Tuesday, February 19, 2013

Atasi Rindu Pada Yang Tiada


Sebenarnya, bila seseorang tu dah tiada, lagi mudah untuk kita berbakti padanya.Contohnya, mungkin bila ibu bapa kita masih ada, kita tak hargai, selalu buat mereka terasa.Tapi, bila mereka dah tiada, lebih mudah untuk kita berbakti pada mereka.Setiap kebaikan yang kita lakukan, niatkanlah pahala itu untuk mereka, mereka dah dapat pahala.Anak yang soleh/ah ni, malaikat akan bawa dulang bercahaya dalam kubur buat ibu bapanya ‘Ini adalah daripada anakmu.’

Kalau rasa dah derhaka pada ibu bapa semasa hayatnya, tak ada kalau terus meratap, menyesal tanpa berbuat apa-apa.Mintalah ampun padaNya. Yakinlah Allah akan ampunkan. Mula-mula, betulkan akidah, ibadah dan akhlak. Doakanlah mereka yang berada di alam sana. Insya-Allah, dosa akan diampunkan.

Mesti iktikad, setiap peristiwa yang Allah buat, ada hikmahnya. All is well. Bila ayah/suami telah menyahut seruan Ilahi, bayangkan mayatnya payah nak menjawab di dalam kubur kalau setiap langkah anak atau isteri tak tutup aurat. Ayah atau suami yang akan mendapat balasan kerana tak didik anak atau isteri dengan sempurna. Kalau mereka ada tinggal solat, suruh anak tolong gantikan.

Kalau kita sayang orang tu, sayangilah kerana Allah. Catit apa yang dia kata, amalkan. Segala tunjuk ajarnya, amalkan.Dapatlah pahala untuknya. Saham itu akan terus mengalir dalam kuburnya selagi mana kita mengamalkannya.

Orang kata, manusia. Bila orang tu ada depan mata, dia tak hargai. Bila orang tu dah tak ada, barulah menyesal.‘Kenapalah dulu masa dia ada aku tak hargai?’Hargailah insan yang masih berada di sisi kita.Hargai peluang yang Allah beri pada kita.Hargai juga masa muda yang ada agar bila tua nanti, tak adalah kita berkata, ‘Kalaulah masa aku muda dulu……..’

No comments:

Post a Comment