Assalamu’alaikum. Wuu, dah dekat setahun lebih aku tak aktif
update bloggy. Selalu niat tu ada, tapi
buatnya tak. Haha. Okeh, entri kali ni pasal apa? Aku nak story-mory sikit(sikitla
sanggat) pasal diri aku. 3 perkara pasal aku. Haha.
Setiap manusia yang Allah ciptakan itu berbeza-beza. Salah
satu contohnya, walau seramai manapun manusia, tidak akan ada cap jari yang
sama antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Tak kira sama ada mereka
kembar sekalipun. Subhanallah. Tu baru sebut
satu keajaiban yang Allah ciptakan.
Dari segi
perangai, fiil seseorang juga tidak sama. Dalam ramai-ramai adik beradik, walau
kembar seiras sekalipun, pasti ada yang berlainan, perangai ke, muka ke. Ibu
ayah juga mengambil pendekatan berbeza untuk mendidik anak-anak mereka.
Kelainan yang Allah ciptakan itulah yang menjadikan kita unik. Apa yang kita
ada yang tiada pada orang lain adalah keunikan yang Allah kurniakan yang perlu
disyukuri. Bukan dibangga-banggakan kerana memikirkan kita lebih istimewa atau
hebat berbanding orang lain. Mungkin kelebihan yang Allah berikan pada kita
tiada pada orang lain. Namun, Allah Maha Adil, mungkin kelebihan orang lain
pula tiada pada kita. Seseorang manusia yang Allah ciptakan ada kelebihan dan
kekurangannya tersendiri. Sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah manusia yang
bertaqwa.
Sombongkah aku?
Aku sombong?
Biasanya, bila aku dah boleh ‘ngam’ dengan sesiapa, mereka akan cakap, ‘Dulu,
aku ingat kau sombong’ atau ‘Sebenarnya, mula-mula, aku takut dengan kau.
Nampak macam serius orangnya. Ingat garang.’ Sejak dari bangku sekolah sampai
sekarang, aku dah biasa dengar kawan-kawan aku cakap macam tu. Dan mereka akan
sambung kenyataan dengan ‘rupa-rupanya, kau ni macam ni. Tak sangka pulak.’ ‘Ingat
kau ni skema, boleh tahan gak rupanya.’ ‘Kau gila-gila gak eh, tak sangka aku.’
Haha, kalau nak cerita dengan terperinci apa yang mereka tak sangka tu, memang
berjela-jelalah .
Bila fikir-fikir
balik, kenapa kebanyakan persepsi awal rakan-rakanku lebih kurang je. Teruk
sangatkah aku? Aku tak balas ke kalau orang senyum sampai orang boleh ingat aku
sombong. Takde pulak, aku senyum kalau orang senyum kat aku. Mungkin sebab
kadang-kadang muka aku serius kot. Sebab tulah, orang ingat aku sombong. Itulah aku. Yea, I admit that I’m that kind
of person, the serious one. But, in the same time, I’m not that kinda person
24/7. Sometimes, I’m the brutal one. Sometimes, I don’t ever want to make a
joke, but people will laugh at me, thinking that it’s a joke. Sesiapa yang
dapat melihat sisi hidupku yang kadang-kadang seorang yang kelakar, gila-gila
sikit, kecoh-kecoh sikit, that’s the real me. Not that arrogant that people
think. Na’uzubillahi min zalik.
Tak boleh duduk diam, sedikit kecoh
Dalam kelas, aku tak boleh dok diam. Serius. Kelas yang
sunyi, yang hanya kedengaran kipas berputar akan membuatkan aku mengantuk dan
tertidur. Sebab tu kadang-kadang, aku memang suka buat ‘bising’ dalam kelas.Buat
kecoh pun ada. Tanya soalan kat cikgu/pensyarah, bagi pendapat, kongsi cerita.
Tapi, orang yang tak kenal aku akan ingat, aku ni aktif dalam kelas sebab bajet
bagus. Aku tanya soalan tu ada 3 sebab.
1. Tanya sebab tak
faham.
2. Tanya untuk kepastian.
3. Tanya untuk nyahkan rasa mengantuk.
Kalau aku diam tu ada 5 sebab.
1. Tak faham.
2. Mengantuk.
3. Tak berminat dengan sesi pembelajaran.
4. Takde mood/sakit.
5. Siapkan kerja sekolah (zaman sekolah dululah. Haha)
Tapi, kalau cikgu atau pensyarah yang serius atau garang,
memang aku senyap jelah. Sebab tulah, biasanya aku memang terlentok masa kelas
macam tu. Ustaz- ustaz atau pensyarah aku memang akan hairan kalau aku senyap
je. ‘zuhaira, kenapa senyap je hari ni?’ ‘Zuhaira, mulut tak berbunyi pulak
hari ni. Sakit ke?’ Haha. Sampai tahap tu.
Bukan dalam kelas je, kalau ada program apa-apa, mesyuarat
ke, seminar ke, pun aku macam tu. Malu ke, tak malu ke, aku bedal je. Ada
sekali tu aku hadiri mesyuarat pertama untuk satu program Rohingya. Suasananya
sangatlah ‘krik,krik.’ Oh, tolonglah, kesian kat pengerusi majlis, respons yang
kurang memberangsangkan. Aku ni dahlah tak boleh suasana macam tu. Bila
dipecah-pecahkan kepada kumpulan kecil, aku memang banyak bercakap. Setiap kali
idea popup, aku tak simpan,suarakan je. Kalau aku rasa tak berapa setuju dengan
sesuatu perkara, aku beritahu. Tapi, aku ambik yang mana baik lah. Bukan niat
nak berdebat, niat nak menambah baikkan je. Tapi, tak bermakna pendapat aku je
betul. Bila pendapat aku agak ‘kureng’, ahli-ahli lain ‘cantikkan’. Aku tak
sangka gila bila ada kawan yang turut ada dalam mesyuarat tu ingat aku ni budak
medic! Hahaha, lucu, terharu(ok, saiz lubang hidung kembang kejap). Lucu sebab
memang bidang medic sangatlah aku tak minat. Terharu sebab, ada gak insan yang
berhati mulia yang tak pandang serong kat aku. Ada gaya medic gak aku ni? Merasalah
jadi budak medic sekali. lol. Dia ingat aku ni nampak profesional agaknya dalam
mesyuarat tu. Padahalnya, aku ni memang spesies tak boleh duduk diam. Haha. Memang aku stail gitu sejak zaman sekolah. Ada
pendapat terus suarakan, ada kritikan aku suarakan. Maaflah kalau ada yang menyampah dengan
sikapku itu. Itu memang aku.
Kampung
VS Bandar
Yang
mana satu jiwa aku? Yea, village! I prefer village more than city. Di kampung,
aku rasakan ketenangan, kedamaian yang tiada di bandar. Aku lebih suka ‘rumah
atas tanah’ berbanding ‘rumah atas’ rumah.’ Sangatlah tak suka rumah pangsa,
kondominium walau semahal mana sekalipun, penthouse ke. Aku rasa macam takde
life. Bagi akula. Aku tengok budak-budak kondo, apartment yang bermain kat
bawah rumah diorang pun, main atas simen, dalam bangunan, kesian pun ada. Kalau
duduk tingkat 9 ke, main basikal depan rumah, area yang sekangkang kera. Paling
tak pun, ada playground. Tak macam di
kampung, boleh main di padang, dalam semak, di kebun, di tepi pantai. Mungkin
orang lain lebih suka apartment, terpulanglah pada ciatarasa mereka. Contoh
paling dekat, kakakku dan ibu saudaraku suka dok apartment. Mungkin jiwa mereka
lebih di situ.
Di
kampung, pagi-pagi aku boleh hirup udara segar dan nyaman, menyentuh embun pagi
pada tumbuhan menghijau. Waktu petang boleh pusing-pusing kampung dengan motor.
Tengok gelagat binatang-binatang peliharaan penduduk kampung. Suasana kenduri
yang masih mengamalkan gotong-royong. Jiran tetangga yang mengenali antara satu
sama lain. Keselamatan tu mungkin lebih selamat sedikit. Kat kampung, buka
pintu rumah saje-saje pun, rileks je. Takde pape. Kalau ada kecurian pun semasa
penghuni tiada di rumah. Tapi,Alhamdulillah, selama 18 tahun tinggal di rumah
di kampung ni, tak pernah berlaku sebarang kes rompakan, samun. In shaa Allah,
dengan izinNya, aku harap suatu hari aku akan tinggal di teratak yang berada di
kampung. Atau jika di Bandar sekalipun, biarlah suasana sekeliling masih lagi
punya unsur-unsur alam semulajadi. Aamiin.
Itulah sedikit sebanyak tentang aku. Sebab rasa gatal tangan sangat nak menulis, dah lama biakan blog ni sampai lalang-lalang, semak-samun semua ada. Setiap kekurangan dan kelebihan seseorang itu, kita cuba terima seadanya. Selagi mana dia tidak melanggar hukum syarak. Jadilah diri sendiri. Tak perlu kita berlakon, berpura-pura menjadi oarang lain. Kerana setiap daripada kita sememangnya Allah ciptakan dengan sungguh unik!
OK. Agak panjang dah. Nak sambung jugak sikit lagi. Hihi.
Dan aku adalah seorang yang suka berkawan dengan orang yang bila bersama mereka, aku jadi aku yang sebenar. Takde nak berlagak warak ke, wanita Melayu terakhir ke, bajet bagus ke. OK. Nak sebut jugak nama diorang even korang tak kenal. Tanda aku sangat hargai kehadiran mereka dalam hidup aku. Merekalah yang mewarnai hidupku,selalu ada susah senang aku, selalu bagi motivasi, tegur bila aku alpa, buat silap dan paling penting mereka terima aku seadanya, they accept the way who i am. Tanpa mereka, kegembiraan hidup aku bagai direntap.
Sekolah rendah-sekarang:
Nadia, Shila, Najwa Mazlan, Syakir Qisti, Aizuddin
Sekolah menengah-sekarang:
Shazlina, Nadzirah, Amanina, Hidayah Hadzri
Asasi-sekarang:
Afifah, Aziah, A'id, Wardina, Zara, Afiq Amin, Mu'adz, Amier Rostam.
Terima kasih banyak2 korang untuk segala-galanya. Oh Allah, please let us befriending until the Jannah. Aku sayang korang semua, sahabat terbaik dalam hidupku!
Dare to be yourself!
Dare to be yourself!
mungkin hadirnya diri ini xmemberi makna.. cuma fadh nk ckp.. terima kasih for ur presence in my life.. i do learn a lot from Wan Zuhaira masa kita sekolah dulu2.. :) may Him bless ur path..
ReplyDelete