Allah
memuliakan Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda: [Allah memilih anak Nabi
Ibrahim, Nabi Ismail. Allah memilih anak Nabi Ismail, Bani Kinanah.Allah
memilih anak daripada Bani Kinanah, Bani Quraisy.Allah memilih anak daripada
Bani Quraisy, Bani Hashim. Allah memilihku daripada Bani Hashim]
Baginda
datang daripada keturunan yang mulia.Imam Baihaqi menyebutkan, Nabi tidak
dilahirkan daripada keturunan berzina. Dalam Kitab At-Tada-i, Rasulullah SAW bersabda:
[Tidaklah aku lahir dari perbuatan keji(zina) dalam keadaan jahiliah] Dalam
Kitab Al-Musnad, Rasulullah SAW bersabda: [Ayah dan ibuku tidak pernah
bercampur dalam keadaan zina selama-lamanya] Salasilah Nabi Muhammad SAW
bersambung daripada tulang sulbi yang baik-baik sampai kepada rahim yang
baik-baik.
Allah
memuliakan Nabi dengan kelahirannya.Nabi lahir pada hari Isnin.Hari yang pada
asalnya tidak terkenal dalam kalangan masyarakat Arab.Pada bulan Rabi’, yang
juga tidak terkenal.Namun, setelah kelahiran Nabi, hari Isnin menjadi hari yang
istimewa.Bulan Rabi’ yang sebelumnya sunyi menjadi terkenal.
Allah memuliakan nama Nabi. Tiada seorang pun dari kalangan masyarakat Arab yang bernama Muhammad. Allah memuliakan nama baginda dengan nama Allah, Ya Hamid, Yang Maha Terpuji. Lalu, Muhammad nama yang diberi pada baginda, penghulu segala Nabi.
Baginda
mulia sebelum lahir, malah sehingga di akhirat. Tiada disebutkan nama Allah
melainkan disebut nama Nabi. Benarlah hadis qudsi berbunyi: [Jika Aku disebutkan,
maka engkau wahai Muhammad akan disebutkan juga]
Allah memuliakan Nabi dengan ketampanannya.Kalaulah wanita-wanita pada zaman Nabai Yusuf terlihat ketampanan Nabi Yusuf, terpotong jari mereka.Sekiranya mereka melihat Nabi SAW, pasti terpotong jari mereka.Baginda juga memilki kewibawaan.Sampaikan bila melihat baginda, sahabat tunduk.
Masihkah ingat peristiwa Saidina Abu Bakar dipatuk ular semasa menemani Rasulullah SAW di Gua Thur?Rahsia Abu Bakar dipatuk bukanlah kerana ular itu ingin mematuk.Tapi, kerana ular itu ingin melihat wajah kekasih Allah.Kaki Abu Bakar yang menutup lubang pada gua itu telah menghalang ular itu daripada melihat wajah Rasulullah.Lalu, ular itu mematuk kaki Abu Bakar.Apabila, Abu Bakar mengangkat kakinya kerana kesakitan, dapatlah ular itu meihat wajah kekasih Allah seperti yang diinginkannya.
Ada yang bertanya, mengapa Nabi SAW dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun? Pada usia 40 tahun, baginda diangkat sebagai Rasul secara rasmi. Namun, sebenarnya, baginda sudah dilantik sebagai Nabi dan Rasul sebelum manusia dibangkitkan lagi, iaitu ketika Nabi Adam dibuat. Setelah dicipta, Nabi Adam melihat pada tiang-tiang arasy, terdapat nama Muhammad. Hikmah baginda diangkat menjadi Rasul pada usia 40, hanya Allah yang mengetahui. Mungkin, secara logiknya, Allah memberi masa kepada baginda untuk melakukan persiapan.Persiapan dakwah bukan senang.Masyarakat Arab tidaklah terlalu terkejut dengan pelantikan baginda kerana mereka sendiri sudah mengenali siapa baginda. Ahli psikologi mengatakan, ‘Life begins at 40.’
Rasulullah SAW seorang pemimpin yang hebat.Walau kita nak ikut dengan sempurna dan holistik, kita takkan mampu.Kita cubalah lihat Rasulullah secara multidimensi.Contohnya, Nabi keluar berperang, berjihad di jalan Allah. Mungkin kita tak mampu untuk ke medan perang, namun kita mampu untuk perangi nafsu yang bersarang dalam diri kita.
Setiap yang Rasulullah buat, jadikan teladan untuk kita, keutamaan untuk ikut Rasulullah. Dalam hayatussohabah, ada sahabat yang bila dia duduk, dia akan berpusing. Lalu orang bertanya, mengapa dia berpusing. Lalu sahabat menjawab, “Aku berpusing kerana aku melihat Rasulullah duduk di sini lalu berpusing.” Tiada sebab lain. Betapa setiap yang dilakukan Rasulullah, sahabat cuba ikut. Kita juga perlu untuk mengikuti baginda.Tak dapat semua, jangan tinggal semua.Lakukanlah yang termampu.Contohnya, walau tak berharta, boleh ikut Rasulullah, pakai serban.Pakai serban menunjukkan keistimewaan kepada Rasulullah. Dari segi aulawiyat, berpakain seperti Rasulullah itu sunnah. Tapi, bila pakaian elok, akhlak pun kenalah elok.Ada satu kes, seorang isteri mengadu.Suaminya berjubah, berserban, pergi masjid.Tapi, balik ke rumah, baran, mudah melenting, suka marah-marah.Berpakaian perlulah seiring dengan akhlak.
Kita umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang paling ramai dan yang pertama akan ketuk pintu syurga. Baginda bersabda: [Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, bukti dia cintakanku] Baginda bersabda lagi: [Barangsiapa yang mengisi kehidupannya dengan berselawat ke atasku, akan dihilangkan kedukaan dan diampunkan dosa]
Jom kita sama-sama mencuba untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Cubalah untuk basahi lidah kita dengan selawat. Mungkin sebelum ni, kita banyak nyanyi lagu-lagu yang lagha, cubalah ubah sikit2. Kalau tengah syok nyanyi, tiba-tiba rasa yang ianya sia-sia, ubahlah daripada menyanyi kepada berselawat. Mungkin ada yang nak lagi enjoy selawat, selawatlah dengan cubamengikut rentak irama-irama lagu yang selalu dinyanyikan. Jangan hanya selawat bila nervous nak pergi interview, nak exam, atau time susah je. Time-time senang pun cubalah untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Renung-renungkan. Selamat Beramal.
Sumber:Ikim.fm.
No comments:
Post a Comment