak boleh duduk diam, sedikit kecoh
     Dalam kelas, aku tak boleh dok diam. Serius. Kelas yang sunyi, yang hanya kedengaran kipas berputar akan membuatkan aku mengantuk dan tertidur. Sebab tu kadang-kadang, aku memang suka buat ‘bising’ dalam kelas.Buat kecoh pun ada. Tanya soalan kat cikgu/pensyarah, bagi pendapat, kongsi cerita. Tapi, orang yang tak kenal aku akan ingat, aku ni aktif dalam kelas sebab bajet bagus. Aku tanya soalan tu ada 3 sebab.
 1. Tanya sebab tak faham.
2. Tanya untuk kepastian.
3. Tanya untuk nyahkan rasa mengantuk.
Kalau aku diam tu ada 5 sebab.
1. Tak faham.
2. Mengantuk.
3. Tak berminat dengan sesi pembelajaran.
4. Takde mood/sakit.
5. Siapkan kerja sekolah (zaman sekolah dululah. Haha)

     Tapi, kalau cikgu atau pensyarah yang serius atau garang, memang aku senyap jelah. Sebab tulah, biasanya aku memang terlentok masa kelas macam tu. Ustaz- ustaz atau pensyarah aku memang akan hairan kalau aku senyap je. ‘zuhaira, kenapa senyap je hari ni?’ ‘Zuhaira, mulut tak berbunyi pulak hari ni. Sakit ke?’ Haha. Sampai tahap tu.

     Bukan dalam kelas je, kalau ada program apa-apa, mesyuarat ke, seminar ke, pun aku macam tu. Malu ke, tak malu ke, aku bedal je. Ada sekali tu aku hadiri mesyuarat pertama untuk satu program Rohingya. Suasananya sangatlah ‘krik,krik.’ Oh, tolonglah, kesian kat pengerusi majlis, respons yang kurang memberangsangkan. Aku ni dahlah tak boleh suasana macam tu. Bila dipecah-pecahkan kepada kumpulan kecil, aku memang banyak bercakap. Setiap kali idea popup, aku tak simpan,suarakan je. Kalau aku rasa tak berapa setuju dengan sesuatu perkara, aku beritahu. Tapi, aku ambik yang mana baik lah. Bukan niat nak berdebat, niat nak menambah baikkan je. Tapi, tak bermakna pendapat aku je betul. Bila pendapat aku agak ‘kureng’, ahli-ahli lain ‘cantikkan’. Aku tak sangka gila bila ada kawan yang turut ada dalam mesyuarat tu ingat aku ni budak medic! Hahaha, lucu, terharu(ok, saiz lubang hidung kembang kejap). Lucu sebab memang bidang medic sangatlah aku tak minat. Terharu sebab, ada gak insan yang berhati mulia yang tak pandang serong kat aku. Ada gaya medic gak aku ni? Merasalah jadi budak medic sekali. lol. Dia ingat aku ni nampak profesional agaknya dalam mesyuarat tu. Padahalnya, aku ni memang spesies tak boleh duduk diam. Haha.  Memang aku stail gitu sejak zaman sekolah. Ada pendapat terus suarakan, ada kritikan aku suarakan.  Maaflah kalau ada yang menyampah dengan sikapku itu. Itu memang aku.
  
Kampung VS Bandar
     Yang mana satu jiwa aku? Yea, village! I prefer village more than city. Di kampung, aku rasakan ketenangan, kedamaian yang tiada di bandar. Aku lebih suka ‘rumah atas tanah’ berbanding ‘rumah atas’ rumah.’ Sangatlah tak suka rumah pangsa, kondominium walau semahal mana sekalipun, penthouse ke. Aku rasa macam takde life. Bagi akula. Aku tengok budak-budak kondo, apartment yang bermain kat bawah rumah diorang pun, main atas simen, dalam bangunan, kesian pun ada. Kalau duduk tingkat 9 ke, main basikal depan rumah, area yang sekangkang kera. Paling tak pun, ada playground.  Tak macam di kampung, boleh main di padang, dalam semak, di kebun, di tepi pantai. Mungkin orang lain lebih suka apartment, terpulanglah pada ciatarasa mereka. Contoh paling dekat, kakakku dan ibu saudaraku suka dok apartment. Mungkin jiwa mereka lebih di situ.

     Di kampung, pagi-pagi aku boleh hirup udara segar dan nyaman, menyentuh embun pagi pada tumbuhan menghijau. Waktu petang boleh pusing-pusing kampung dengan motor. Tengok gelagat binatang-binatang peliharaan penduduk kampung. Suasana kenduri yang masih mengamalkan gotong-royong. Jiran tetangga yang mengenali antara satu sama lain. Keselamatan tu mungkin lebih selamat sedikit. Kat kampung, buka pintu rumah saje-saje pun, rileks je. Takde pape. Kalau ada kecurian pun semasa penghuni tiada di rumah. Tapi,Alhamdulillah, selama 18 tahun tinggal di rumah di kampung ni, tak pernah berlaku sebarang kes rompakan, samun. In shaa Allah, dengan izinNya, aku harap suatu hari aku akan tinggal di teratak yang berada di kampung. Atau jika di Bandar sekalipun, biarlah suasana sekeliling masih lagi punya unsur-unsur alam semulajadi. Aamiin. 

     Itulah sedikit sebanyak tentang aku. Sebab rasa gatal tangan sangat nak menulis, dah lama biakan blog ni sampai lalang-lalang, semak-samun semua ada. Setiap kekurangan dan kelebihan seseorang itu, kita cuba terima seadanya. Selagi mana dia tidak melanggar hukum syarak. Jadilah diri sendiri. Tak perlu kita berlakon, berpura-pura menjadi oarang lain. Kerana setiap daripada kita sememangnya Allah ciptakan dengan sungguh unik! 

OK. Agak panjang dah. Nak sambung jugak sikit lagi. Hihi.

Dan aku adalah seorang yang suka berkawan dengan orang yang bila bersama mereka, aku jadi aku yang sebenar. Takde nak berlagak warak ke, wanita Melayu terakhir ke, bajet bagus ke. OK. Nak sebut jugak nama diorang even korang tak kenal. Tanda aku sangat hargai kehadiran mereka dalam hidup aku. Merekalah yang mewarnai hidupku,selalu ada susah senang aku, selalu bagi motivasi, tegur bila aku alpa, buat silap dan paling penting mereka terima aku seadanya, they accept the way who i am. Tanpa mereka, kegembiraan hidup aku bagai direntap.

Sekolah rendah-sekarang:
Nadia, Shila, Najwa Mazlan, Syakir Qisti, Aizuddin

Sekolah menengah-sekarang:
Shazlina, Nadzirah, Amanina, Hidayah Hadzri

Asasi-sekarang:
Afifah, Aziah, A'id, Wardina, Zara, Afiq Amin, Mu'adz, Amier Rostam.

Terima kasih banyak2 korang untuk segala-galanya. Oh Allah, please let us befriending until the Jannah. Aku sayang korang semua, sahabat terbaik dalam hidupku!


Dare to be yourself!





Dare to be yourself!