Suatu hari, seorang imam di sebuah masjid di Amerika Syarikat didatangi seorang lelaki. Lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu memiliki badan yang tegap, bertubuh sasa, berotot. Namun, imam itu terkejut apabila lelaki yang bernama Carlos itu berkata
'I want to be a musleem'
Dia mengulanginya sekali lagi, 'I want to be a musleem'. Lalu, imam itu mengajarnya dua kalimah syahadah. Berbelit-belit lidahnya ingin menyebut kalimah suci itu. Bunyi pun pelat, agak kekok. Setelah imam menerangkan maksud syahadah itu, barulah dia boleh menyebutnya.
Sebaik sahaja Carlos melafazkan dua kalimah syahadah, azan 'Isya' berkumandang. Syahdu kedengaran. Perasaan Carlos ketika itu tidak dapat digambarkan. Perasaan seorang hambaNya yang kembali kepada fitrah. Sangat hebat, hiba, semua bercampur baur. Lalu menitis air mata di pipi lelaki yang bertubuh sasa itu hingga dia tersedu-sedu.
Lalu, imam bertanya 'Apakah yang membuatkan kamu ingin memeluk Islam?' Carlos menjawab 'Sebelum ini aku tak pernah kenal apa itu Islam. Aku tak pernah ada seorang pun kawan daripada kalangan orang Islam. Aku tak pernah melihat apa-apa dokumentari tentang Islam, aku tak pernah membaca walau satu pun buku tentang Islam.Aku tidak tahu apa itu Islam. Aku sangat sayangkan Jesus, Mary.
Tiga hari lalu aku menjalani hidupku seperti biasa. Malam itu, apabila aku tidur. Aku didatangi sebuah mimpi. Dalam mimpi itu, ada satu cahaya yang sangat terang. Lalu terdengar satu suara yang aneh memanggilku, "Carlos. Carlos. Carlos, if you want to find the real life, be a musleem" Lalu aku tersedar dari tidur. Mimpi itu sungguh aneh. Namun, keesokannya, aku jalani hariku seperti kebiasaannya.
Malam itu, aku didatangi mimpi yang sama. Satu cahaya yang sangat terang kelihatan. Satu suara yang menakutkan kedengaran memanggilku dan kali ini lebih keras. "Carlos, if you want to find the real life, be a musleem" Suara itu berulang dua kali. Lalu aku terkejut dan tersedar dari tidur. Aku menggigil ketakutan. Aku menangis teresak-esak. Keesokan harinya aku bertanya kepada seseorang mengenai Islam. Dia pun menyuruh aku ke masjid. "If you want to know what is Islam, go to the mosque."
Usai menceritakan kisahnya kepada imam, iqamat kedengaran. Kelihatan jemaah-jemaah lain sudah mula berada di dalam saf. Lalu, imam pun mengajak Carlos untuk solat bersama. Namun, dia memberitahu imam bahawa dia tidak pandai solat dan tidak tahu langsung mengenai solat. Imam menjawab, "Tidak mengapa. Kamu ikut sahaja perbuatan mereka."
Rakaat pertama dan kedua, kelihatan kekok sekali Carlos melakukan setiap pergerakan. Namun, pada rakaat ketiga, dia nampak seperti sudah biasa. Rukuknya seperti rukuk orang yang sudah biasa solat. Dia mula mengikuti setiap pergerakan jemaah lain seperti sudah mahir solat. Dia tidak membaca apa-apa. Hanya mendengar setiap bait yang keluar dari mulut imam. Sayu dirasakan apabila dia mendengar imam membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Air matanya berguguran.
Sehinggalah imam memberi salam, Carlos masih berada dalam keadaan sujud. Nampak khusyuk sekali. Tidak lama kemudian, imam pun membisikkan padanya, "Carlos, kita sudah selesai solat." Tiada respon. Dia masih lagi khusyuk sujud. "Carlos, kita sudah selesai solat," imam membisikkan padanya kali kedua. Saat imam menyentuh bahunya, tubuhnya terkulai layu. Rupa-rupanya insan yang baru sahaja kembali ke fitrahnya itu sudah dijemput Ilahi. Ya Allah.....
Hidupnya selama 40 tahun tidak pernah kenal apa itu Islam. Namun, alangkah bertuahnya hamba Allah itu. Allah menjemputnya tika dia baru sahaja mengucap dua kalimah syahadah. Kasihnya Allah padanya hingga dia diberi kesempatan untuk bertaubat. Subhanallah.

Hidayah itu ketukan di hati. Taubat itu langkah pertama.
No comments:
Post a Comment